bab 74

961 82 5
                                    

SELESAI sahaja menjamah nasi goreng, Sara Jane mengambil beg tangannya dan melangkah keluar daripada rumah. Jam tangan dipandang, masih awal lagi tetapi memandangkan hari ini dia perlu ke tempat lain untuk selesaikan kerjanya, jadi terpaksalah dia keluar awal.

  Enjin kereta dihidupkan, sementara menunggu enjin panas Sara Jane membawa keluar telefonnya terlebih dahulu. Aplikasi 'WhatsApp' dibuka, tiada mesej yang masuk Sara Jane menutup kembali telefonnya dan memulakan pemanduannya. Sara Jane beralih memandang telefonnya kembali apabila telefonnya berbunyi menandakan ada orang telefon. Nama Aisha yang tertera di skrin, tanpa teragak-agak Sara Jane menekan butan digital berwarna hijau.

"Hello, ada apa kau call aku ni?" soal Sara Jane.

'Nanti aku nak minta tolong kau belikan barang aku. Tak apa nanti aku mesej kau, barang apa yang nak kena beli.'

"Hah, okay." Talian diputuskan, Sara Jane menyimpan kembali telefon di dalam beg tangan.

  Sampai sahaja di trafiic light, Sara Jane memberhentikan keretanya apabila lampu isyarat menunjukkan warma merah. Sambil menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau, Sara Jane beralih memandang keadaan sekeliling. Sunyi, lagipun betul juga. Dia keluar pun pukul 8, tambahan pula kawasan yang dia dah sampai ni boleh tahan juga sunyinya tak mengira waktu.

  Sara Jane beralih memandang telefonnya yang berbunyi, nama Rania yang tertera di skrin membuatkan Sara Jane tersenyum sinis. Telefon diambil, butang digital berwarna hijau ditekan.

"Ada apa kau telefon aku ni?" soalnya terlebih dahulu.

'Selalunya, kalau aku nak bagi amaran aku akan telefon dulu. Supaya kau boleh bersiap sedia, sama juga macam aku buat dekat Faliq.' tutur Rania. Sara Jane cuma tertawa sinis.

"Ikut suka hati kau lah." Talian ditamatkan, Sara Jane menyimpan kembali telefonnya.Tukar sahaja lampu isyarat, terus Sara Jane memulakan pemanduannya.

Srrtt!

Bom!

  Kereta yang dipandu oleh Sara Jane serta merta terbabas dan terbalik. Sara Jane perlahan-lahan membuka matanya, hampir luruh jantungnya apabila dia melihat dirinya yang seolah olah tergantung. Tali pinggang dibuka, Sara Jane terjatuh. Baru sahaja mahu bergerak, pergerakan Sara Jane terhenti apabila seluruh badannya sakit. Mata Sara Jane jatuh memandang badannya yang dilumuri dengan darah.

  Sara Jane berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada keretanya dengan berjalan perlahan. Keluar sahaja daripada kereta, Sara Jane jatuh terbaring di atas jalan. Kepala dan badannya mulai sakit. Sara Jane memandang keadaan sekeliling, tiada orang untuk dia meminta tolong. Sara Jane menutup matanya apabila pernafasannya mulai tidam teratur, ditambah pula dengan badannya yang semakin sakit.

Bang!

Bang!

  Sara Jane terus memandang si pemilik yang melepaskan dua tembakan secara rambang, Rania yang sedang melangkah menuju ke arahnya, dipandang tidak lepas. Tangan Sara Jane menggeletar menahan amarah yang kian membuak-buak dalam jiwanya.

"Kau memang dah rancangkan semua ni?" soal Sara Jane. Rania cuma tersenyum sinis, pistol diselit di dalam poket bajunya memandangkan poket baju yang dipakai kali ini agak besar. Rania duduk mencangkung di hadapan Sara Jane. Dagu Sara Jane dicengkam kuat.

"Yes. Memang aku yang rancang semua ni. Kenapa? Kau tak puas hati?" soal Rania, dagu Sara Jane dilepaskan. Rania beralih memandang lori 6 tayar yang melanggar Sara Jane tadi. Tangan Rania membuat isyarat 'OKAY' kepada pemandu lori tersebut.

"Siapa... Siapa yang bawa lori! Kau subahat dengan siapa nak bunuh aku? Kau memang betul-betul mencabar aku, kali ni Rania!" Nafas Sara Jane sudah turun naik. Rania tertawa besar.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now