bab 69

816 95 0
                                    

SAMPAI sahaja di hadapan rumah Rihanna, Rania mematikan enjin keretanya dan melangkah keluar daripada kereta. Beg plastik yang berisi tudung yang ditempah juga turut dibawa keluar.

"Eh, kau dah balik dah?" soal Rihanna lali membawa turun skrin komputer. Rania duduk di atas sofa, begitu juga dengan Rihanna.

"Balik dahlah. Habis, dekat depan kau ni apa? Tunggul?" soal Rania sebelum bangun dari duduknya dan menuju ke arah biliknya. Rihanna mencebik sedikit.

"Aku ada masak! Nanti turun makan!" laung Rihanna apabila Rania sudah berada di atas. Rihanna kembali menyambung kerjanya, nantilah dia makan sekali dengan Rania.

  Suis lampu, kipas dan juga 'aircond' dibuka. Rania duduk di atas katil, tudung yang berada di dalam beg plastik dibawa keluar. Lipatan tudung dibuka, Rania tersenyum tipis. Satu persatu corak dipandang.

Setiap satu corak itu menyimpan 1001 rasa.

  Rania sudah bercadang, esok pagi dia akan melawat ke kubur arwah Rayyan dan juga 'baby' Muhammad. Dan dia juga akan pakai tudung ini, sebagai tanda kasih dan sayang terhadap 3 orang anaknya yang sudah tiada. Air mata Rania mula jatuh.

  Tudung ini, ditempah khas bukan untuk anak-anaknya sahaja tetapi juga sebagai sumber kekuatan untuk dia membalas apa yang perlu dia balas. Dalam tempoh 3 hari ini, sudah cukup untuk dia berikan amaran kepada Faliq, Sara Jane dan Puan Aisha sebelum apa yang dia rancangkan selama 6 bulan ini bermula.

  Tudung tersebut didakap lama, walaupun pada pandangan mata orang lain ianya cumalah sekadar tudung yang biasa, tapi tidak bagi Rania. Tudung itu ibarat anak-anaknya yang sudah tiada, dan juga sumber kekuatan baginya dalam segala aspek. Sambil mendakap, Rania membayangkan seolah-olah dia memeluk ketiga-tiga anaknya serentak.

  Air matanya mula jatuh, apabila dia sedar yang semua itu takkan pernah terjadi dalam realiti. Hatinya bagai diiris dengan pisau yang tajam apabila ketiga-tiga kematian anaknya dirancang dengan rapi.

'Puan Rania kena kuat. Sebab sampai masa, kita sendiri kena kuat sebab itu saja pilihan yang kita ada.'

  Kata-kata daripada Safya tadi seolah-olah seperti radio rosak. Tidak berhenti berputar di dalam fikirannya. Rania tersenyum, ada betulnya juga apa yang Safya katakan tadi. Kena dengan situasinya sekarang ini. Tambahan pula, apa yang terjadi sekarang ini memang betul-betul di luar kawalannya. Air matanya dikesat.

'Cause Queen Never Cry.'

.

.

CUMA bunyi sudu dan garfu saja yang berlanggaran. Rania dan Rihanna cume diam sambil menjamah nasi goreng kampung yang dimasak oleh Rihanna sebentar tadi.

"Kau masak nasi goreng apa?" soal Rania membuka bicara. Rihanna mengangkat mukanya memandang Rania.

"Aku masak nasi goreng kampung sebab bahan dekat dapur pun dah banyak yang dah habis. Kenapa?" Kali ini giliran Rihanna pula menyoal.

  Rania cuma mengangguk sahaja. Air kosong diteguk, sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan sebaik sahaja dia selesai menjamah nasi goreng kampung.

"Sebab nasi goreng kampung ni makanan favourite arwah Rayyan. Itu yang aku tanya kau tu."

  Tingkah laku Rihanna serta merta terhent. Rihanna mengangkat mukanya memandang Rania. Rania cuma beriak biasa sahaja.

"A... Aku minta maaf. Aku tak tahu pula yang nasi goreng kampung ni makanan favourite arwah Rayyan." tutur Rihanna dengan penuh serba salah. Rania cuma menggeleng.

"Tak apalah Rihanna, aku cuma cakap saja. Bukannya salah kau pun." balas Rania. Rihanna cuma diam sahaja.

  Suasana di antara Rania dan Rihanna kembali sepi. Rania membasuh pinggan manakala Rihanna pula masih lagi menjamah sisa nasi goreng di dalam pinggannya. Duduk sahaja Rania, giliran Rihanna pula membasuh pinggan. Selesai sahaja mengemas meja makan, Rihanna duduk kembali di hadapan Rania.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now