bab 36

1K 128 8
                                    

"AWAK marah saya lagi ke?" Soal Rania lalu menutup pintu bilik mereka berdua. Faliq pula terus mengambil tuala mandi dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Rania melepaskan nafas berat. Beg tangan diletakkan di atas meja solek. Wardrobe miliknya dan Faliq dituju. Baju t-shirt dan seluar panjang milik Faliq diambil dan diletakkan di atas katil.

  Keluar sahaja Faliq daripada bilik air, Rania terus melangkah masuk sambil membawa baju untuk disalin. Tertutup pintu air, Faliq pula yang terkedu dengan Rania.

  Malas berfikir panjang, Faliq terus mengambil dan menyarung baju yang diletakkan oleh Rania di atas katil. Telefon bimbit dicapai dan Faliq melangkah keluar daripada bilik. Ruang tamu dituju, kelihatan figura Tuan Azhar sedang menonton televisyen memandangkan sekarang ini giliran mereka berdua tidur di rumah Tuan Azhar.

  Buka sahaja pintu, Rania terus mencari figura Faliq namun hampa apabila Faliq tiada di dalam bilik. Malas berfikir panjang Rania terus menuju ke meja solek, telefon diambil dan Rania duduk di atas katil.

"Ish, takkanlah dia tak nak tidur lagi?" Soal Rania apabila jam yang tertera dk skrin sudah pun menunjukkan jam 11 malam. Agak pelik juga memandangkan Faliq bukanlah sejenis yang tidur lambat.

"Dahlah, lantaklah nak tidur ke tak nak tidur ke. Malas aku nak layan, dahlah esok nak kena masuk butik awal." Selimut ditarik dan telefon diletakkan di atas meja nightstand. Usai sahaja membaca doa tidur, Rania terus memejamkan matanya dan terbuai dengan mimpi memandangkan hari ini Rania agak penat.

  Sementara itu, Faliq dan Tuan Azhar pula rancak berbual memandangkan Puan Aisha sedang mengemas dapur. Air teh yang dibancuh oleh Puan Aisha di teguk dengan penuh perlahan lahan.

"Ayah. Kalau Faliq nak minta tolong ayah dengan ibu sikit, boleh tak?" Soal Faliq. Tuan Azhar hanya mengangguk perlahan.

"Kamu nak minta tolong apa, Faliq?"

"Macam ini ayah, lagi dua minggu Faliq kena outstation sebab ada misi. And at the same time Faliq risaukan Rania, jadi boleh tak ayah kalau Faliq nak minta Rania untuk tinggal dekat rumah ayah dalam 2 ataupun 3 minggu. Boleh tak?" Soal Faliq. Tuan Azhar hanya mengangguk perlahan.

"Boleh saja, Faliq. Lagipun bahaya juga kalau kamu tinggalkan Rania dekat rumah seorang. Risau juga kalau apa apa jadi dekat dia." Ujar Tuan Azhar. Kali ini giliran Faliq pula mengangguk.

"Kamu itu Faliq, kalau misi kamu kali ini susah sangat ayah harap kamu boleh jaga diri kamu. Walaupun ayah tahu yang macam mana pun mesti akan ada juga luka luka sikit dekat badan kamu. Tapi tolong jaga diri kamu, dan kalau ada apa apa terjadi call ayah terus...." Tuan Azhar berjeda seketika.

"... Ayah faham yang kamu ni tak nak call Rania kalau apa apa jadi sebab kamu taknak Rania itu risau akan kamu, tapi kamu kena ingat yang Rania itu isteri kamu , jadi kalau apa apa terjadi kamu kena maklumkan dekat dia juga." Tambah Tuan Azhar lagi.

Faliq hanya mengangguk.

"Lepas itu Faliq ingat nak ajak Rania bercuti. Tapi dekat area KL saja, sebab Faliq tahu yang Rania takkan setuju kalau Faliq ajak dia bercuti luar daripada KL." Ujar Faliq sekadar menyuarakan perancangannya.Tuan Azhar hanya mengangguk tanda setuju.

"Ayah sebenarnya tak kisah kalau kamu nak bawa Rania berjalan ke dating ke. Ayah memang tak kisah, tapi satu saja ayah minta dekat kamu Faliq. Kamu jaga Rania elok elok, jangan bagi dia trauma lagi lepas apa yang dah jadi dekat dia."

"Insha- Allah ayah."

.

USAI sahaja sembahyang subuh berjemaah, Faliq terus mengaminkan doa yang dibaca olehnya begitu juga dengan Rania. Baru sahaja mahu bangun dari duduk, perbuatan Rania serta merta mati apabila Faliq berdehem seketika.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now