bab 75

942 74 1
                                    

RIHANNA memarkirkan keretanya di hadapan pejabat Rania. Sementara menunggu Rania keluar, dia membawa keluar telefon. Masuk sahaja Rania ke dalam kereta, Rihanna terus memulakan pemanduan.

"Kau okay ke tak ni?" soal Rania apabila sejak tadi, Rihanna cuma diam sahaja. Selalunya dia yang akan mula berbual terlebih dahulu. Tapi kali ini, senyap pula.

"Taklah. Aku okay je." Dingin. Rania cuma diam saja, dia tahu juga kenapa tiba-tiba Rihanna berubah jadi dingin macam tu. Sebab dia ambil keputusan bergabung dengan Faliq untuk hapuskan Sara Jane. Dan jelas, Rihanna menentang keputusan Rania.

"Aku tahu kau marah dekat aku sebab aku ambil keputusan untuk bekerjasama dengan Faliq. Aku buat semua ni pun bersebab juga Rihanna. Aku harap sangat-sangat kau boleh hormat dan sokong keputusan aku."

Rihanna beralih memandang Rania sebentar.

"Aku marah sebab kau pilih untuk bekerjasama dengan Faliq. Lagipun, selama 6 bulan ni aku sendiri nampak dengan mata dan telinga aku macam mana kau menderita sebab Faliq. Tapi kali ni, kau pula yang nak bekerjasama dengan Faliq..."

"... Kalau kau dekat tempat aku ni, tak sakit hati ke? Kang silap haribulan aku yang bunuh kau. Dia ibarat kau jilat balik tau ludah kau tu." luah Rihanna sepenuh hati. Rania cuma tertawa kecil.

"Rihanna, kau kena faham. Aku dengan Faliq bekerjasama sebab Sara Jane pun ada juga bunuh orang yang Faliq sayang. Sara bunuh abang dan kakak ipar dia, ayah dan mak kepada arwah Rayyan."

"Kiranya sekarang ni, kau dengan Faliq bergabung sebagai dua orang yang nak balas dendam. Macam itu ke, Rania?" soal Rihanna. Rania mengangguk.

"Tapi kalau macam itu, lebih baik kau dengan Faliq selesaikan semua benda ni menggunakan undang-undang. Lagipun bukti pun dah ada. Kau boleh sumbat Sara dengan Puan Aisha dalam penjara."

Rania melepaskan nafas berat sebelum beralih memandang Rihanna yang sedang memandu.

"Tak semua perkara boleh diselesaikan dengan undang undang, zaman sekarang ni banyak yang memanipulasikan undang undang untuk kepentingan sendiri, jadi tak mustahil kalau Sara Jane pun boleh buat macam tu."

.

.

"Kalau tak ada apa-apa, aku balik dulu." tutur Rihanna sebelum bangun dari duduknya, langkahnya terhenti apabila Qayden memanggil namanya.

"Rihanna, kalau kita berbual dekat tempat lain sekejap, boleh tak?" soal Qayden.

Rihanna cuma mengangguk dan melangkah pergi dari situ. Pergi sahaja Qayden dan Rihanna dari situ, ianya seolah-olah memberi peluang kepada Rania dan Faliq untuk berbual tentang hubungan mereka sebagai suami isteri.

"Awak sihat?" soal Faliq secara tiba-tiba.

"Kenapa kau tanya aku soalan macam tu? Sebelum ni kita pernah berjumpa dah kan, dah ke..."

"Saya tanya soalan tu sebagai suami. Lagipun saya tahu, awak jumpa dengan saya lepas apa yang terjadi ni sebagai seorang kawan. Bukannya isteri." Faliq bertindak memotong percakapan Rania terlebih dahulu.

"Tubuh badan aku sihat, tapi hati tidak. Aku tak sakit, aku tak sedih, aku tak merana. Tapi aku cuma penat dan tak sangka, itu saja. Aku penat sebab semua yang terjadi dalam rumahtangga kita semuanya berasal daripada sifat ego kau. Kononnya nak simpan rahsia, tengok-tengok 3 orang anak aku meninggal. Itu yang namannya ego..." Rania berjeda seketika. Cuba menahan rasa marah yang kian meluap-luap dalam hatinya.

"... Dan aku tak sangka rahsia yang kau simpan selama ni, begitu besar."

"Rania, saya minta maaf. Walaupun saya tahu, dengan kata-kata maaf tak boleh nak putarkan balik masa, tapi satu saja yang saya minta dekat awak Rania..."

"... Tak kisahlah apa pun yang terjadi selepas ni. Sama ada kita bercerai ataupun tidak, satu saja yang saya nak. Saya nak hubungan kita berakhir dengan cara yang baik. Kita mulakan hubungan ni dengan cara yang baik, macam itu juga hubungan kita ni berakhir. Boleh?" soal Faliq.

"Boleh." ujar Rania sebelum bangun dan melangkah keluar daripada kafe itu, begitu juga dengan Faliq. Rania membawa keluar telefon, aplikasi 'grab' dibuka. Faliq terus memanggil Rania, Rania beralih memandang ke arah Faliq.

"Apa lagi?" soal Rania.

"Awak nak pergi mana? Kalau tak saya boleh hantarkan awak. Lagipun hari ni saya tak cadang nak pergi mana-mana pun." tawar Faliq, lagipun risau juga dia. Tambah pula lepas apa yang dia dan Rania rancang dekat Sara Jane, tak mustahil Sara Jane akan balas balik.

"Saya nak pergi hospital. Saja, nak melawat Sara. Kenapa? Awak nak ikut sekali juga ke?" Faliq mengangguk.

"Saya teman awak."

.

.

RANIA melangkah keluar daripada kereta, Faliq mengambil keputusan untuk berada di dalam kereta sahaja. Sambil melangkah memasuki hospital, Rania beralih memandang keadaan sekeliling. Manalah tahu kalau Sara Jane ada upah orang untuk tembak ataupun langgar dia? Tak mustahil kalau Sara Jane makin berdendam dengan dia.

Kaki Rania mula mengorak langkah menuju ke arah kafe untuk membeli buah-buahan dan juga sedikit makanan untuk Sara Jane. Langkahnya terhenti apabila Puan Aisha yang berada di hadapannya juga turut berhenti.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Puan Aisha terlebih dahulu. Rania tersenyum tipis seolah-olah dia simpati dengan Sara Jane. Tapi jauh dalam hati dia, dia sangat puas hati dengan apa yang Sara Jane rasa sekarang ni.

"Nak melawat Sara, kenapa? Tak boleh? Lagipun dengar cerita Sara tu sikit saja lagi nak mati. Baguslah dia masih boleh hidup lagi."

Rania melangkah menuju ke arah kafe, sekali lagi langkahnya terhenti apabila Puan Aisha merentap tangannya secara tiba-tiba.

"Puas hati kau?" Rania mengangguk.

"Puas. Hati aku puas sangat-sangat. Tapi, kau kena ingat. Apa yang aku dengan Faliq rancangkan tu semuanya cuma amaran saja untuk kau dan Sara. Kau faham kan, kalau amaran pun dah macam tu apatah lagi kalau aku dengan Faliq nak balas dendam."

"Rania, aku tahu kau marah dekat aku dengan Sara. Tapi kau jangan nak berlagak seolah-olah kau tu suci sangat. Aku kesian dekat kau kadang-kadang. Kau tu cuma mangsa keadaan saja, tapi kau pula yang melebih nak balas dendam bagai, kau tak rasa ke benda tu membazirkan masa kau?"

Kata-kata yang keluar daripada mulut Puan Aisha membuatkan senyuman Rania serta mati dan diganti dengan pandangan mata yang memandang tepat wajah Puan Aisha. Begitu juga dengan Puan Aisha yang turut memandang Rania tidak lepas.

"Sebab aku mangsa keadaan, aku hilang anak, mak, adik dan ayah aku. Jadi aku ada hak untuk balas dendam bagi pihak diorang dan juga untuk diri aku sendiri. Walaupun aku boleh saja sumbat kau dengan Sara ke dalam penjara, tapi lebih baik aku selesaikan dengan cara aku sendiri." balas Rania. Puan Aisha tertawa sinis.

"Rania... Aku tahu kau dah berubah, tapi kita semua ni sama saja. Sama-sama kotor, sama-sama jahat. Aku yakin, kalau aku cakap apa-apa sekalipun dekat kau dengan Faliq. Sama saja, tak berubah sedikit pun hati kau tu. Sedarlah Rania..." Tangan Puan Aisha naik memegang bahu Rania.

"... Kau dan aku sama saja, kita kotor. Kotor dengan dosa. Ouh ya, sebelum aku terlupa. Esok Sara boleh keluar daripada hospital, amaran aku dekat kau dengan Faliq supaya siap sedialah. Manalah tahu tiba-tiba kena culik ataupun kena langgar. Kita tak tahu." tambah Puan Aisha lagi. Rania menurunkan tangan Puan Aisha dan maju beberapa langkah ke hadapan.

"Kalau macam tu, kau dengan Sara pun boleh bersedia. Lagipun aku dengan Faliq tak sabar nak balas dendam. Dan kemungkinan besar kau yang mati dulu. Takdir manusia kita tak tahu. Tapi kita yang boleh tentukan."

Wajah Puan Aisha serta merta berubah. Daripada tersenyum sinis serta merta berubah menjadi kelat. Kali ini giliran Rania pula tersenyum.

"Aku kagum dengan kau. Sanggup dengan ayah aku semata-mata nak bunuh dia, tapi aku yakin yang kau ni mesti ada terlupa satu benda..." Rania mendekatkan mulutnya ke telinga Puan Aisha. Cukup untuk Puan Aisha seorang saja yang dengar.

"... Jangan membunuh kalau tak nak dibunuh."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now