bab 80

1K 76 2
                                    

SATU persatu peluru dimasukkan di dalam pistol. Selesai sahaja mengisi peluru, Qayden mengambil tempat di hadapan komputer. Dapat tahu saja yang Rania dengan Rihanna ditangkap oleh Sara Jane, terus dia dan Faliq cuba untuk menjejak kedudukan semasa Rania dan Rihanna.

"Dapat tak lagi, Qayden?" soal Faliq. Baju kalis peluru dipakai. Jaket berwarna hitam disarung ke tubuhnya. Begitu juga dengan Qayden yang turut memakai jaket berwarna hitam, masin-masing berpakaian serba hitam.

"Tak dapat lagi." balas Qayden. Topi berwarna hitam disarung ke kepalanya. Baru sahaja mahu bangun dari duduknya, satu mesej masuk membuatkan Qayden beralih memandang telefonnya. Aplikasi WhatsApp dibuka, mesej daripada Rihanna membuatkan Qayden terkejut. Cepat cepat dia membuka location yang diberikan oleh Rihanna.

"Faliq, aku rasa aku tahu dah dekat mana Rania dengan Rihanna sekarang ni."

"Diorang dekat mana?" Faliq mendekati Qayden. Telefon Qayden diambil, location yang dihantar oleh Rihanna diteliti habis.

"Lebih kurang 45 minit, untuk ke sana." tutur Qayden.

"Kita gerak sekarang." Faliq dan Qayden mengambil pistol dan juga pisau rambo sebelum melangkah pergi dari situ. Tidak dilupakan juga, contact lens yang akan mereka gunakan nanti.

Sepanjang perjalanan Faliq dan Qayden cuma mendiamkan diri sahaja. Faliq sibuk memandang ke arah luar, Qayden fokus memandu. Masing masing risau akan keadaan Rania dan Rihanna. Qayden memandang skrin radio yang menunjukkan lagi 20 minit untuk sampai ke lokasi yang diberikan oleh Rihanna.

"Kata-kata terakhir?" soal Qayden secara tiba-tiba. Faliq beralih memandang Qayden.

"Aku rasa apa yang terjadi semua ni dekat aku, kifarah yang Allah nak bagi. Mungkin kali ini giliran aku pula nak rasa apa yang orang lain rasa. Aku ingat, lepas ni, aku nak berhenti daripada jadi undercover ejen. Cukup setakat ni saja aku buat dosa."

Qayden terus beralih memandang Faliq di sebelah. Qayden mengangguk perlahan, ada benarnya juga apa yang Faliq katakan sebentar tadi.

"Alhamdulillah. Akhirnya, dapat juga hidayah kau ni. Harap lepas ni kalau boleh mulut puaka tu buang sekali." Faliq beralih memandang Qayden.

Apa ni? Aku tengah serius main-main pula.

"Aku tak tahulah, kali ni aku rasa macam tak sedap hati. Kalau nak ikutkan sebelum ni kita pun ada misi yang lebih kurang macam ni juga, tapi aku tak adalah takut macam ni."

"Bukan apa, sebab kali ni bukan misi. Tapi ni semua benda yang kau kena tanggung atas dosa-dosa lampau kau. Tapi yang aku geramnya, Sara dengan Puan Aisha tu dah kenapa sampai nak culik Rihanna sekali. Kesian dia tahu tak?"

"Memanglah dah Rihanna tu kawan dengan Rania. Engkau ni pun." balas Faliq dingin. Inilah perangai Qayden, orang tengah serius boleh pula dia main-main.

"Weh Faliq." panggil Qayden dan beralih memandang Faliq sekejap.

"Apa?"

"Kalau apa-apa terjadi dekat aku, kau cakap dekat Rihanna yang a..."

"Engkau ni dah kenapa? Dah lama tak makan penampar?" soal Faliq tidak puas hati. Yelah, tak ada angin tak ada ribut tiba tiba nak cakap macam tu. Dah kenapa?

"Entahlah, aku rasa tak sedap hati. Aku rasa malam ni, macam malam terakhir akulah."

"Sudahlah. Merepek je lebih."

.

.

SAMPAI sahaja dihadapan gudang 3 tingkat yang terbiar itu, Faliq dan Qayden keluar daripada kereta. Langkah diatur dengan penuh berhati-hati supaya tidak mengeluarkan bunyi. Habis sahaja memeriksa tingkat 1 dan 2, Faliq dan Qayden mendaki anak tangga satu persatu.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now