bab 24.

1.2K 176 0
                                    

SEMENJAK dua menjak ni awak rasa tak sedap badan?" Soal Faliq lalu beralih memandang ke arah Rania yang sedang bersandar di katil.

"Haah... Semenjak dua menjak ni saya rasa tak sedap badanlah. Lepas itu saya tak tahulah, selera makan saya macam lain sikit daripada sebelum ini." Ujar Rania lagi. Tangan kanannya naik mengurut dahinya. Sudahlah kepalanya sakit sangat ditambah pula dengan rasa nak termuntah lagi.

"Selera makan awak berubah ke?" Soal Faliq.

Rania mengangguk perlahan.

"Haah... Selera makan saya tak macam sebelum ini. Kalau tak saya kalau makan sehari sekali pun tak apa dah,tapi lately ni saya rasa macam nak mengunyah setiap masa." Ujar Rania lagi. Faliq pula hanya mengangguk perlahan.

  Melihat Rania yang sedang mengurut kepala, Faliq bertindak mendekatkan dirinya dan Rania. Kedua dua tangan Faliq naik mengurut kepala Rania.

"Thanks." Ujar Rania perlahan. Suara pun sudah tak terkeluar dah.

"Welcome." Ujar Faliq sambil tersenyum tipis. Rania pula hanya diam sahaja di samping Faliq. Tak tahu nak cakap apa lagi dah,ditambah pula dengan sakit di kepala yang kian mencucuk ni, lagilah payah dia nak bercakap.

"Sayang..." Panggil Faliq. Rania pula perlahan lahan membuka matanya dan memandang Faliq yang sedang tersenyum tipis.

"Kenapa?" Soal Rania.

"Ke awak mengandung ni sayang?" Soal Faliq dengan nada yang agak teruja. Rania pula sudah tertawa kecil. Celah mananya nak pregnant?

"Tak tahulah... Kalau ada rezeki, Alhamdulillah, kalau tak ada rezeki lagi anggap jelah yang saya jadi sakit badan apa semua ni sebab saya nak period." Ujar Rania. Faliq pula hanya mengangguk perlahan, terpapar riak kecewa di wajah Faliq.

"Saya taknak awak terlampau berharap sangat. Sebab bila awak terlampau berharap, dalam masa yang sama awak akan bagi harapan dekat saya juga." Ujar Rania pasrah.

Faliq diam tidak berkutik.

.

"ALHAMDULILLAH Puan Rania,awak mengandung. Dah sebulan dah kandungan awak sebenarnya." Ujar Doktor Wanita tersebut. Rania pula sudah terkedu dengan kata kata doktor tersebut.

Mengandung?

Biar betul.

"Be-betul ke doktor?" Soal Rania tergagap gagap dan tidak percaya dengan kata kata doktor wanita tersebut. Doktor wanita tersebut hanya mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Saya mengandung?" Soal Rania sekali lagi seolah olah tidak percaya dengan kata kata doktor itu sebentar tadi.

  Tujuan sebenar dia datang ke klinik inipun sebenarnya nak ambil ubat dan periksa keadaannya memandangkan sejak 2,3 hari ini sakit di kepalanya semakin sakit dan selera makannya juga semakin bertambah.

  Sampaikan satu hari itu Rania terpaksa jugalah pulang awal daripada butik sebab terlampau letih dan sakit sangat kepala. Keesokannya tu pula, sewaktu makan tengah hari bersama Rihanna, ada juga Rihanna menegurnya yang selera makannya bertambah.

"Sebenarnya Puan Rania, bila Puan Rania mengandung memang normal sebenarnya bila Puan Rania asyik sakit kepala and selera makan Puan Rania pun memang akan bertambah. " Terang doktor tersebut. Rania pula hanya mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Dan untuk sementara waktu ini saya nasihatkan supaya Puan Rania jaga kandungan tu baik baik dan kalau boleh Puan Rania elakkan buat kerja kerja berat macam angkat benda benda yang berat sebab kandungan Puan Rania masih lagi baru dan tak cukup kuat lagi." Terang doktor itu lagi.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now