bab 14

1.6K 232 12
                                    

SELESAI sahaja menyiapkan kerjanya, Rania mula mengorak langkah menuju ke arah pantry. Peti pintu sejuk dibuka dan air botol mineral diambil.

Sesekali Rania memandang keadaan sekeliling. Risau juga memandangkan sekarang ini jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kalau Safya ada tak adalah Rania nak takut sangat.

Sejak kebelakangan ini, Rania memang suka balik lambat. Kadang kadang Safya dan pekerjanya yang lain ada juga menegurnya. Tapi, dia abaikan sahaja. Dia sibukkan diri sendiri pun sebab dia taknak asyik fikirkan tentang Faliq.

Dia pergi selama 2 bulan,tak contact dan tak call dia. Dari situ sahaja sudah menunjukkan yang insan bernama Faliq Hanafi Shah sudah give up dengannya. Ditambah pula dengan pengakuan dia pada tempoh hari.

Rania tersenyum perlahan.

Semua orang akan berubah dan jujur Rania sendiri tak tahu sama ada perlu atau tidak untuk dia terkesan dengan perubahan drastik Faliq ini. Rania sendiri sudah terbiasa.

Semua orang mula menjauhkan diri daripadanya apabila dia beritahu yang dia ada depression. Lebih teruk ada yang sanggup menghina dan mencaci situasinya dengan cakap yang Rania gila.

Kemudian, Rania mula melangkah menuju ke pejabatnya. Pintu pejabatnya ditutup dan dikunci daripada dalam. Risau juga kalau ada pencuri yang pecah masuk.Tapi masih lagi nak balik lambat.

Heh.

"Nak balik lagipun,kerja belambak lagi. Jadinya,mereput jelah dekat office. Balik rumah bukannya ada siapa pun. Husband pun tak ada. Jadi,kita duduk jelah dekat office. " Ujar Rania lalu mengambil tempat di atas kerusi kerja miliknya.

Sambung jelah kerja

SESEKALI Faliq melepaskan keluhan kasar. Kedua dua anak mata Faliq mula beralih memandang keadaan sekeliling. Sunyi dan sepi sahaja memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Tidak pelik juga kalau kawasan pejabatnya ini agak sunyi dan sepi memandangkan semua pekerjanya sudah pulang.

Kemudian, Faliq mencapai telefon bimbitnya. Aplikasi WhatsApp dibuka dan nama Rania dicari. Seketike kemudian, tindakan Faliq serta merta mati. Perlu ke dia nak contact Rania balik?

Telefon bimbit diletakkan di seat sebelah. Kedua dua tangan Faliq mula naik meraup wajahnya. Entahlah,sejak kebelakangan ni dia langsung tak boleh tidur. Kata kata Qayden pada tempoh hari mula bermain di dalam mindanya.

"Hati perempuan ni bro, waktu dia sayang dan cintakan kau dia memang akan sayang gila gila dekat kau...."

".....tapi once dia dah tawar hati dekat kau,kau merayulah sampai nak nangis keluar air mata darah sekalipun,dia dah taknak dah. Dia dah muak sebab cinta dan sayang dia langsung tak dihargai."

"Hati orang perempuan ni memanh lembut. Terlampau lembut. Tapi sekali diorang dah ambil keputusan untuk jadi heartless. Waktu tu kau yang akan menyesal."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now