bab 49

810 92 7
                                    

RANIA mengangkat mukanya memandang Puan Aisha yang sedang mengemas baju dan semua barangan keperluannya memandangkan hari ini dia sudah dibenarkan pulang ke rumah.  Sementara itu, Faliq pula dalam perjalanan ke hospital.

"Nanti kalau Rania ada masa lapang, Rania datanglah rumah ibu. Lagipun ibu dekat rumah pun seorang. Ayah awak macam biasalah, asyik keluar pergi melepak dengan kawan-kawan dia." tutur Puan Aisha sambil mengemas baju Rania.

  Siap sahaja mengemas dan menyimpan baju dan barang keperluan ke dalam beg, Puan Aisha melangkah menuju ke arah Rania yang sedang duduk di atas katil.

"Meh, ibu tolong Rania bangun."

"Eh, tak apalah ibu. Lagipun doktor cakap Rania dah sembuh sepenuhnya, ibu tak payahlah nak risaukan Rania. Rasanya esok Rania dah boleh masuk butik dah." ujar Rania lalu bangun dari duduknya manakala Puan Aisha pula mengangkat beg yang berisi baju dan barang keperluannya.

  Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, suasana di antara mereka bertiga cuma sunyi sahaja. Hanya bunyi radio sahaja kedengaran. Rania hanya memandang ke arah luar tingkap sahaja, manakala Puan Aisha pula sedang bermain dengan telefonnya.

"Ibu ada nak singgah mana-mana ke?" soal Faliq seraya memulakan bicara. Puan Aisha terus mengangkat mukanya memandang Faliq.

"Tak kot. Lagipun nanti kalau ibu nak beli barang ke apa ke ibu ajak ayah nanti. Tak payahlah nak susahkan Faliq, lagipun sekarang ni Faliq pun dah mula sibuk kan?" tutur Puan Aisha. Faliq mengangguk tanda faham.

"Esok Rania dah nak mula kerja. Faliq tolong tengokkan sama si Rania ni, bukan apa. Orang kalau dah degil ni sakit ke tak dia bedal je semua. Kalau boleh biar Faliq yang hantar dan ambilkan Rania. Kalau Faliq tak boleh hantar dengan ambil, biar ibu dengan ayah yang pergi. Ibu taknak Rania buat semua benda sendiri, bahaya." bebel Puan Aisha, Faliq mengangguk tanda faham dan beralih memandang Rania.

Rania menjeling.

"Dengar tu."

"Ish, saya dengarlah!"

"Jangan gaduh!"

.

.

FALIQ dihadapannya yang sedang meneguk air teh ais dipandang tajam. Faliq cuma mengangkat keningnya, saja mahu menganjing isteri sendiri. Lepas hantar Puan Aisha balik rumah, terus Faliq ajak Rania makan sekejap. Risau kalau Rania lapar, tapi sebenarnya Faliq yang lapar.

"Suka ek ibu sokong awak." ujar Rania. Faliq cuma mengangguk sambil tersenyum riang. Rania menjeling tajam.

"Haah. Lagipun, betul juga apa yang ibu cakap. Awak tu baru keluar hospital dah nak pergi kerja. Degil, tapi orang utara panggil ketegaq. Kalau ibu tak pesan pun memang saya nak buat juga. Tak kiralah awak nak ke tak nak saya tetap akan buat benda yang sama. " balas Faliq sambil mengacau air teh ais.

"Encik suami. Kalau saya tak sihat, doktor tak bagi saya balik tau. Kalau saya dah boleh balik maknanya saya dah sihat. That's mean saya boleh ba-"

"Jangan nak membantah. Awak tu nampak lipas dengan cicak pun dah melompat inikan pula nak bawa kereta? Dahlah awak masuk hospital kena langgar, nasib tak kritikal. Kalau tidak, kahwin lain saya sekarang ni." ujar Faliq lalu menjamah maggi goreng yang dipesan olehnya sebentar tadi.

Rania memandang tajam figura Faliq. Fasal kahwin lain ni jangan dibuat main. Kalau rasa nak jumpa Ayah Pin dipersilakan.

  Sedar diperhati tidak lepas, Faliq mengangkat wajahnya untuk memandang Rania. Faliq tersengih seperti kerang busuk. Mampus kau, itulah buat main lagi fasal benda ni. Padahal bukannya tak pernah perang dingin dengan Rania sebab benda ni.

"Kahwin lain dengan siapa?"

"Eh, tak-tak. Saya bergurau ja."

"Faliq Hanafi Shah, awak nak kahwin lain sekali lagi ke?"

"T-tak sayang... Sa-saya bergurau je. Makan-makan, nanti sejuk bihun ni tak sedap." ujar Faliq lalu menolak sedikit mangkuk yang berisikan bihun sup utara kepada Rania.

"Sekali lagi awak sebut benda tu, saya buat bagi awak jumpa Ayah Pin." ugut Rania lalu menyuap bihun tersebut. Faliq masih lagi tersengih seperti kerang busuk.

"Tak sayang. Janji tak buat dah."

"Janji melayu."

"Tak apa kali ini saya janji cina."

  Baru sahaja mahu menjamah bihun sup, tingkah laku Rania terhenti apabila telefonnya berbunyi. Telefon diambil daripada poker seluarnya, nama Rihanna tertera di skrin telefon membuatkan Rania terus menekan punat digital berwarna hijau.

"Hello Rihanna, kau okay tak? Kenapa semalam waktu aku sedar kau tak datang jumpa aku?" soal Rania. Faliq mengangkat mukanya memandang Rania.

"Lepas tu? Sekarang ni kau dekat mana? Kau okay tak?" soal Rania lagi. Jelas kali ini nada Rania terus berubah menjadi cemas.

"Nasib naik Qayden ada. Kiranya sekarang ni kau tidur dekat hotel for a few days? Okaylah tu. Kau kena bersyukur tau Qayden tolong kau. Kalau Qayden tak ada aku tak tahulah apa nasib kau."

"Okay, bye. Assalamualaikum." ujar Rania lalu memutuskan panggilan. Telefonnya disimpan di dalam pocket seluarnya kembali.

"Kenapa?" soal Faliq ingin tahu. Rania menjeling tajam.

"Takkanlah tak habis lagi marah awak tu?"

"Tak habis lagi. Siapa suruh awak memandai mandai bergurau fasal benda tu? Memang padan mukalah."

.

.

PINTU rumah dikunci, Puan Aisha terus masuk meluru ke arah dapur. Baru sahaja mahu mengeluarkan kuali dan bahan bahan untuk masak tengah hari, suara Tuan Azhar menjengah telinga Puan Aisha.

"Dah balik?" soal Tuan Azhar lalu duduk di meja makan.

"Haah, dah balik. Lagipun tadi Faliq dengan Rania nak balik rumah diorang terus. Itu yang saya balik rumah awal tu. Abang nak air?" soal Puan Aisha. Tuan Azhar mengangguk perlahan.

"Ini, saya sebenarnya cadang minggu depan saya nak awak masak lebih sikit. Kita buat makan-makan, kita ajak Rihanna dengan Qayden sekali. " ujar Tuan Azhar. Puan Aisha hanya mendengar sahaja. Siap membancuh air teh, terus Puan Aisha letakkan di atas meja makan.

"Boleh saja kalau nak buat makan makan dengan semua orang.  Abang nak saya masak menu apa?" soal Puan Aisha lalu mengambil tempat di atas kerusi.

"Ikut awaklah awak nak masak apa. Saya ikut saja, tapi nanti bagi senarai barang apa nak kena beli. Boleh saya beli dekat pasar."

"Okay, kalau macam tu saya nak masak nasi daging dengan kambing masak kurma. Lepas tu, saya cadang nak buat kuih-muih sikit. Tak apa, nanti saya bagi senarai dekat abang, abang tolong belikan dekat pasar."

"Ini lagi satu saya nak tanya awak satu benda, waktu dekat hospital awak jumpa siapa dekat kafe? Saya tengok borak panjang lagi. "

"Maksud abang?" soal Puan Aisha pelik. Tuan Azhar melepaskan nafas berat. Padahal dia tu muda lagi tau daripada dia, takkanlah lupa macam tu saja?

"Ada awak berbual dengan seorang perempuan ni, dia tak pakai tudung. Umur rasanya sebaya dengan Rania. Takkan awak dah lupa, Aisha? Padahal awak tu lagi muda daripada saya tau. Tapi muda sikitlah." ujar Tuan Azhar sambil diselangi dengan tawa di hujung ayat.

"Oh maksud abang yang hari tu ke? Perempuan yang saya berbual hari tu, dia cakap dia kawan dengan Rania. Itu yang saya rancak berbual dengan dia." ujar Puan Aisha. Tuan Azhar pelik.

"Kawan? Kalau macam tu nanti makan makan kita ajak dia sekalilah. Lagi satu siapa nama kawan dia?" soal Tuan Azhar ingin tahu.

"Sara Jane."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now