Bab 59

706 84 2
                                    

SAMBIL berjalan menuju ke arah rumahnya, Sara Jane memandang ke arah sekeliling. Namun, langkah Sara Jane terhenti apabila matanya memandang taman, dimana tempat terakhir dia dan Faliq sebelum berpisah. Dan hari ini juga genap 2 minggu dia dan Faliq berpisah, bahkan di universiti pun dia tak nampak terus Faliq. Mungkin, Faliq menyembunyikan diri?

Sejak berita dia dan Faliq putus, terus semua asyik berkerumun dan tanya dia sama ada betul atau tidak yang dia dan Faliq betul betul putus. Sakit hati dia. Dan kebanyakkannya semua suka dia dan Faliq putus. Haish. Tapi itulah, nak buat macam mana sebab Faliq memang terkenal pun dekat universiti.

Malas mahu melayan perasaan, Sara Jane meneruskan langlahnya. Langkah Sara Jane semakin lama semakin perlahan apabila terdapat beberapa buah kereta polis dan ramai jiran tetangganya yang berkumpul di hadapan rumahnya.

"Sara Jane! Sini!" panggil salah seorang jiran tetangganya. Mujurlah di sini ada juga seorang dua jirannya yang berasal daripada Malaysia.

"Kenapa?" soal Sara Jane pelik apabila rumahnya digeledah oleh polis. Mata Sara Jane terpandangkan dua susuk tubuh yang dibalut dengan plastik hitam. Tanpa berfikir panjang Sara Jane terus berlari menuju ke arah susuk tubuh yang ditutup dengan plastik hitam.

Plastik hitam dibuka, susuk tubuh eom-ma yang berlumuran dengan darah membuatkan Sara Jane terkaku. Di bahagian perutnya terdapat kesan tikaman yang agak dalam dan di bahagian mukanya pula ada bekas tumbukan di bahagian mata. Sara Jane mengundur beberapa tapak ke belakang.

Kemudian, Sara Jane membuka satu lagi susuk tubuh yang ditutup dengan plastik hitam. Kali ini, tubuh a-ppa jelas menunjukkan bahawa kesan dipukul terutama sekali di bahagian perut. Dan dibahagian jantung pula terdapat kesan tikaman manakala di bahagian belakang kepala pula menunjukkan kesan bahawa a-ppa dipukul dengan sesuatu yang agak besar.

Sara Jane mengangkat mukanya apabila seorang pegawai polis wanita mendekatinya. Sara Jane mengangguk apabila pegawai polis tersebut menyuruhnya untuk mengikut mereka ke balai polis.

.

.

KELUAR sahaja daripada balai polis, Sara Jane membawa keluar satu bahan bukti yang sempat dia curi curi ambil. Seutas gelang tangan dibawa keluar, Sara Jane pelik. Gelang tangan ini agak familiar bagi dia dan dia yakin yang dia pernah nampak, tapi dekat mana?

Sekejap, ni bukan gelang tangan Faliq ke?

Tanpa berfikir panjang terus Sara Jane menuju ke arah lorong iaitu tempat Faliq selalu lepak. Dia yakin yang kes pembunuhan eom-ma dan a-ppa dirancang. Dan dalang sebenarnya ialah Faliq. Tetapi dalam masa yang sama juga Sara Jane cuba untuk menidakkan yang semua ini tiada kaitan langsung dengan Faliq.

Sampai sahaja di lorong, Sara Jane memandang keadaan sekeliling untuk mencari figura Faliq. Setiap sudut lorong itu diperhati namun tiada susuk tubuh Faliq. Sara Jane melangkah beberapa tapak ke hadapan.

"Sara Jane." panggil satu suara garau membuatkan Sara Jane terkejut. Cepat cepat dia beralih ke belakang untuk mencari pemilik suara garau itu.

Pap!

Serta merta tubuh Sara Jane rebah apabila belakang kepalanya dipukul dengan sesuatu yang agak keras.

.

.

PERLAHAN lahan dia membuka mata. Sara Jane memandang keadaan sekeliling, kemudian anak matanya turun memandang ke arah cermin yang menunjukkan pantulan dirinya yang sedang duduk di atas kerusi. Kaki dan tangannya diikat dengan begitu kemas sehinggakan dia tidak boleh bergerak walaupun sedikit.

Sara Jane menundukkan kepalanya apabila sakit di bahagian belakang kepalanya masih lagi terasa.

"Dah bangun?" soal satu suara garau. Tanpa apa-apa terus Sara Jane mengangkat mukanya untuk mencari si pemilik suara itu.

"Aku yakin yang kau kenal aku, Sara." Suara garau itu semakin lama semakin dekat.

Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam berdiri di hadapan Sara Jane, di tangan kanannya terdapat sepucuk pistol. Agak sukar bagi Sara Jane untuk melihat wajah lelaki itu memandangkan topi yang dipakai olehnya menutup separuh wajahnya.

"Faliq. Kau ke?" soal Sara Jane. Lelaki tersebut diam tidak menjawab, topi yang dipakai dibawa turun. Jelas menunjukkan bahawa lelaki dihadapan Sara Jane ini ialah,

Faliq.

"Apa semua ni, Faliq?" soal Sara Jane. Faliq cuma diam dan melangkah setapak ke hadapan. Pistol tersebut diacu betul-betul di muka Sara Jane.

"Untuk pengetahuan kau, aku yang bunuh eom-ma dan a-ppa. Dan aku juga perlu bunuh kau."

"Kenapa? Kenapa kau bunuh eom-ma dengan a-ppa! Apa salah diorang dekat kau! Apa yang kau marah sangat dekat diorang! Kenapa? Kenapa kau ni jahat? Binatang pun tak teruk macam kau."

Faliq diam. Pistol dibawa turun, tetapi masih lagi memegangnya.

"Aku putus dengan kau sebab aku terpaksa bunuh eom-ma dengan a-ppa. Dan untuk pengetahuan kau, eom-ma dan a-ppa sebenarnya terlibat dengan kegiatan haram. Iaitu menjual manusia dan juga menjual senjata api secara haram. Malah, eom-ma dan a-ppa dah rancang untuk ambil dan bawa kau ke korea sebaik sahaja mereka berdua dah hapuskan bukti identiti di Malaysia."

"Aku, Faliq Hanafi Shah ialah ejen rahsia kepada satu agensi dan aku tak boleh dedahkan maklumat tentang agensi itu. Tapi, kalau kau nak tahu, perkara yang berlaki terhadap terhadap kau, eom-ma dan a-ppa termasuklah kisah cinta palsu kita semuanya dirancang. Aku terpaksa buat semua ini, Sara. Kalau kau tak percaya, ini buktinya."

  Faliq mengeluarkan telefom bimbitnya. Beberapa keping gambar ditunjukkan kepada Sara Jane. Sara Jane diam tidak menjawab. Faliq menyimpan kembali telefon bimbitnya. Pistol di pegang erat.

"Kenapa? Kau nak tembak aku juga ke, Faliq? Tembak sajalah aku. Untuk apa aku hidup kalau eom-ma dengan a-ppa dah tak ada! Lebih menyakitkan kau, orang yang a-ppa dan eom-ma sayang dan anggap kau macam kau ni anak sendiri, rupa-rupanya kau yang bunuh diorang!"

"Aku menyesal. Aku menyesal sebab aku berjumpa dengam kau, Faliq. Kau manusia paling kejam yang aku pernah jumpa."

"Faliq." Panggil satu nama. Faliq beralih memandang ke arah Qayden yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Jeneral atasan bagi kau pilihan. Sama ada kau nak bunuh Sara Jane ataupun, kau lepaskan dia sebab untuk bunuh Sara Jane tak ada langsung dalam rancangan. Jadi Jeneral bagi kau pilihan. Pilihan di atas tangan kau." tutur Qayden perlahan.

  Faliq mengangguk tanda faham. Sara Jane cuma memerhati sahaja Qayden dan Faliq dihadapannya, nyawanya sekarang ini seperti di hujung tanduk. Pergi sahaja Qayden daripada situ, Faliq beralih memandang Sara Jane. Pistol diacu ke arah Sara Jane.

"Tembak aku!"

Bang!

Bang!

Bang!

  3 das tembakan dilepaskan secara rambang namun tiada satu pun yang mengena di Sara Jane. Sara Jane yang menundukkan muka terus mengangkat muka, wajah Faliq dipandang lama.

Pandangan dendam.

"Aku lepaskan kau kali ini. " tutur Faliq dan melangkah pergi dari situ. Sara Jane tidak lepas daripada memandang Faliq, air matanya langsung tidak jatuh.

"Faliq! Aku sumpah yang aku akan bunuh kau, Faliq!"

'Mulai hari itu, aku tutup hati aku. Aku ubah personaliti aku menjadi seorang manusia yang terlalu kejam dan heartless. Apa yang ingin aku capai? Satu sahaja, iaitu aku mahu Faliq rasa apa yang aku rasa.'

'Aku mahu hancurkan, satu persatu apa yang Faliq miliki.'

-Sara Jane.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now