bab 70

851 85 0
                                    

PINTU rumah ditutup dan dikunci, Rania melangkah masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan, sementara penghawa dingin memenuhi setiap ruang, Rania bersandar pada tempat duduk keretanya. Matanya dipejamkan.

  Kata-kata Faliq mula terngiang-ngiang di dalam fikirannya sejak semalam. Rania melepaskan nafas berat. Malas mahu melayan perasaan, Rania memulakan pemanduannya ke pejabat. Hari ini, dia akan masuk pejabat setengah hari saja memandangkan petang nanti ada benda yang dia kena selesaikan.

  Sampai sahaja di pejabat, Rania memarkirkan keretanya. Baru sahaja mahu keluar daripada kereta langkah Rania serta merta terhenti apabila telefonnya berbunyi, nama 'Faliq' yang tertera di skrin telefon membuatkan Rania mendengus. Tak penat ke asyik telefon dia?

Dasar tak tahu malu.

  Rania terus melangkah masuk ke dalam bangunan. Sampai sahaja di hadapan pejabatnya, Rania berhenti di meja Katrina sebentar.

"Katrina, nanti kalau Faliq datang nak jumpa saya awak bagi saja dia masuk. Tapi, dalam masa yang sama juga saya nak awak siap sedia untuk panggil guard." arah Rania sebelum masuk ke dalam pejabat. Katrina cuma mengangguk.

  Setiap satu fail diperiksa dengan begitu teliti. Terutama sekali fail yang melibatkan bahagian kewangan, setiap transaksi keluar masuk yang melibatkan duit syarikat diteliti supaya tidak berkurang. Walaupun bahagian kewangan sekarang ini di bawah jagaan Rania tapi itu tak bermakna yang dia perlu ambil remeh.

"Ada apa?" soal Rania apabila pintu pejabatnya dibuka. Dapat dia agak Faliq yang sedang berdiri di hadapannya, Rania mengangkat mukanya memandang Faliq.

"Saya nak awak balik rumah. Tinggal dengan saya sekali macan dulu." arah Faliq tanpa berfikir panjang. Rania tersenyum sinis. Fail tersebut ditutup dan diletakkan di atas meja, Rania bangun dari duduknya.

"Saya taknak duduk dengan pembunuh. Jijik."

"Rania Ramanshah Binti Azhar!"

"Don't you dare panggil saya dengan nama penuh saya, Faliq!"

  Faliq tergamam. Rania pula memandang Faliq tidak puas hati, kalau diikutkan hati dia, nak saja dia tampar muka Faliq. Sampai puas hati dia.

"Kenapa diam? Rasa tercabar ke Faliq? Untuk apa aku nak tinggal dengan seorang pembunuh. Kau ingat dengan cara macam ni aku akan turut perintah kau ke? In your dream! Mati hidup balik pun aku tak akan tinggal dan juga bersuamikan seorang pembunuh!" Nada Rania mula naik seoktah.

  Rania mula melangkah mendekati Faliq. Kolar baju Faliq ditarik kuat membuatkan Faliq tergamam, Rania tersenyum sinis.

"Kau ingat kau boleh guna kuasa kau?"

  Kolar baju Faliq dilepaskan. Rania mengambil borang penceraian dan diberikan kepada Faliq. Tanpa teragak-agak Faliq mengoyakkan borang penceraian itu dan dilemparkan di hadapan muka Rania.

"Aku mengaku memang aku yang bunuh keluarga kau Rania. Tapi ada satu lagi perkara yang Sara Jane tak bagitahu dekat kau."

.

.

SATU persatu bagasi yang berisikan beg dan juga pakaian Puan Aisha dilempar ke luar rumah oleh Rania. Puan Aisha tergamam dengan tindakan Rania. Kemudian, Rania mengambil beberapa bekas yang berisikam barang kemas milik Puan Aisha dan dilempar di luar rumah.

Rania beralih memandang Puan Aisha.

"Aku dah cakapkan, yang aku bagi kau masa 48 jam. Itupun aku bagi kau lebih masa supaya kau sempat kemas barang apa semua. Tapi itulah, kau tu degil sangat kan. Jadi cara macam ni sajalah yang boleh aku guna untuk halau kau." ujar Rania sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now