bab 60

826 73 3
                                    

SELESAI sahaja mengemas dapur, Rania dan Rihanna duduk di meja makan. Buah epal yang dipotong dijadikan sebagai snek sambil-sambil berbual kosong.

"Rania, aku nak tanya kau satu soalan." soal Rihanna dan menyuap epal ke dalam mulutnya.

"Kau nak tanya apa? Tanyalah."

"Okay macam ni. Kau dengan Faliq, pernah tak macam bergaduh. Ataupun tak bercakap secara tiba-tiba. Pernah tak? Sebab aku dengan Qayden sekarang ni macam perang dingin. Tak bercakap sangat." tutur Rihanna.

Rania mengangguk tanda faham.

Kiranya gaduhlah sekarang ni?

"Sebenarnya dalam perhubungan, benda tu normal. Tak pelik pun sebab kadang-kadang aku dengan Faliq pun tak bertegur sapa juga. Tapi apa yang penting, antara satu sama lain tu kalau boleh janganlah ego sangat. Tak bagus."

  Rihanna mengangguk tanda faham. Lagipun ada betulnya juga, tapi rasanya dia dengan Qayden bergaduh tak adalah teruk sangat. Sekadar perang dingin sahaja.

"Kau gaduh dengan Qayden sebab apa?" soal Rania.

"Biasalah. Sejak kebelakangan ni dia sibuk jadi susahlah bila nak balas mesej tapi aku tak kisah pun sebenarnya. Yang aku geramnya sekarang ni, dia macam mengelak bila aku sentuh fasal kahwin. Ok kau bayangkan, dah dekat 6 bulan kami bercinta takkanlah tak nak kahwin?"

"Terus terang aku cakap, aku tak yakin dengan Qayden. Sebab dulu diakan buaya darat, takkanlah senang senang saja dia nak pencen. Aku takut bila aku tak kisah kalau tak jumpa dia akan main kayu tiga belakang aku. Kau faham tak?"

Rania mengangguk.

"Faham. Siapa yang tak faham maksud kau ni, tapi kau kena ingat. Dalam hubungan ni kau tak boleh terlalu syak wasangka sangat dengan Qayden. Lagi satu, kau kena ingat walaupun kau ragu-ragu dengan Qayden tapi dia masih lagi setia dengan kau. Jangan risaulah, Qayden tu bukannya hensem pun. Tak ada siapalah yang nak dekat dia." pujuk Rania.

  Rihanna cuma diam sahaja, tapi ada betulnya juga yang Rania katakan tadi. Si Qayden tu bukannya hensem sangat, muka pun bolehlah tapi tak adalah sampai tahap hensem. Dia macam tengah-tengah, tak hensem tak hodoh.

"Rihanna."

"Apa?"

"Aku semenjak kebelakangan ni macam tak sedap badanlah. Lepas tu, aku punya selera makan sekarang ni bertambah, kalau boleh aku nak makam nasi 2,3 pinggan. Pelik juga aku. Lagi satu, aku suka makan benda yang masam. Macam epal hijau dengan asam." bicara Rania dengan riang sekali. Tetapi bagi Rihanna pula sebaliknya.

"Ke kau mengandung? Sebab tak mustahil, kan sebelum ni kau pernah mengandung juga kan." tutur Rihanna.

"Tapi aku... se..sekejap!" Rania terus bangun dari duduknya apabila dia terasa seperti ingin muntah. Bilik air bawah dituju.

  Selesai sahaja muntah, Rania bangun dari duduknya. Butang 'flush' ditekan, Rania keluar daripada bilik air. Keluar sahaja daripada bilik air terus Rihanna mendekati Rania.

"Weh Rania, Ya Allah pucatnya muka kau. Kau okay ke tidak ni Rania?" soal Rihamma cemas. Rania cuma diam tidak menjawab, kakinya menuju ke arah sofa.

"Rania, kau nak buat 'pregnancy test' ke?"

.

.

RANIA berkira-kira sama ada mahu keluar ataupun tidak daripada bilik air. 'Pregnancy test' menunjukkan dua garis, ini bermakna yang dia mengandung. Tapi masalahnya sekarang ini, Rania tak sedap hati.

  Tangan kanan Rania naik memegang singki. Kenapalah dia mesti muntah sewaktu dia dengam Rihanna. Entahlah, Rania sendiri tak tahu nak beri reaksi apa. Dia suka dan seronok, siapa sahaja yang tak seronok? Tapi dia tak sedap hati.  Rania membuka pintu tandas, 'pregnancy test' diberikan kepada Rihanna. Rihanna terkedu.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now