bab 20

1.6K 188 4
                                    

KEDUA dua kaki Faliq melangkah menuju ke arah lif. Sesekali anak mata Faliq berpaling memandang keadaan sekeliling untuk mencari figura Rania dan Rayyan. Sampai sahaja di hadapan lif, Faliq melangkah masuk ke dalam lif tersebut.

Pintu lif terbuka dan Faliq melangkah keluar. Faliq terus melangkah menuju ke arah Rania yang sedang duduk di kerusi yang disediakan.

"Rania." Panggil Rayyan separa menjerit. Rania yang sedang membelek pergelangan tangannya terus mengangkat muka memandang Faliq.

"Sorry sorry sebab saya lambat. By the way, tangan awak macam mana? Still sakit lagi ke?" Soal Faliq lalu mengambil tempat di sebelah Rania. Rania pula hanya menggeleng. Mujurlah sakit di pergelangan tangannya ini semakin kurang.

"Rayyan mana? " Soal Faliq sambil memandang sekeliling.

"Rayyan dengan Tuan Azhar. Diorang dua pergi beli air dengan makanan sekejap sementara nak tunggu awak sampai, sebab Rayyan lapar sangat tadi. Itu yang Tuan Azhar bawa Rayyan pergi kafe sekejap." Ujar Rania lalu menundukkan mukanya memandang pergelangan tangannya yang berbalut.

"Rania...." Panggil Faliq lembut. Rania pula hanya diam membisu dan langsung tidak mengangkat mukanya untuk memandang Faliq. Dia tahu apa yang ingin Faliq katakan.

"....kenapa awak still lagi panggil ayah awak tu, Tuan Azhar? Kenapa awak ego sangat nak panggil ayah awak tu, ayah? Kenapa, Rania?" Soal Faliq dengan nada yang lembut. Kalau nak bercakap pasal hal ni, dia tak boleh nak cakap kasar dengan Rania.

Sebab nanti end up jadi bergaduh.

"Sa-saya bukan taknak panggil Tuan Azhar tu ayah, ta-tapi saya-"

"Ego?" Soal Faliq tanpa menunggu Rania menghabiskan kata katanya sebentar tadi. Rania pula hanya menggeleng perlahan. Tidak mengiyakan kata kata Faliq sebentar tadi.

"Ini bukan soal ego, Faliq... Tapi sa-saya malu. Awak faham tak? Fasal kejadian tadi tu, memang saya betul betul tak sangka yang Tuan Azhar akan tolong saya. Waktu itu saya memang betul betul cemas, awak tahu tak?"

"Ok, fasal kejadian tadi itu cuba awak cerita dekat saya,boleh tak?" Soal Faliq. Rania mengangkat mukanya memandang Faliq. Rania menggeleng perlahan.

"No,it's not the time."

"Kalau macam itu, sam-"

"Abah!" Kata kata Faliq terhenti apabila sapaan dari Rayyan menjengah gegendang telinganya. Faliq terus berpaling memandang ke arah Rayyan. Tanpa memberi amaran, terus Rayyan mendakap tubuh Faliq erat. Faliq pula hanya tersenyum tipis.

"Faliq... Aku nak cakap something dengan kau sekejap. But make it private. Boleh tak?" Soal Tuan Azhar. Faliq hanya mengangguk perlahan.

"Kita cakap dekat luar sekejap."

.

PANDANGAN mata Rania daripada tadi tidak lepas daripada memandang keadaan sekeliling di hospital. Kemudian, Rania beralih memandang ke arah Rayyan pula. Keluhan kasar mula terbit di bibir Rania. Sudah hampir 30 minit Faliq dan Tuan Azhar berbual.

Telefon yang terletak di dalam beg tangannya diambil dan dibuka. Aplikasi WhatsApp dibuka. Tiada langsung mesej yang masuk. Kemudian, Rania membuka pula aplikasi Instagram. Jari Rania laju sahaja menekan bahagian explore dan meng- scroll bahagian explore.

"Rania." Rania terus mengangkat mukanya untuk mencari suara garau yang memanggilnya. Figura Tuan Azhar dan Faliq menjengah pandangan matanya.

"Jom, Rania.... Saya hantar awak balik dulu sebab dah lewat malam dah sekarang ni." Ujar Faliq lalu menarik tangan Rayyan untuk bangun. Melihat Rayyan yang sudahpun bangun Rania juga turut bangun dari duduknya.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now