bab 68

867 75 0
                                    

PINTU kafe ditolak, Sara Jane yang sedang membaca buku dituju. Rania duduk di hadapan Sara Jane, Sara Jane mengangkat mukanya memandang Rania di hadapannya. Buku tersebut ditutup, kaca mata ditanggalkan.

"Macam mana dengan kata-kata 6 bulan yang lepas? Kau nak tarik balik ke, dah menyesal?" Sara Jane menghirup sedikit air mocha latte. Rania tersenyum sinis, spek mata hitam ditanggalkan.

"Tak. Aku takkan tarik balik kata-kata aku tu. Tapi, aku datang dekat kau hari ni supaya kau ingat yang aku tak pernah main dengan kata-kata aku. Kau tunggu sajalah pembalasan aku bila. Bila-bila masa saja." balas Rania angkuh.

"Rania, aku suka dengan personaliti kau yang baru ni. Lagi-lagi bila kau berubah sebab apa yang aku dah buat dekat kau. Aku dah lama dah tunggu saat-saat ni. Oh ya, untuk pengetahuan kau arwah abang ipar dan kakak ipar kau. Zaliq dan Saera, Faliq mesti pernah cerita dekat kau kan?"

"... Aku yang bunuh diorang. Kiranya dendam aku dah terlepas juga walaupun sikit. Tapi, selagi Faliq dan kau tak mati selagi tu aku akan terus menjadi pendendam." tutur Sara Jane.

  Rania mengangguk tanda faham. Kerusinya ditarik ke hadapan sedikit, donut yang dipesan oleh Sara Jane diambil dan disuap masuk ke dalam mulutnya. Sara Jane memandangnya tidak puas hati.

"Kau marah ke sebab aku ambil donut kau?" soal Rania. Sara Jane diam, tetapi matanya masih lagi memandang Rania tidak lepas.

"Kau marahkan? Macam tu jugalah aku rasa bila kau datang dan kau ambil nyawa orang yang tidak bersalah. Kau berdendam dengan Faliq lepas apa yang dia buat dekat kau, aku tak marah kau langsung sebab aku pun berdendam dengan Faliq lepas apa yang dia dah buat dekat aku..."

".... Tapi aku cuma nak bunuh Faliq saja,  tapi kau bunuh orang tak bersalah. Kita sama saja, Sara. Kita hilang orang yang kita sayang sebab Faliq. Tapi bezanya kita berdua, aku tahu siapa mangsa aku yang sepatutnya. Bukan macam kau, bunuh semua orang yang berada di sisi Faliq."

.

.

JAM yang sudah menunjukkan pukul 6 petang membuatkan Rania tergesa-gesa menuju ke arah butik. Sampai sahaja di butik, Rania terus menuju ke arah Safya yang sedang menunggunya di hadapan butik.

"Ya Allah Safya, saya minta maaf sangat-sangat. Tapi saya ada hal sikit nak kena selesaikan." Rania menuju ke arah Safya.

  Safya bangun dari duduknya. Beg kertas yang berisi sehelai tudung yang ditempah oleh Rania tempoh hari dihulurkan kepada Rania. Beg kertas itu bertukar tangan. Rania membuka beg kertas itu, perlahan-lahan dia tersenyu tipis.

"Puan Rania." panggil Safya. Rania terus mengangkat mukanya memandang Safya. Senyuman tipis masih lagi terukir di bibir Rania.

"Walaupun saya tak tahu apa yang terjadi di antara Puan Rania dan Tuan Faliq sampai Puan Rania pun dah tekad nak failkan penceraian, tapi saya harap Puan Rania lebih kuat. Lagi kuat dari seorang Rania Ramanshah yang saya kenal dulu. Saya suka tengok cara Puan Rania handle masalah, terima kasih juga Puan Rania sebab banyak ajar saya. Banyak nasihatkan saya waktu saya jatuh..."

"... Tapi sekarang ni mungkin giliran saya pula, untuk tolong Puan Rania. Puan Rania dah banyak dah tolong saya, terima kasib sangat-sangat sebab Puan Rania tolong saya waktu mak saya sakit, lepas tu duit saya waktu tu pun tak cukup."

"Saya tahu bukan senang untuk Puan Rania, Puan Rania hilang 3 orang anak. Saya tahu bukan senang bagi Puan Rania untuk lalui semua ni, tapi saya yakin yang Puan Rania boleh. " Rania menarik Safya ke dalam dakapannya. Air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh juga.

"Terima kasih, Puan Rania. Saya tak boleh nak balas jasa Puan Rania sepenuhnya, tapi saya nak Puan Rania ingat yang walau apapun terjadi saya tetap sokong Puan Rania dari belakang." tambah Safya lagi.

"Terima kasih atas kata-kata awak, Safya. Terima kasih. Saya hargai sangat-sangat, awak dah tolong jagakan butik ni untuk saya pun saya dah bersyukur sangat."

"Puan Rania kena kuat. Sebab sampai masa, kita sendiri kena kuat sebab itu saja pilihan yang kita ada."











.

.

PINTU rumah diketuk, Rania beralih memandang keadaan di sekeliling rumah Puan Aisha. Okay, bersih. Lagipun tak pelik langsung sebab Puan Aisha memang sejenis yang pembersih. Tapi sayang, hati kotor sangat.

Pintu rumah sekali lagi diketuk, Puan Aisha membuka pintu. Senyuman di wajah Puan Aisha serta merta mati, diganti dengan wajah dingin. Tetapi Rania pula masih lagi tersenyum tipis. Tanpa dipelawa, Rania masuk ke dalam rumah. Lagipun kalau nak diikutkan, ini juga rumah Rania.

"Sepanjang hidup aku, aku tak pernah lagi jumpa perempuan tak tahu malu macam kau. Kau tak malu ke, Puan Aisha? Dah bunuh suami kau, lepas tu boleh tinggal dekat sini lagi. " ujar Rania pedas. Puan Aisha terdiam, ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Rania.

"Rumah, kereta, baju yang kau pakai sekarang ni semua guna duit arwah ayah aku. Tak tahu malu betul, kalau aku dah lama keluar dari rumah ni. Ke kau ni, kahwin dengan ayah aku sebab harta dia juga? Wah, dahlah berdendam lepas tu harta ayah aku pun kau nak juga. Kesian dekat kau..." Rania berjeda seketika dan beralih memandang Puan Aisha. Dia maju beberapa langkah mendekati Puan Aisha.

"... Punyalah nak puaskan hati sendiri, balas dendam, bunuh orang bagai. Tapi lupa nak kutip maruah sendiri, sampai jadi perempuan murahan."

"Kau jangan nak kurang ajar dengan akulah, Rania!" Tangan Puan Aisha naik mahu menampar Rania, namun Rania menahan tangan Puan Aisha sebelum sempat hinggap di pipi dia.

"Siapa yang kurang ajar dengan siapa dulu? Siapa yang berdendam dulu, kau ke aku? Kau nampak kan macam mana aku gugur 6 bulan lepas. Siapa punca dia? Kau, Faliq dengan Sara Jane. Jadi kau ingat senang-senang macam tu saja aku nak lepaskan kau. Dalam mimpi."

"Kau dah berubah Rania, tapi sayang adab dan akhlak kau pun ikut berubah juga. Kalau Rania yang dulu, kau beradab dan sopan sangat. Tapi sekarang? Hilang semua benda tu. Lain kali, kalau kau nak ubah diri kau janganlah ubah sekali dengan adab kau tu. Kesian, ingatkan anak dah mati beradablah sikit. Rupanya tak."

Dengan penuh biadap Puan Aisha membalas balik. Rania tertawa kecil, dia maju lagi beberapa langkah. Tangan kanannya naik mencengkam kuat sanggul Puan Aisha membuatkan Puan Aisha terdongak ke belakang.

"Ini baru sikit, kau nak cakap soal adab dan akhlak dengan aku? Lebih baik kau betulkan diri kau tu dulu. Jangan risau, aku memang dah berubah tapi adab dan akhlak aku tak berubah langsung, tapi, aku tak beradab dengan kau sebab kau ni lebih teruk dari binatang! Aku tak tahu nak panggil kau apa..."

Puan Aisha memandang tajam wajah Rania dihadapannya. Kedua-dua tangannya naik memegang sanggul yang dicengkam oleh Rania. Dalam hati, dia sudah menyumpah seranah Rania.

"... Nak panggil kau ibu? Memang taklah. Aku rasa, mungkin lepas ni aku panggil kau sundal pun bagus juga. Sundal Aisha, okay apa. Kena dengan nama dan perangai syaitan kau tu. Tak apa, kau anggaplah ni sebagai amaran pertama dan terakhir aku dekat kau."

Rania mendekatkan wajahnya ke telinga Puan Aisha.

"Kau nak ugut ataupun nak cakap buruk sekalipun fasal aku. Kau cakaplah, tapi sekali kau sentuh fasal anak-anak aku mati kau aku kerjakan!" Rania melepaskan cengkaman di sanggul Puan Aisha.

"Kali ni, aku lepaskan kau. Tapi dalam masa 48 jam aku nak kau berambus keluar dari rumah ni, aku tak suka ada sampah kotor duduk dalam rumah ni.  jijik."

Rania melangkah keluar daripada rumah tersebut. Puan Aisha memandang Rania tidak puas hati, kasut yang berada di luar rumah dibaling tepat ke arah Rania. Dengan pantas Rania mengelak. Masuk sahaja ke dalam kereta, Rania menghidupkan enjin keretanya dan memulakan pemanduannya.





.

Maaf ya sebab terpublish semalam.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin