bab 54

735 92 13
                                    

RANIA mengangkat mukanya untuk memandang Puan Aisha yang duduk di hadapannya, kedua dua mata Puan Aisha yang bengkak dan merah jelas untuk menunjukkan yang seharian Puan Aisha menangis semalam.

Rania beralih memandang peguam yang dilantik oleh arwah ayahnya untuk membaca wasiat. Selesai sahaja bahagian pengurusan harta, kali ini tinggal bahagian pengambil alihan syarikat sahaja yang tidak dibicarakan lagi.

"Dan untuk bahagian pengurusan syarikat selepas kematian arwah. Arwah dan isteri iaitu Puan Aisha sudah berbincang dan memilih Rania untuk menjaga syarikat tersebut." Peguam dan Puan Aisha memandang Rania.

Rania pelik.

"Kenapa Rania, ibu?"

"Sebab ayah cuma nampak Rania saja yang boleh jaga syarikat. Lagipun Rania kan ada pengalaman dalam business, jadi sebab itulah ayah pilih Rania." tutur Puan Aisha.

Rania terdiam.

"Jadi macam mana. Cik Rania se-"

"Setuju, tapi saya minta tempoh 2 minggu sehingga sebulan untuk saya uruskan apa yang sepatutnya saya uruskan. Boleh?"

"Boleh."

"Kalau macam tu, semua urusan dah selesai. Jadinya saya pulang dululah ya, terima kasih sebab beri kerjasama." tutur peguam tersebut dan melangkah pergi daripada situ.

Pergi sahaja peguam daripada situ, Rania terus duduk di sebelah Puan Aisha. Banyak sangat perkara yang dia ingin bertanya kepada Puan Aisha, tambahan lagi dengan pengambil alihan syarikat arwah ayahnya.

"Sejak bila ibu dengan ayah rancang untuk letakkan Rania sebagai pengganti ayah untuk syarikat? Kenapa ibu dengan ayah tak bincang dulu dengan Rania?"

"Ibu minta maaf Rania. Ta-"

"Ayah dah minta pendapat saya. Dan saya setuju, lagipun ayah dah tak ada orang lain yang boleh diharapkan untuk jaga syarikat."

Rania mengangguk tanda faham.

"Kalau macam tu, tak apalah ibu. Bagi Rania masa untuk selesaikan semua benda ni."

.

.

MASUK hari ini sudah seminggu lebih Tuan Azhar meninggal. Dan juga sejak itu, hubungan Rania dan Faliq agak dingin. Tapi dingin bukan sebab arwah Tuan Azhar, tapi fasal pengambil alihan syarikat. Dan ya, Rania sebenarnya tak beberapa setuju sebab dia sudah ada butik jadi untuk apa dia nak ambil alih syarikat itu lagi?

  Troli ditolak menuju ke arah sabun basuh baju, Rania yang sedang memilih sabun basuh baju dituju. Troli ditolak betul betul di sebelah Rania, siap sahaja memilih sabun basuh baju, Rania dan Faliq menuju ke arah makanan ringan. Faliq tersenyum puas apabila ruang makanan ringan itu cuma dia dan Rania sahaja, jadi adalah peluang untuk dia dating dengan Rania.

"Awak marah saya ke?" soal Faliq mencuba nasib. Manalah tahu kalau Rania angguk ataupun cakap yang dia marahkan dia, legalah sikit hati dia.

"Entah. Tak marah pun."

"Kalau tak marah, kenapa bila saya ajak awak berbual awak diam?" soal Faliq ingin mencuba nasib lagi. Rania diam, tangannya mula mengambil beberapa keropok dan juga manisan dan diletakkan di dalam troli.

"Saya tahu awak marahkan saya sebab saya setuju ayah letakkan awak sebagai pengganti dia."

"Kalau tahu saya marah kenapa awak tanya saya lagi?" Dingin sahaja Rania menyoal Faliq. Faliq mengangguk tanda faham.

"Bagi saya, ibu pun boleh jaga syarikat tu sebab ibu bukannya tak ada pengalaman langsung dalam business. Ibu pernah saja jaga syarikat waktu ayah sakit, kenapa bila ayah meninggal ibu taknak jaga? Kenapa?" soal Rania tidak puas hati.

"Padahal ibu dengan ayah tahu yang saya ada butik. Susah payah saya bangunkan butik tu sampai orang tahu dan kenal butik saya lepas tu tiba tiba saja nak saya ambil alih syarikat tu. Habis butik saya macam mana? Takkanlah saya nak handle dua business dalam satu masa? Agak agaklah..."

"... Dahlah awak, ibu dengan arwah ayah berbincang tanpa pengetahuan saya. Sekurang kurangnya kalau saya tahu, saya boleh rancang apa yang saya nak buat. Ini tidak, awak ingat rancang untuk business ni sama ke dengan rancang nak makan apa? Lepas tu saya kena fikir lagi macam mana nak rolling duit, bayar gaji pekerja. Takkanlah awak tak faham?"

Faliq diam sambil mendengar luahan hati Rania. Dan Rania pula, sambil membuat sesi luahan hati tangan juga bertindak mengambil barang rumah yang dah habis dan diletakkan di dalam troli.

"Dah habis dah luahan hati?"

"Dah."

"Okay. Sebenarnya ibu memang rancang nak bagi syarikat tu dekat awak sebabnya awakkan anak dia, dan dalam masa yang sama juga ibu rancang nak bersara. Yelah lagipun ibu pun nak rehat juga, jadi awaklah yang kena sambung legasi ayah awak..."

"... Tapi awak jangan risau, saya dah janji dengan ibu dan ayah yang saya akan tolong awak jaga syarikat tu. Jadinya kita sama sama jaga. Faham tak?"

"Faham."

  Keadaan di antara Rania dan Faliq mula diam. Rania sibuk memilih barang rumah untuk Puan Aisha dan Faliq pula sibuk bermain dengan telefonnya. Selesai sahaja membalas mesej Qayden, Faliq membuka calender di telefonnya. Hampir terbuntang mata Faliq apabila dia perasan yang minggu depan adalah ulang tahun pertama perkahwinan dia dan Rania.

Oh shit.

"Minggu depan anniversary kita dua. Awak jangan lupa pula." tutur Rania sambil memilih barang. Faliq mengangkat mukanya memandang Rania.

"Tapi minggu depan saya-"

"Outstation? Saya tahu."

"Macam mana awak tahu? Siapa yang bagitahu awak?" soal Faliq pelik. Biar betul Rania ni, dia tahu daripada siapa? Takkan Qayden yang cakap?

"Rihanna cakap dekat saya sebabnya Qayden pun outstion sekali dengan awak. Itu yang saya tahu tu."

"Saya minta maaf sebab sa-"

"Tak apalah Faliq. Saya ok."

Deg.

.

.

PINTU rumah ditutup, Puan Aisha mengambil beberapa beg plastik yang berisi bahan bahan untuk memasak memandangkan sekarang ini dia dalam tempoh edah, jadi dia tak boleh keluar rumah.

  Selesai sahaja mengemas dapur dan menyusun bahan bahan untuk memasak di dalam dapur, Puan Aisha melangkah menuju ke arah ruang tamu. Televisyen yang terbuka dibiarkan tidak ditutup. Laci dibuka, sijil kematian arwah suaminya diambil dan dibawa keluar. Puan Aisha beralih memandang keadaan sekeliling di ruang tamu. Matanya mula mencari kalau ada alat yang boleh merakam percakapannya.

  Sijil kematian Taun Azhar diletakkan di atas laci. Kusyen kerusi mula diambil dan diperiksa secara satu persatu oleh Puan Aisha. Begitu juga dengan setiap laci ataupun rak yang berada di ruang tamu. Apabila tidak jumpa apa apa perkara yang pelik, sijil kematian Tuan Azhar diambil dan Puan Aisha duduk di atas sofa. Mulutnya mula terkumat kamit membaca setiap butiran yang tertera di sijil kematian suaminya.

  Habis sahaja membaca, Puan Aisha tersenyum tipis. Kemudian Puan Aisha tertawa besar, kusyen sofa yang berada berdekatan dengannya diambil dan dibaling ke dinding.

Dia puas.

"Puas hati aku!" jerit Puan Aisha sekuat hatinya. Matanya beralih memandang sijil kematian suaminya yang berada di tangannya.

"Finally, he's dead already."




.

Happy 3k guys!

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now