bab 46

864 94 5
                                    

RANIA yang sedang terbaring di atas katil hospital dipandang sayu. Tangan Rihanna naik meraup wajahnya sendiri. Daripada tadi Rihanna tidak berhenti menyalahkan dirinya sendiri. Sebaik sahaja Rania dimasukkan ke dalam hospital terus Rihanna menelefon Qayden dan juga...

Sara Jane. Itupun dia ambil daripada telefon Rania.

  Rihanna bangun dari duduknya dan berdiri di sisi katil Rania. Mata Rihanna tidak lepas daripada memandang wajah Rania yang pucat. Mujurlah Rania tidak cedera parah, cuma cedera sikit sikit sahaja.

"Rania." panggil seseorang. Rihanna terus beralih memandang seorang wanita yang mengenakan baju blouse lengan panjang berwarna hitam paras paha, rambutnya yang panjang paras pinggang dibiar lepas.

"Apa yang dah jadi ni?" soalnya dengan nada yang gelisah.

"Rania kemalangan. Dekat depan pejabat saya." balas Rihanna nak tak nak saja. Lagipun memang wanita ini yang dia nampak berbual dengan Rania.

Sara Jane.

"Kenapa boleh jadi macam ni? Lagi satu awak ni siapa? Awak ke yang tolong bawakkan Rania datang hospital? Terima kasih ya sebab sudi bawa Rania datang hospital." ujar Sara Jane lalu duduk di kerusi yang disediakan sebelah katil.

  Rihanna di belakang pula sudah menahan geram dengan perangai Sara Jane. Tak percaya juga dia, kalau macam inilah perangai dia, macam mana lah Rania boleh tahan?

Gedik!

"Saya yang bawa Rania datang sini. Ouh ya, untuk pengetahuan Cik Sara Jane yang saya ni kawan kepada Rania Ramanshah." balas Rihanna. Sara Jane cuma diam sahaja.

"Awak dah berkawan dengan Rania dah berapa lama? Ataupun baru je lagi berkawan dengan Rania?" sarkastik sahaja Sara Jane menyoal.

"Eh baru je saya berkawan dengan Rania. Lagipun saya berkawan dengan dia sejak zaman belajar lagi. Cik Sara Jane pula macam mana? Berkawan dengan Rania sejak zaman bila? Zaman sekolah rendah ataupun sekolah menengah? Oh ya, ataupun mungkin sejak dalam perut lagi awak dah berkawan dengan Rania?" sinis sahaja Rihanna menyoal Sara Jane.

Sara Jane diam.

Rihanna sudah tersenyum keriangan.

Puas hati dia. Berlagak sangat!

.

.

FALIQ dan Qayden berjalan melangkah keluar daripada Kuala Lumpur International Airport 2. Keluar sahaja daripada pintu utama, mereka berdua masuk ke dalam kereta yang diparkir di tempat parkir yang disediakan.

  Enjin kereta dihidupkan, penghawa dingin mula memenuhi setiap sudut ruang kereta tersebut. Qayden membawa keluar telefonnya, mesej daripada Rihanna dibaca.

Rihanna:

Keadaan Rania dah semakin stabil.

Qayden mencebik sedikit. Ingatkan Rihanna nak tanya dekat mana dia berada tapi alih alih dia cuba maklumkan tentang Rania saja.

Qayden:

Ingatkan nak tanya saya, saya dah makan ke? Dah sampai ke? Alih-alih cakap fasal Rania je. Majuk ahh macam ni.

Mesej tersebut dihantar kepada Rihanna. Qayden beralih memandang Faliq sebentar sementara menunggu balasan mesej daripada Rihanna. Senyuman Qayden serta merta mati apabila...

Rihanna:

(Bluetick)

Itulah, terlebih beria ni memang sakit. Takkanlah Rihanna tak nampak walaupun sikit yang dia ni sebenarnya sukakan dia? Ke nak tunggu dia masuk meminang baru nak sedar?

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now