bab 33

1.1K 150 9
                                    

SAMPAI sahaja di bilik, Rania terus duduk di atas katil apabila sakit di bahagian ari arinya semakin lama semakin mencengkam. Faliq yang baru sahaja selesai meletakkan beg milik Rania terus duduk di sebelah Rania.

"Sakit lagi?"

  Rania mengangguk perlahan. Tanpa teragak agak terus Rania meletakkan kepalanya di atas bahu Faliq. Faliq yang agak terkejut hanya membiarkan sahaja. Perlahan lahan air mata Rania jatuh.

"Saya rindu Rayyan..." Rintih Rania perlahan. Faliq hanya diam tidak bersuara.

"Kan seronok kalau Rayyan masih lagi ada. Saya tak faham. Sepatutnya saya yang mati dalam kemala-"

"Sudahlah Rania. Awak kena belajar untuk redha dengan apa yang jadi. Even saya pun sekarang ni tengah belajar untuk merelakan apa yang terjadi dekat kita. Awak kena jadi kuat Rania, kalau awak tak boleh kuat untuk diri awak cuba awak kuat untuk saya...." Faliq berjeda seketika. Faliq dan Rania beralih memandang antara satu sama lain.

".... Macam mana saya nak kuat kalau isteri saya tak kuat? Di sebalik kekuatan seorang suami, isteri dia yang sentiasa menyokong dan memberikan kata kata semangat. Tapi kalau awak sentiasa bersedih, macam mana saya nak kuat? Adam dan Hawa diciptakan untuk melengkapi satu sama lain. Macam itu juga awak dengan saya. Kalau saya nak kuat untuk hadap semua ujian ini, ini bermakna awak juga kena kuat. Tapi kalau awak sentiasa bersedih, macam mana saya nak kuat Rania?" Soal Faliq.

  Rania terdiam apabila kata kata Faliq sebentar tadi seolah olah satu tamparan yang kuat terhadapnya.

"Saya minta sangat awak supaya kuat. Ya saya tahu kemalangan itu memang berpunca daripada saya, tapi sebagai seorang ayah walaupun Rayyan tu sebenarnya anak saudara, saya tak pernah pun minta semua ni terjadi. Lebih lebih lagi bila nyawa anak saya terkorban, bukan seorang Rania tapi dua orang. Saya pun macam awak juga, Rania. Saya hilang anak saya tambah tambah lagi Rayyan, saya yang jaga Rayyan daripada dia kecil sampailah dia besar tapi dia meninggal sebab ego saya...."

"... Kalau nak dibandingkan antara awak dan saya. Mana yang lagi sakit?" Soal Faliq. Rania masih lagi diam. Perlahan lahan Rania mengangkat kepalanya. Air matanya yang jatuh dikesat menggunakan belakang tangannya.

"Saya keluar dulu. Lagipun saya nak bagi awak masa untuk berehat. Saya tak nak awak terlampau stress sangat, saya harap bila saya tak ada dengan awak untuk satu hari ni, perlahan lahan emosi awak akan tenang. Lagipun tadi Qayden call saya yang saya kena masuk office sebab banyak kerja yang tertangguh." Ujar Faliq lalu melangkah keluar daripada bilik Rania.

  Selang beberapa minit Faliq keluar, Puan Aisha masuk ke dalam bilik Rania sambil membawa dulang yang berisi bubur ayam dan air kosong memandangkan Rania tidak boleh turun ke bawah kerana masih lagi sakit di bahagian ari arinya.

"Makan dulu, Rania." Ujar Puan Aisha sambil menyuakan mangkuk berisi bubur ayam kepada Rania. Mangkuk tersebut bertukar tangan, dengan penuh berhati hati Rania menyuap bubur tersebut.

  Masuk sahaja sudu ke berapa, Rania memberikan kembali mangkuk tersebut kepada Puan Aisha. Gelengan diberikan terhadap Puan Aisha memandangkan Rania sudah pun kenyang.

"Kamu tak ada selera?" Soal Puan Aisha. Rania hanya menggeleng perlahan.

"Maaflah ibu. Saya cuma tak ada selera, lagipun saya masih lagi sakit. Itu yang tak ada selera."

"Tak ada selera ataupun teringatkan Rayyan dengan baby Muhammad?" Soal Puan Aisha. Rania mengangguk perlahan. Salah satu sebab dia tidak ada selera untuk makan kerana dia terlalu rindukan terhadap arwah Rayyan.

"Kamu harus kuat, Rania. Semua ini terjadi sebab Allah dah aturkan yang terbaik untuk kamu dan Faliq. Hidup ini kamu harus berkorban untuk mendapat yang lebih baik. Sentiasa ingat yang kamu bukannya Tuhan, jadi tak perlu kamu terus menerus marahkan Faliq. Manusia itu sudah lumrahnya sentiasa membuat kesilapan, walaupun kesilapan itu kecil." Ujar Puan Aisha.

  Letak sahaja mangkuk tersebut di atas dulang, Puan Aisha terus merapatkan jarak diantaranya dan Rania. Tangan Puan Aisha naik memeluk Rania dari tepi.

"Kuatlah Rania. Menjadi tabah bukan satu perkara yang boleh dipilih, tapi kamu harus sentiasa menjadi kuat. Dalam masa yang sama juga kamu harus belajar supaya sentiasa memaafkan orang lain. Tapi kamu juga harus menjadi seorang yang hatinya keras apabila disakiti, kalau tidak dunia yang akan keras sama kamu..." Puan Aisha berjeda seketika. Jari Puan Aisha naik mengesat air mata Rania yang jatuh.

"... Sekuat apa pun kamu menjaga, kalau sudah ditakdirkan untuk pergi dia tetap akan pergi."

.

.

"KAU pasti?"

  Qayden hanya mengangguk perlahan. Sudah masuk hampir 5 kali Faliq menyoalnya soalan yang sama. Mungkin Faliq agak terkejut dengan apa yang dia maklumkan sebentar tadi.

"Aku rasa dengan apa yang terjadi dekat kau dengan Rania ni bukannya satu kebetulan, tapi memang dah dirancang dengan rapi." Ujar Qayden lalu bangun dari duduknya. Komputer dibuka dan diberikan kepada Faliq. Terkumat kamit mulut Faliq membaca maklumat yang tertera di skrin komputer tersebut.

"Jadi sekarang ini kau nak cakap yang kemalangan aku tempoh hari tu, memang ada orang yang rancang dengan rapi. Betul?" Soal Faliq. Qayden hanya mengangguk.

"Tapikan Faliq, kau perasan tak kemalangan kau dengan kemalangan arwah abang Zayden dengan kak Saera sama saja. Tak ada langsung perbezaannya. Semuanya kemalangan dengan cara yang sama. Tak ada beza."

Faliq mengangguk perlahan.

"Betul memang tak ada beza langsung, kemalangan arwah abang Zayden dengan kemalangan aku memang tak ada beza langsung. Cuma lainnya sebab aku dengan Rania terselamat."

"Aku rasa aku tahu siapa yang rancang." Tambah Faliq lagi.

"Siapa?"

"Seseorang yang pernah aku hancurkan hidup dia. Tapi dia memang berhak pun terima apa yang aku buat dekat dia. Dan aku yakin, dia datang kali ini untuk balas dendam dekat aku. Tapi itulah, dia mesti target Rania dulu...."

"...... Sebab dia tahu, Rania adalah kelemahan dan kekuatan aku."

"Faliq, kalau aku nak tanya kau satu soalan boleh tak?" Soal Qayden. Faliq hanya mengangguk perlahan.

"Kau dah terus terang ke dekat Rania? Tentang siapa diri kau yang sebenarnya." Soal Qayden. Faliq terdiam seketika. Gelengan diberikan kepada Qayden sebagai jawapan bagi persoalan Qayden sebentar tadi.

Keluhan daripada mulut Qayden akhirnya terlepas juga.

  Sampai sekarang, Qayden tidak faham apa masalah Faliq untuk berterus terang dengan Rania. Sampai bila Faliq nak terus menyimpan rahsia? Cepat atau lambat rahsia yang disimpan pasti akan terbongkar juga.

"Sampai bila, Faliq?!" Bergema habis ruang pejabat Faliq dengan jeritan Qayden. Faliq hanya menunduk sahaja.

"Faliq, kau mesti tahukan prosedur kerja kita. Tapi aku tak fahamnya sekarang ini, kenapa kau langgar prosedur tu? Kau tahu tak bila kau kahwin dengan Rania kau ibarat tempah maut, Faliq!"

"Ya. Aku tahu yang aku dah langgar prosedur kerja, tapi kau tak ada dekat tempat aku, Qayden! Aku sayangkan Rania!" Nada Faliq juga sudah mula naik seoktah.

"Aku tahu yang aku sebenarnya tak boleh kahwin. Dan aku tak boleh ada keluarga sedangkan kewujudan Rayyan pun aku kena sembunyikan dia. Aku tahulah Qayden dan aku sendiri janji dengan diri aku sendiri..."

"... Kalau sampai waktunya nanti aku sendiri yang akan lepaskan Rania.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat