bab 65

974 94 4
                                    

MATANYA dibuka dengan perlahan. Rania beralih memandang Rihanna yang sedang menonton televisyen. Hari ini, genap 2 minggu dia berada di hospital. Kalau ikutkan, dia sudah boleh keluar tetapi atas permintaannya sendiri dia mahu tinggal di hospital dengan lebih lama. Dan selama 2 minggu jugalah dia tidak berjumpa dengan siapa pun, kecuali Rihanna seorang saja.

"Rihanna." panggil Rania. Rihanna bangun dari duduknya dan duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil Rania.

"Apa dia?"

"Aku ingat aku nak 'discharged' petang ni. Nanti kau tolong cakap dekat doktor ya, tak apa nanti baju aku kemas sendiri." tutur Rania. Rihanna cuma mengangguk sahaja. Telefon Rania yang disimpan olehnya selama 2 minggu diberikan kepada Rania.

"Aku tahu kau masih lagi marah dekat Faliq, dan aku tak nafikan juga yang kau ada hak untuk marah Faliq. Tapi Faliq masih lagi suami kau, kalau kau nak pergi kau kena cakap dekat Faliq." tutur Rihanna. Rania cuma mengangguk.

"Aku cadang nanti petang aku nak jumpa dengan Faliq. Tapi kau tak payahlah teman aku, aku nak jumpa dengan Faliq. Aku ingat, lepas aku balik nanti aku nak failkan penceraian."

Rihanna mengangguk.

Dia setuju dengan Rania.

.

.

SIAP sahaja mengemas baju dan barangnya yang lain, Rania melangkah keluar daripada wad. Begitu juga dengan Rihanna yang sedang memegang beg baju Rania. Sementara menunggu Rihanna menyelesaikan apa yang patut di kaunter, Rania duduk di kerusi yang disediakan.

  Spek mata hitam dibawa keluar dan dipakai. Rania beralih memandang keadaan sekeliling dan matanya terpandang akan seorang bayi yang sedang memandangnya. Rania tersenyum tipis.

  Kalau kedua-dua anak yang dikandung olehnya tidak gugur, pasti sekarang ini dia sudah sibuk mengurus anak dan juga arwah Rayyan. Sibuk membuat susu anak, seterika baju sekolah Rayyan. Tapi sayang, Rania tak sempat pun nak rasa semua benda itu.

"Rania, semua dah selesai. Kau boleh pergi jumpa Faliq." tutur Rihanna. Rania mengangguk dan bangun dari duduknya.

  Sampai sahaja di hadapan kafe, Rania masuk dan mencari susuk tubuh Faliq yang sedang menunggunya. Tanpa dipelawa Rania duduk di hadapan Faliq, Faliq memandang lama wajah Rania.

"Kenapa awak tak cakap yang awak mengandung?" soal Faliq terlebih dahulu. Rania tertawa sinis, spek matanya dibawa keluar.

"Kenapa? Kalau saya cakap yang saya mengandung, awak nak simpan lama lagi ke rahsia itu?" soal Rania balik. Faliq diam.

"Saya datang sini saya nak minta izin awak, saya nak pergi dari sini selama 6 bulan. Saya harap awak izinkan. Dan lepas saya balik nanti, saya akan failkan penceraian. Setakat ni saja antara kita berdua, tapi sebelum kita bercerai saya nak balas balik apa yang patut saya balas." tutur Rania. Wajah Faliq serta merta berubah apabila Rania menyebut perkataan cerai.

"Kenapa mesti sampai bercerai?"

"Saya dah gugur 2 kali, saya hilang anak saya dalam kemalangan, ayah saya meninggal, dan saya dah hilang mak dan adik saya sebab awak. Tak cukup kuat lagi ke alasan saya untuk bercerai dengan awak? Ataupun awak ada rancang nak bunuh saya sekali? Kalau awak rancang nak bunuh saya, tangguhkan dulu. Bagi saya balas apa yang patut saya balas bagi pihak keluarga dan anak-anak saya. Lepas tu kalau awak nak bunuh saya, awak bunuhlah."

"Awak rancang nak bercerai? Jangan harap. Saya takkan lepaskan awak sebab saya sayang awak. Saya mengaku saya yang bunuh keluarga awak, tapi kematian arwah ayah saya langsung tak tahu. Itu semua bukan rancangan saya, tapi angkara Sara Jane dan ibu..." Faliq berjeda seketika.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang