bab 45

891 98 6
                                    

FALIQ dan Qayden melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Faliq mengambil tempat di atas kerusi manakala Qayden pula terus membawa keluar tablet, Faliq pula membawa keluar telefonnya.

Nombor Rania didail, beberapa saat kemudian panggilan tidak bersambung. Sekali lagi Faliq mendail nombor Rania tetapi masih sama juga, panggilan tidak bersambung.

"Qayden, kau dah check ke belum location Rania dekat mana?" soal Faliq sambil mendail nombor Rania sekali lagi, tetapi hampa apabila panggilan masih lagi tidak berjawab.

"Aku tengah check location Rania. Tapi masalahnya sekarang ni, a-" kata kata Qayden terhenti apabila telefonnya berbunyi menandakan ada yang menelefonnya. Cepat cepat Qayden mengambil telefon apabila nama Rihanna yang tertera di skrin telefon.

"Hai, awak!" sapa Qayden terlebih dahulu sambil tersenyum girang sehinggakan menampakkan giginya. Faliq pula sudah membuat rolling eyes. Biasalah, perangai buaya.

Malas mahu melayan dan melihat 'kegedikan' Qayden, Faliq terus menelefon Rania. Tetapi jawapannya masih sama, tidak dijawab langsung. Serta meets kerutan di dahi Faliq kelihatan apabila Rania tidak menjawab panggilan telefonnya. Sedangkan masuk kali ini sudah hampir 10 kali dia menelefon Rania.

Ada apa-apa yang terjadikah?

"Hah? Biar betul? Okay tak apa kalau macam tu nanti saya cakap dekat Faliq." ujar Qayden lalu menamatkan panggilan diantara dia dan Rihanna. Wajah Faliq dipandang. Faliq cuma mengangkat keningnya sahaja.

"Kau telefon Rania tak dapatkan?" soal Qayden. Faliq hanya mengangguk bersama kerutan di dahi.

"Rihanna cakap dekat aku tadi yang Rania accident." ujar Qayden lalu mengambil blazer miliknya yang diletakkan di atas meja dan melangkah keluar daripada bilik mesyuarat. Langkah Qayden terhenti apabila Faliq cuma duduk sahaja.

"Faliq. Rania accident. Kau tak nak balik jumpa isteri kau ke?" soal Qayden bersama kerutan di dahi. Agak pelik dengan kelakuan Faliq kali ini. Selalunya kalau apa apa terjadi dekat Rania, memang laju saja Faliq mahu berjumpa dengan Rania. Tapi kali ni tak pula.

Tak ketum mesti ganja Faliq ni.

"Aku tahu yang Rania akan accident. Dan aku tahu siapa yang langgar Rania." ujar Faliq. Qayden diam.

"Aku taknak kita balik lagi. Aku nak settle apa yang patut aku settle- kan sekarang ni. Jadi aku harap kau tahu apa yang kau kena buat sekarang ni."

.

.

KERETA mula memasuki perkarangan rumah Johnson. Berhenti sahaja di hadapan pintu masuk, pemandu tersebut membuka pintu kepada Faliq. Faliq tersenyum sinis, langkah Faliq serta merta terhenti apabila bodyguard yang menjaga di pintu tersebut menahannya.

"He almost kill my wife and you still want to stop me?" soal Faliq dingin. Lelaki tersebut hanya menggeleng perlahan. Faliq melangkah mendekatkan jarak diantara dia dan lelaki tersebut.

"Allow me to come in and I will pay your salary 3 times. Deal?" Lelaki itu terus me gangguk tanpa ragu-ragu. Faliq tertawa kecil sambil memeluk baju lelaki itu dan melangkah masuk ke dalam rumah Johnson.

"You're having fun right now?" soal Faliq lalu mengambil tempat di atas sofa. Johnson yang sedang menikmati wain merah kegemarannya terus bangun dan menuju ke arah Faliq.

"How about your wife? She's dead already?" soal Johnson lalu tertawa kecil di hujung ayat. Faliq cuma diam sahaja. Mata mula memandang tajam Johnson.

"No. But you." ujar Faliq. Johnson cuma smirk sahaja, langsung tidak gerun dengan kata kata Faliq. Baginya kata kata Faliq hanyalah satu gurauan, tapi dia silap. Faliq langsung tidak bergurau.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now