bab 7

2K 303 23
                                    

SELESAI sahaja bersiap, Faliq melangkah keluar menuju ke arah bilik Rayyan. Sampai sahaja di hadapan bilik  Rayyan, Faliq terus melangkah masuk ke dalam tanpa mengetuk pintu bilik Rayyan. Rayyan pula terus bangun dari duduknya dan mencapai baju yang sudahpun disediakan.

"Abah, tolong?" Pinta Rayyan sambil mengangkat bajunya. Faliq pula sudah tersenyum tipis. Perlahan lahan Faliq mengatur langkah menuju ke arah sofa yang disediakan.

"Sini Rayyan." Panggil Faliq menyuruh Rayyan untuk mendekatkan jarak antara Faliq dan juga Rayyan. Rayyan mula melangkah menuju ke arah Faliq

"Angkat tangan." Arah Faliq lembut. Tanpa disuruh buat kali kedua, Rayyan terua mengangkat kedua dua tangannya. Faliq pula bertindak menyarungkan baju ke tubuh Rayyan.

"Kita nak pergi mana abah?" Soal Rayyan.  Faliq pula sudah tersenyum tipis. Tangan kanan Faliq diangkat dan mencuit sedikit hidung Rayyan.

"Kita pergi jalan jalan, nak tak?" Soal Faliq. Rayyan pula sudah laju menganggukkan kepalanya tanda dia tersangatlah excited. Kemudian,Rayyan mula melangkah menuju ke arah meja soleknya. Tangan Rayyan pantas mencapai sikat dan menyikat rambutnya yang agak serabai.

"Dah siap sudah anak abah ni?" ujar Faliq apabila Rayyan sudahpun mula mengatur langkah menuju ke arahnya. Rayyan pula sudah mengangguk sambil tersenyum.

"Am I look handsome today, Abah?" Soal Rayyan dengan nada yang sengaja diriakkan sedikit. Faliq pula sudah tersenyum sinis. Kemudian,Faliq membongkokkan sedikit badannya untuk menyamai ketinggiannya dengan ketinggian Rayyan.

"You're handsome today son but..." Faliq berjeda seketika untuk melihat reaksi yang diberikan oleh Rayyan manakala Rayyan pula sudah mula berkerut seribu dahinya.

".....I'm more handsome than you."

"No!"  Jerit Rayyan tidak puas hati. Faliq pula terus melangkah keluar dari bilik Rayyan sambil tertawa besar apabila Rayyan sudah menjerit tanda dia protest dengan kata kata Faliq.

"Terimalah hakikat yang awak sebenarnya hensem sebab genetik awak itu turun dekat abah."

.

KEDUA dua mata Rania daripada tadi tidak lepas daripada memandang setiap pelusuk dapurnya. Tangannya naik memeluk tubuhnya sendiri. Fikirannya sudah berfikir barang dapur yang sudahpun mulai habis.

"Semua dah habis kan?" Soal Rania sendiri. Tanpa berfikir panjang ,terus Rania mula melangkah menuju ke arah biliknya. Anak tangganya didaki satu persatu dengan penuh berhati hati.

Sampai sahaja di biliknya, Rania mencapai beg tangannya. Telefonnya diambil dan diletakkan di dalam beg tangannya. Siap sahaja semuanya, Rania terus melangkah keluar dari rumahnya. Pintu rumahnya sudahpun dikunci dan Rania mula mengorak langkah menuju ke arah kereta mini cooper miliknya.

Enjin keretanya dihidupkan dan dibiarkan sebentar sementara ruang penghawa dingin mula memenuhi ruang kereta miliknya. Kedua dua tangan Rania mula membawa keluar telefon miliknya.

  Aplikasi Diary dibuka. Mulut Rania sudahpun terkumat kamit membaca senarai barang dapur dan barang peribada Rania yang sudahpun habis. Kemudian,Rania menyimpan telefonnya di dalam beg tangannya. Dengan bacaan bismillah, Rania memulakan pemanduannya.

.

SESEKALI  Faliq beralih memandang figura Rayyan yang sedang memandang ke arah luar tingkap. Kemudian, Faliq mengalihkan pemandangannya memandang hadapan.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now