bab 4

2.3K 312 21
                                    

DARIPADA tadi, kedua dua anak mata Qayden tidak lepas daripada memandang figura Faliq yang sedang memandu. Kemudian, Qayden beralih memandang ke hadapan kembali. Tidak boleh dia pandang muka Faliq lama, lagipun Faliq itu bukannya hensem mana pun.

"Kau memang taknak ada isteri ke, Faliq?" soal Qayden untuk kesekian kalinya. Faliq sudah naik menyampah. Memang dah tak ada soalan lain ke nak tanya? Dalam banyak-banyak soalan ataupun topik kenapa topik itu juga perlu disoal?

"Aku sebenarnya takut jugalah kalau kau  tak suka perempuan." ujar Qayden dengan nada yang agak selamba dan dalam pada masa yang sama double meaning. Faliq pula sudah berkerut seribu dahinya. Tidak suka perempuan?

Maksud? Ataupun Qayden nak kata yang dia sebenarnya songsang.

Wait!

What?

"Kau nak cakap yang aku ini songsang ke, Qayden?" soal Faliq. Qayden mengangguk tanda mengiyakan kata kata Faliq.

"Taklah. Aku pelik tau dengan kau ni. Umur pun dah 34 tahun tapi masih lagi tak nak kahwin lagi. Kau dah kenapa? Ataupun kau masih lagi teringatkan perkara yang lepas? Kau ni Faliq, benda dah lepas dah. Kau nak ingat lagi kenapa?" Soal Qayden. Faliq cuma diam sahaja. Pertanyaan Qayden sebentar tadj langsung tidak dijawab. Rasanya tidak perlu untuk dia bazirkan masanya untuk jawab soalan itu

"Rayyan. Kau rasa ada tak perempuan yang boleh terima dia?" soal Faliq kepada Qayden . Qayden cuma diam tidak beriaksi tambahan pula Qayden sendiri tidak yakin untuk menjawab pertanyaan Faliq.

"Kau rasa ada ke perempuan yang sudi nak jaga Rayyan dan sayang dia dengan seikhlas hati ?" Soal Faliq sekali lagi. Kali ini, Faliq menoleh memandang Qayden sekilas. Kemudian, Faliq beralih memandang jalan.

  Qayden cuma diam. Dan dalam masa yang sama, Qayden sendiri sudah tahu yang tak ramai perempuan yang boleh terima hakikat yang Faliq ni bukanlah seorang yang mudah untuk difahami ditambah pula dengan apa yang Faliq lakukan sekarang ini amat bahaya.

"Aku tahu, Faliq. Kau ada banyak sangat sebab kenapa kau tak mahu kahwin. Tapi itulah. Sampai bila kau nak kekal macam itu? Lagipun kau tak kesian ke dekat Rayyan? " Soal Qayden setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Kenapa aku kena kesian dekat Rayyan?"

"Okay, Rayyan mungkin ada kau sebagai ayah saudara ataupun kau nak Rayyan anggap dan sayangkan kau sebagai ayah kandung dia. Tapi..." Qayden berjeda seketika dan memandang Faliq disebelah.

"... Tapi dia tak dapat kasih sayang daripada seorang mak. Kau bayangkan, arwah kak Saera meninggal waktu dia masih lagi kecil. Kau takkan tak kesian ke dekat Rayyan?" Soal Qayden lagi.

"Dan kau kena faham yang mak dengan ayah takkan sama. Dan ada juga benda yang kau sebagai lelaki kau tak akan boleh ajar Rayyan, memang benda ini kau tak akan nampak sekarang sebab Rayyan masih lagi kecil. " tambah Qayden lagi.

"Lagipun kau janganlah anggap yang semua perempuan ini nak dekat kau sebab kau ini kaya, ada duit dan handsome. Kadang ada saja yang nakkan dekat kau ni ikhlas. Lagi satu aku nak pesan dekat kau, jangan terlalu memilih." tambah Qayden untuk kesekian kalinya.

"Entahlah Qayden, aku pun tak tahu. Tapi kau kena ingat. Sedangkan selipar yang nak letak dekat kaki pun orang cari yang elok inikan pula nak letak dekat hati."

.

KEDUA dua mata bundar si gadis remaja itu tidak lepas daripada memandang kedua dua figura ibu dan ayahnya seakan akan sedang bertinggi suara. Ataupun lebih tepat bertengkar.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now