bab 32

1.1K 155 6
                                    

DARIPADA tadi, Rania langsung tidak beralih memandang Faliq. Masuk hari ini sahaja sudah seminggu  dia sedar. Namun, doktor masih lagi tidak benarkan dia untuk pulang atas beberapa faktor. Rania sendiri sudah naik menyampah untuk duduk di hospital ini lama lama. Dia sakit hati.

"Rania... Awak tak nak makan ke? Kalau awak nak makan saya boleh tolonh belikan." Tawar Faliq. Rania pula sudah membuat muka menyampah.

Kalau bukan sebab kau, Faliq. Aku takkan hilang Rayyan dengan baby dalam perut aku ni.

"Tak perlulah nak beli makan bagai dekat saya. Lagipun hari itu, awak cuma belikan roti sajakan dekat saya? Saya mengadu lapar pun awak cuma beli roti, betul tak?" Soal Rania kasar. Faliq mengangguk perlahan walaupun Rania tidak dapat melihat kerana Rania langsung tidak beralih memandangnya.

"Saya minta maaf, Rania. Saya tahu saya salah. Tolonglah maafkan saya, Rania." Rayu Faliq untuk kali yang ke berapa. Rania cuma diam membeku sahaja.

"Senangnya awak minta maaf, Faliq. Faliq awak tahu tak apa yang saya rasa sekarang ni?" Soal Rania lalu beralih memandang ke arah Faliq. Air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh juga.

"Faliq saya hilang anak tau, Faliq. Saya hilang anak, Faliq. Dan apa yang lebih menyakitkan, awaklah punca saya hilang anak saya Faliq." Ujar Rania sambil menahan sebak. Air matanya yang jatuh dibiarkan sahaja.

"Saya pun hilang anak juga Rania.",

"Tapi sekurang kurangnya awak sempat tengok macam mana Rayyan dengan baby dikebumikan. Awak sempat cium dahi Rayyan. Awak sempat untuk dakap Rayyan dan baby untuk kali terakhir. Tapi saya? Waktu itu saya koma , Faliq! Saya koma!"

Faliq terdiam.

"Awak boleh rasa tak apa yang saya rasa sekarang ini? Saya sedar saja dari koma, terus saya dapat tahu yang anak saya dah tak ada. Dah meninggal Faliq! Bukan seorang tapi dua orang, Faliq!" Ujar Rania lagi.

"Awak tahu tak Faliq, saya sayangkan Rayyan tu macam anak saya sendiri tau. Walaupun hakikatnya dia tu cuma anak saudara saja tapi saya sayangkan Rayyan, Faliq!"

"Saya yang kandungkan baby selama 5 bulan Faliq. Tapi bila nak kebumiman dia, bila nak tanam jasad dia, saya tak ada Faliq! Awak boleh bayangkan tak macam mana kecewanya saya Faliq?! Tak! Awak tak pernah bayangkan pun! Awak kejam Faliq!" Jerit Rania. Faliq pula sudah terkedu.

"Keluarlah Faliq! Aku jijiklah tengok muka kau!" Jerit Rania. Kali ini, Faliq sekali lagi terkedu apabila Rania sudah menukar panggilan daripada awak-saya menjadi kau-aku.

"Keluarlah!" Jerit Rania lantang. Faliq bangun dari duduknya dengan penuh berhati hati dan melangkah keluar daripada wad Rania. Keluar sahaja Faliq, Rihanna pula masuk ke dalam wad Rania sambil membawa buah buahan dan juga bubur.

"Rania, ni aku ada bawakan untuk kau buah dengan bubur. Nanti kalau lapar kau makan tau jangan tak makan pula." Ujar Rihanna lalu meletakkan buah dan bubur tersebut di atas meja. Rania pula terus membuka mangkuk plastik yang berisi bubur. Dengan bacaan bismillah, Rania menjamah bubur tersebut.

"Kau beli ke masak bubur ni?" Soal Rania. Rihanna yang sedang bermain dengan telefon terus beralih memandang Rania.

"Taklah. Tadi ibu call aku suruh datang rumah ambil bubur bagi dekat kau sebab ibu masak bubur untuk kau. Ibu cakap takut nanti ibu bagi bubur tu lambat pula dekat kau sebab ibu nanti nak singgah mall dulu nak beli barang rumah sebab dah habis." Terang Rihanna. Rania mengangguk perlahan dan kembali menjamah buburnya.

"Weh, Rania." Panggil Rihamna lalu duduk di atas katil bersama Rania. Rania pula terus berhenti makan dan beralih memandang Rihanna.

"Kenapa kau ni?" Soal Rania.

"Kenapa dengan Faliq? Tadi aku tengok waktu Faliq keluar dari wad kau dia menangis teruk weh. Kenapa weh? Ke kau ada cakap apa apa dekat dia?" Soal Rihanna. Rania pula sudah membuat muka menyampah.

"Haah. Memang aku ada cakap dekat dia pun sebenarnya. Kenapa? Kau nak marah aku lagi? Kau nak ceramahkan aku lagi ke, Rihanna?" Soal Rania.

"Aku memang nak nasihatkan kau, tapi ini kali terakhir aku nasihatkan kau, Rania. Kalau kau still lagi nak buat degil, keras kepala aku tak nak ambil tahu dah." Ujar Rihanna. Rania pula sudah membuat rolling eyes.

"Kau kena ingat Rania, sebesar mana sekalipun kesalahan Faliq. Nak atau tak nak dia masih lagi suami kau tahu tak? Berdosa tau bila kau naikkan suara dekat dia apatah lagi bila kau kata benda tak elok dekat dia. Ye, aku tahu kau sedih sebab kau hilang Rayyan dengan baby dalam perut kau. Tapi cuma kau fikir balik.... " Rihanna berjeda seketika untuk melihat reaksi Rania.

".... Kau nak cakap yang kau marah dan sedih sebab kau hilang Rayyan, tapi sebenarnya dalam situasi ini sepatutnya Faliq yang terkesan dan kecewa sebab daripada Rayyan baby sampailah Rayyan umur 6 tahun, Faliq yang jaga dia. Lepas itu, Rayyan meninggal pun sebab salah dia juga bawa kereta laju. Kau rasa sekarang ini apa yang dia rasa? Mesti sedihkan?" Soal Rihanna lagi.

Rania diam.

"Dan kau nak cakap yang sepanjang kau kenal dengan Faliq, Faliq banyak buat kau kecewa even sebelum kahwin pun, Faliq pernah tinggalkan kau selama 2 bulan. Betul tak? Tapi boleh tak kalau kau tengok kebaikan Faliq sekali."

"Kau kena ingat tau Rania, kalau bukan sebab Faliq jugalah kau takkan berjumpa dengan ayah kau. Walaupun mula mula tu kau bencikan ayah kau tapi at the end of the day, kau sayang dekat ayah kau even ibu Aisha pun kau sayang juga. Tapi kau tak nampakkan semua itu Rania? Yang kau nampak selama ini, salah Faliq saja memanjang...." Rihanna berjeda seketika.

"..... Kalau kau nak bersedih sebab kau hilang anak dalam kandungan tu terus terang aku cakap. Ya, kau memang ada hak sama sekali sebab itu anak yang kau kandungkan selama 5 bulan. Tapi kalau kau nak bersedih atas pemergian Rayyan, kau memang boleh bersedih. Tapi kau kena sentiasa ingat, kalau nak bandingkan kesedihan kau dengan Faliq. Faliq yang lebih sedih tau, Rania." Sambung Rihanna lagi.

Rania terdiam seribu bahasa.

"And then kau cakap dekat aku yang benda ini sedikit sebanyak boleh mendorong kau untuk Depression balik. Tapi pernah tak kau terfikir yang benda ini sebenarnya pun boleh mendorong Faliq untuk hadapi Depression juga. Kau pernah fikir tak? Tak kan, kau tak pernah fikir. Sebab apa? Sebabnya kau itu terlampau pentingkan diri sendiri ataupun nak senang cakap yang kau ni sebenarnya terlampau selfish."

"Kau boleh Rania kalau kau nak bersedih sebab kau pun ada hak. Tapi apa apa pun kau kena ingat juga Rania, Faliq pun sedih sebab dia hilang anak dia. Dan, sekarang ni Faliq cuma ada kau saja sebagai penguat semangat dia. Dan kalau kau tak boleh kuat untuk diri kau, kau kena kuat untuk Rayyan dan baby Muhammad. "

"Baby Muhammad?" Soal Rania pelik. Rihanna mengangguk perlahan.

"Nama anak yang kau kandungkan itu, Faliq namakan sebagai baby Muhammad. Itupun disetujui oleh semua orang. Jadi kau tak perlulah nak membantah. Lepas itu nanti bila kau dah habis berpantang nanti, Faliq akan bawa kau pergi tengok kubur Rayyan dengan Muhammad. Tapi untuk tempoh berpantang ini, kau tak boleh keluar langsung." Ujar Rihanna.

Rania pula sudah laju menggeleng tanda membantah. Kenapa pula dia tidak boleh keluar?

"Ini semua atas arahan ayah kau. Kau nak membantah ke?" Soal Rihanna. Rania pula terdiam. Kalau sudah atas arahan Tuan Azhar, jangan haraplah dia boleh nak membantah.

"And then sebelum aku terlupa, Tuan Azhar suruh kau berpantang dekat rumah dia nanti. Tak perlu nak berpantang dekat rumah Faliq. Takut nanti kau meroyan pula. Dan lagi satu Rania, aku nak pesan..." Rihanna berjeda seketika. Kedua dua tangan Rania diambil dan digenggam perlahan.

"Manusia ni Rania, kalau orang tu buat 1001 kebaikan sekalipun, tapi sekali dia buat silap, habis semua orang lupa akan kebaikan yang dia pernah buat. Jadi tolong, andai kata lepas ini kalau Faliq ada buat salah tak kiralah kecil sebesar zarah sekalipun. Kau kena sentiasa ingat yang Faliq tu manusia biasa. Dia pun ada buat salah. Bagilah dia peluang untuk berubah dan insaf..."

"... Lebih baik menyesal bagi peluang, daripada kau menyesal tak bagi peluang dan jangan terlalu ego Rania. Menyesal dengan adalah neraka yang terdalam bagi mereka yang ego dan sombong."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now