bab 55

745 88 9
                                    

7 tahun yang lalu.

(Start flashback)

SAMBIL berjalan, dia memandang kawasan sekeliling. Memandangkan sekarang ini di Korea adalah musim sejuk, jadi tidak hairanlah kalau ramai yang memakai baju tebal. Kakinya mula melangkah masuk ke dalam kafe tersebut. Jejaka yang sedang menunggunya dituju dan disapa. Kepala ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat dan dia duduk di hadapan lelaki tersebut.

"An-nyeong. Haeng-bo-kae-yo that you still wait for me (Hai. I am happy yang awak masih lagi menunggu saya)" tuturnya sambil tersenyum tipis. Air coklat yang sudah dipesan olehnya diambil dan diminum.

"Eo-tteo-ke? Pi-gon-hae-yo to wait for you. (Apa? Saya amat penat untuk tunggu awak)." tutur jejaka itu kasar.

"Weh Faliq. Kau jangan nak mengada lebihlah, hari tu aku tunggu kau okay saja. Lagilah, 1 jam tau aku tunggu. Ni aku lambat 20 minit pun kau nak marah marah aku dah kenapa?" soalnya dingin. Faliq tersenyum sumbing.

"Weh, uncle dengan auntie macam mana? Masih lagi sakit? Sebab aku ingat hujung minggu ni nak pergi rumah kau. Kau bagi tak, Sara?" soal Faliq. Sara Jane mengangguk.

"Its okay, datang je. Eom-ma dengan a-ppa tanya juga bila kau nak datang. Sebab eom-ma cakap dia nak masak tteubokki dekat kau. Kau nak tak?" soal Sara. Faliq mengangguk laju tanda mahu.

Lagipun tteubokki yang dibuat oleh mak Sara Jane memang sedap pun. Tambah tambah lagi kalau dekat korea makanan favourite Faliq adalah tteubokki, lepastu jumpa pula dengan orang yang pandai memasak ni tteubokki ni memang heaven lah untuk dia.

"Mestilah nak. Kau ni pun tanya soalan yang memang dah ada jawapan. Cubalah tanya soalan yang susah susah sikit. Tak challenging tau soalan kau ni." tutur Faliq. Air yogurt diambil dan diminum.

"Kau yakin yang kau nak soalan yang mencabar?"

"Ya. Aku nak soalan yang mencabar." tutur Faliq yakin. Sara Jane mengangkat mukanya memandang Faliq, senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

"Sekarang ni aku nak tanya, sebenarnya apa status hubungan kita? Kawan ataupun lebih daripada kawan? Haritu kau cakap kau nak ajak aku bercinta, lepas tu senyap. Sekarang ni, aku nak tanya kau betul betul. Kita ni bercinta ke tak, kalau kita tak bercinta aku nak mengorat-"

"Kita bercinta. Saranghae." Mini love diberi kepada Sara Jane. Sara Jane terdiam, biar betul Faliq ni?

"Kau makan ubat tak hari ni Faliq? Kalau kau tak makan, baik kau makan. Punchline kau kalini seram beb." tutur Sara Jane dan diselangi tawa kecilnya. Tapi Faliq pula, langsung tidak senyum apatah lagi gelak. Perasan yang Faliq cuma diam sambil memerhatinya, Sara Jane berdehem seketika.

"Faliq. Aku sebenarnya tanya soalan tu main main saja. Tak sangka pula kau nak jawan macam tu. Dahlah, lupakan jelah soalan tu. "

"Tapi aku tak main main. Aku serius Sara, memang aku nak lebih daripada berkawan dengan kau. Itupun kalau kau sudilah." tutur Faliq mendatar. Sara Jane diam tidak bersuara.

Sudi? Ya dia mengaku yang dia memang sukakan Faliq juga. Tapi tak pernah pula dia terfikir yang Faliq akan suka dia balik. Tapi untuk dia terima lamaran Faliq tu, dia kena fikir 2,3 kali. Nak lebih tepat, dia perlu tanya eom-ma dengan a-ppa dia terlebih dahulu.

"Tak apa. Nanti hujung minggu ni aku pergi jumpa auntie dengan uncle, aku tanya diorang sendiri."

"Faliq." panggil Sara Jane. Faliq mengangkat mukanya memandang Sara Jane.

"Janji dengan aku yang kau takkan sia-siakan aku?"

.

.

PINGGAN dan mangkuk yang sudah digunakan diambil dan dibawa ke singki oleh Sara Jane. Yang berada di ruang makan sekarang ini cuma eom-ma, a-ppa dan Faliq sahaja. Itupun atas permintaan Faliq juga.

Sambil membasuh pinggan, Sara Jane curi curi dengar juga apa yang mereka tengah bualkan. Tapi sayang, tak beberapa dengar sangat. Walaupun eom-ma dan a-ppa dia orang Korea, mereka berdua mengamalkan tradisi seperti orang Malaysia juga. Tambah tambah lagi, mereka berdua pernah tinggal di Malaysia dalam jangka masa yang agak lama.

Perlahan lahan, Sara Jane tersenyum tipis. Siap sahaja membasuh dan menyusun pinggan, terus dia menuju ke ruang tamu dan duduk di sebelah a-ppa. Air liurnya ditelan pahit apabila situasi diantara Faliq dan a-ppa dia tegas. Bahkan eom-ma pun tak bercakap apa langsung.

"Sara." panggil a-ppa nya dan beralih memandang anaknya. Sara Jane teragak agak untuk mengangkat mukanya memandang a-ppa.

"Setuju?" soal a-ppa terhadap Sara Jane. Sara Jane pelik.

"Wae? (Apa?)"

"Kamu setuju nak bercinta dan berkahwin dengan Faliq?" soal a-ppa. Sara Jane terkedu.

Masa bila Faliq janji nak ajak dia kahwin? Bukan tujuan dia berjumpa dengan a-ppa dan eom-ma untuk minta kebenaran bercinta dengan dia saja ke?

"Faliq nak ajak kamu kahwin. Haeng - bo-kae-yo, sebab a-ppa kenal dan yakin yang Faliq boleh jaga kamu. Tapi apa apa pun, keputusan di tangan kamu. Kamu yang nak susah senang dengan Faliq, bukan a-ppa. (Saya sangat gembira, sebab ayah kenal dan yakin yang Faliq boleh jaga kamu.) " tutur a-ppa lembut. Sara Jane diam.

Sara Jane mengangguk.

.

.

"Gamsahabnida. (terima kasih)." tutur Faliq sambil tersenyum tipis. Matanya daripada tadi tidak lepas daripada memandang Sara Jane. Sara Jane hanya mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Kiranya esok first day kita. Betul tak?" soal Sara Jane. Faliq mengangguk. Sambil mereka berdua berjalan, mata mereka juga sibuk memandang beberapa pasangan yang sedang berpegangan tangan.

"Nak pegang tangan tapi itulah, tak boleh sebab kita berdua tak halal lagi." tutur Faliq. Sara Jane mengangguk tanda setuju.

  Boleh pula tadi a-ppa dengan eom-ma suruh dia keluar jalan jalan dengan Faliq untuk rasmikan hubungan diorang malam ini. Haish a-ppa pun satu, bila dapat tahu yang Faliq nak serius dengan dia bukan main seronok a-ppa.

  Tapi itulah. Tak sangkalah pula, Faliq Hanafi Shah yang sentiasa keseorangan dekat sekolah, lepas tu tak suka berbual dengan perempuan boleh jadi bakal husband dia. Dahlah Faliq melamar dia secara mengejut. Sara Jane sendiri berani kerat ibu jari yang ramai perempuan akan patah hati bila dapat tahu yang Faliq dah berpunya.

Sara Jane berhenti sekejap, begitu juga dengan Faliq.

"Faliq, boleh tak kalau saya nak minta awak janji satu benda dengan saya?"

"Apa?"

"Saya nak awak janji dengan saya yang awak akan sentiasa perjuangkan saya. Dan takkan jadikan saya sebagai tempat persinggahan. Boleh?"

(end flashback)

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now