bab 82

1.2K 80 0
                                    

HAD kelajuan kereta yang dipandu olehnya semakin lama semakin laju. Begitu juga dengan Sara Jane yang turut membawa laju keretanya. Rania melajukan lagi kereta bagi menyamai kedudukan di antara dia dan Sara Jane. Tingkap kereta dibuka, Rania mengacukan pistol ke arah kereta Sara Jane.

Bang!

Bang!

  Dua das tembakan dilepaskan secara rambang. Satu daripada dua das tembakan itu mengena tepat ke cermin bahagian penumpang Sara Jane. Sara Jane turut mengacukan pistol tersebut ke arah Rania.

Bang!

Cermin tingkap kereta yang dipandu oleh Rania turut pecah. Rania merapatkan keretanya ke kereta Sara Jane, Sara Jane mengawal keretanya supaya tidak terjunam ke dalam gaung, memandangkan jalan yang mereka lalu ini adalah jalan berbukit.

  Kali ini, giliran Sara Jane pula menghimpit kereta Rania. Pantas, pistol yang dipegang olehnya diacu tepat ke arah tangan Sara Jane yang sedang memegang stereng.

Bang!

Bang!

"Ark!" Sara Jane menjerit kuat apabila tangannya ditembak. Keretanya mula perlahan, Rania mengambil kesempatan dengan melajukan keretanya. Sampai sahaja di hadapan selekoh, Rania menurunkan sedikit had kelajuan kereta, had kelajuan keretanya dinaikkan sedikit namun cepat-cepat Rania menurunkan had kelajuan keretanya secara mendadak apabila papan pemberitahuan tentang perbaikan jalan raya tertulis di bahu jalan.

  Kereta Sara Jane yang semakin berada di hadapan dipandang. Rania tersenyum sini, dalam kepalanya mula merancang apa yang dia akan buat. Pistolnya diacu ke arah kereta Sara Jane.

Bang!

Bang!

  Dua das tembakan dilepaskan. Satu das mengena di bahagian bonet dan satu lagi di cermin kereta bahagian belakang. Rania menaikkan had kelajuan kereta, pistol ditangannya diletakkan di sebelah.

Bom!

  Kereta Rania melanggar bahagian belakang kereta Sara Jane. Serentak dengan itu, Rania menaikkan had kelajuan keretanya sekaligus menolak kereta Sara Jane untuk lebih laju. Sara Jane mati akal, pistol dicapai sebelum dia beralih ke belakang untuk menembak cermin hadapan kereta Rania.

Bang!

  Pecah. Cermin kereta bahagian hadapan kereta Rania pecah. Rania tersenyum sinis, had kelajuan kereta dinaikkan lagi sehingga 150km/j, lebih kurang 500 meter jarak dari tempat perbaikan jalan, Rania menurunkan had kelajuan keretanya secara mendadak sehingga 80km/j. Sara Jane memegang kuat stereng kereta apabila keretanya berpusing-pusing di atas jalan yang berbukit itu.

  Cepat-cepat Sara Jane menekan brek apabila keretanya hampir masuk ke dalam gaung. Pistol diambil, Sara Jane mengacukan ke arah Rania. Beberapa das tembakan namun sayang tidak ada satu pun yang mengena. Pistol tersebut dicampak ke tepi, Sara Jane beralih memandang beberapa kon yang menunjukkan kawasan perbaikan jalan.

  Serentak dengan itu Rania membawa gear ks huruf 'R'. Kereta diundur dalam jarak yang agak jauh. Rania tersenyum sinis, stereng kereta dipegang kuat. Rania memandu dalam had yang agak laju dan...

Srrt!

Bom!

  Kereta Sara Jane serta merta jatuh ke dalam lubang perbaikan jalan. Walaupun tidak dalam lubang itu, dapat Rania lihat kereta Sara Jane yang sudah hancur. Pistol diambil dan Rania keluar daripada kereta tersebut.

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now