Bab 39

998 121 8
                                    

PINTU pejabat Qayden dibuka dan Faliq melangkah masuk ke dalam. Tanpa disuruh Faliq duduk di hadapan Qayden. Qayden cuma membuat 'derk' sahaja, lagipun sekarang ini dia tengah sibuk membuat kerja lagilah dia malas mahu melayan Faliq.

"Aku tahu sebab kau masuk dalam bilik aku ini. Kau nak cakap fasal kerja kau lagi satu kan?" Faliq cuma mengangguk memandangkan soalan yang diutarakan oleh Qayden memang kena dengan tujuannya datang ke sini.

"Minggu depan kan?" soal Faliq. Qayden hanya mengangguk tanpa beralih memandang Faliq. Mata masih lagi statik memandang ke arah komputer.

"Tapi aku nak tanya kau satu soalan, Faliq. Kau cerita tak macam mana prosedur kerja kau dekat Rania? Ataupun kau tak cerita lagi?" Qayden beralih memandang Faliq. Skrin komputer dibawa turun. Tangan Qayden dicantum menongkat dagu.

"Aku tak cerita lagi. Sebab sekarang ini aku perasan yang Rania sentiasa menangis teringatkan arwah Rayyan. Tapi itulah aku sebenarnya ada benda nak cakap dengan kau, Qayden." ujar Faliq.

"Kau nak cakap apa?"

"Aku rasa aku nak tinggalkan semua benda ini. Aku dah tak nak dah hidup dengan semua benda ini, sebab aku percaya kerja aku kali ini memang berkait rapat dengan kematian arwah Rayyan." ujar Faliq.

  Faliq menundukkan kepalanya, sebak yang kian bertandang ditahan sehabis baik. Qayden cuma diam sahaja memandangkan Qayden sendiri faham dengan keadaan Faliq. Faliq juga sama dengan Rania, sangat sensitif apabila ianya melibatkan arwah Rayyan dan Muhammad. Cuma bezanya, Faliq tidak tunjukkan sedihnya dihadapan Rania.

"Aku nak berhenti, aku nak fokuskan jaga syarikat ni. Cukuplah selama ni aku jadikan syarikat ni sebagai bayangan untuk tutup kerja aku yang lagi satu." tambah Faliq lagi. Qayden cuma mengangguk perlahan.

"Tak apalah, kalau macam itu nanti kau bincang dengan Rania. Lagi satu kalau boleh kau terus terang dengan Rania, daripada mula sampai habis. Aku tahu banyak lagi rahsia yang kau simpan."

Faliq mengangguk perlahan.

.

.

PINTU masuk kafe ditolak perlahan, bau biji kopi mula menusuk ke dalam hidung Rania, Rania mengambil tempat di meja yang kosong. Telefon dibawa keluar sebaik sahaja pelayan selesai mengambil pesanan. Sambil bermain dengan telefon, Rania beralih memandang keadaan sekeliling apabila figura yang dinanti masih lagi tidak sampai.

"Hai Rania, sorry sebab saya lambat sikit sebab tadi ada hal sikit." ujar Sara Jane. Rania hanya mengangguk lalu mempelawa Sara Jane untuk duduk di hadapannya.

"By the way, ada apa awak nak berjumpa dengan saya?" soal Rania sebaik sahaja Sara Jane selesai memesan minuman dan makanan. Sara Jane tersenyum tipis, beg tangan diletakkan di atas meja.

"Actually, lately I'm so stress. Saya sentiasa teringatkan my family. I always cry at night and at the same time I can't sleep because saya teringatkan keluarga saya. Saya sebenarnya sebatang kara, Rania. Saya tidak ada keluarga dan saya juga tidak ada kawan. I'm so alone and I don't have any shoulder kalau saya nak ceritakan semua masalah saya ..." kata kata Sara Jane terhenti apabila sebak kian bertandang.

"... Rania, saya harap sangat yang awak boleh jadi kawan saya. Dan says minta maaf juga kalau permintaan saya kali ini buatkan awak terbeban, lagipun selama ini saya rasa macam terkurung dalam penjara saya sendiri bila saya sentiasa teringatkan keluarga saya." tambah Sara Jane lagi.

  Rania terdiam seribu bahasa. Langsung tidak terfikir yang Sara Jane bukanlah seperti dia jangkakan. Sara Jane yang dia jangkakan ialah seorang yang berasal daripada keluarga yang bahagia dan mempunyai ramai kawan. Tetapi ternyata pemikiran dia salah sama sekali.

"Minta maaf ya Sara sebab selama ini saya ingatkan yang awak seorang yang bahagia. Tapi rupanya tidak, dan kalau tidak keberatan boleh saya tahu apa yang terjadi dekat family awak?" soal Rania. Sara Jane mengangguk sambil mengesat air matanya.

"Keluarga saya kemalangan dan nak dijadikan cerita waktu kemalangan tu saya tak ada dengan ahli keluarga saya. Diorang kemalangan pun sebab saya. Sebab waktu itu saya ada dekat kampung dan semasa dalam perjalanan nak menuju ke kampung untuk ambil saya, diorang kemalangan. Semua ahli keluarga saya meninggal." terang Sara Jane sambil mengesat air matanya.

  Rania cuma diam sahaja untuk memberi ruang kepada Sara Jane untuk menenangkan dirinya terlebih dahulu. Tangisan Sara Jane mula menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Sara Jane menarik dan menghembuskan nafasnya. Wajah Rania ditatap.

"Sorry Rania sebab awak kena dengar semua luahan hati saya. I'm really sorry Rania, saya minta maaf sebab saya tak rasa yang saya boleh pendam benda ini lagi." tutur Sara Jane lagi. Rania hanya mengangguk sambil mencapai tangan Sara Jane.

"Tak apa Sara, saya faham keadaan awak sekarang ini. Dan kalau awak nak saya jadi kawan awak itu saya okay sahaja. Lagipun sejak kebelakangan ini kawan saya, Rihanna pun agak sibuk jadi kalau awak nak keluar dengan saya pun saya okay saja. Tak ada masalah pun."

"Terima kasih Rania."

"Sama sama."

.

BEBERAPA maklumat  yang tertera di skrin komputer dibaca berulang kali, Faliq beralih memandang Qayden yang berada di sebelah bersama kerutan di dahi. Seakan faham dengan riaksi Faliq, Qayden hanya mengangguk sambil memeluk tubuh.

"Kau biar betul?" soal Faliq tidak percaya.

"Betullah Faliq. Habis kau ingat aku nak menipu kau? Maklumat ini aku dapat daripada Daniel, lagipun kau mesti tahu yang Danial tu memang pro dalam bahagian teknologi ini. Lepas itu, Daniel minta aku buat double check sebab dia takut maklumat itu salah, tapi maklumat itu memang betul. " ujae Qayden lalu menekan butang slide. Gambar seorang lelaki dalam lingkungan umur awal 40-an terpapar di skrin komputer.

"Berdasarkan maklumat yang aku dapat, dia ini memang bahaya. Tapi aku yakin, kau boleh handle dia ini. Dan kali ini, diorang cakap dekat aku yang diorang taknak kau gunakan apa apa senjata untuk misi kali ini memandangkan kau akan menyamar, bukannya untuk bunuh ataupun tangkap orang." terang Qayden sekali lagi.

"Aku dah dapat idea untuk misi kali ini, tapi persoalannya sekarang ini kalau pihak atasan taknak aku gunakan senjata, habis itu macam mana aku nak pertahankan diri aku?" soal Faliq. Qayden tersenyum sinis, satu kotak kecil diberikan kepada Faliq.

"Pihak atasan nak aku racun dia?" soalan yang diutaraksn oleh Faliq sebentar tadi membuatkan Qayden tertawa kecil sambil mengangguk mengiyakan kata kata Faliq.

"Yes. Sebab untuk kes kali ini walaupun penjenayah ni agak berbahaya, tapi hakikatnya mudah untuk kau handle. Benda ini, mudah larut dalam air dengan cepat. Dan aku yakin sangat yang kau boleh handle misi kali ini, tapi apa pun kau masih lagi kena ada back-up plan sebab kita tak tahu apa yang dia plan pula."

"Kalau macam itu..." kotak kecil di tangan Qayden diambil dan diletakkan di  dalam briefcase miliknya.

"... Aku dah ada plan aku sendiri. Nanti dekat sana aku nak kita semua meeting dengan team kita. Dan macam biasa, aku taknak team kita buat silap walaupun sebesar zarah. Aku taknak rekod aku teruk." ujar Faliq tegas. Qayden cuma mengangguk.

"Kita akan fly pergi sana minggu depan hari rabu. " maklum Qayden sekali lagi. Faliq cuma mengangguk.

"Tapi aku nak tanya kau satu soalan. Betul ke Rania dah tahu semua rahsia kau? Termasuklah fasal masa silam keluarga kau?"

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now