bab 67: Darah dibalas darah

1K 90 1
                                    

(3 bulan kemudian)

ENJIN kereta dimatikan, Rania mengambil beg tangan dan juga 'foolscap envelope' sebelum melangkah keluar dari kereta. Setiap langkah Rania, membuktikan bahawa dia bukan lagi seperti dulu. Dia berjanji atas nama anak-anaknya sendiri yang dia akan balas apa yang telah mereka semua lakukan kepada dia. Perasaan kasihan dan simpati seolah olah tidak wujud untuk dia sekarang, kerana perasaan itulah yang membuatkan dia jatuh dan hancur.

  Spek mata hitam yang dipakai diperbetulkan sedikit. Rania berjalan menuju ke pejabat Faliq, kali ini dia mahu berjumpa dengan Faliq untuk berbincang tentang perceraian mereka..

  Rata-rata para pekerja di situ memandang Rania pelik, umum sudah mereka ketahui yang rumahtangga majikan mereka sudahpun retak, bahkan berita yang Rania ingin mengfailkan penceraian pun sudah tersebar di kalangan mereka.

  Keluar sahaja daripada lif, Rania menuju ke pejabat Qayden terlebih dahulu. Pintu diketuk dari luar, dapat sahaja arahan untuk masuk terus Rania membuka pintu.

"Faliq sibuk tak sekarang ni? Aku ada hal penting nak bincang dengan dia." soal Rania, Qayden cuma menggeleng. Rania menutup kembali pintu pejabat Qayden. Pejabat Faliq dituju, Rania membuka pintu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Pintu ditutup kembali, 'foolscap envelope' dicampak di atas meja Faliq. Rania duduk di atas kerusi yang di sediakan.

"Buka." arah Rania. Faliq mengambil dan membuka 'foolscap envelope' itu. Borang permohonnn cerai dan juga beberapa maklumat tentang permohonan cerai dibaca dengan teliti. Faliq meletakkan kembali borang tersebut.

"Apa ni?"

"Borang permohonan cerailah. Kenapa, banyak sangat bunuh orang sampai nak membaca pun tak reti?" Sarkastik nada Rania menyoal Faliq. Faliq bersandar pada kerusi kerjanya. Dia tertawa sinis.

"Ingat senang-senang macam tu saja ke saya nak lepaskan awak? Jangan harap. Sampai mati pun, saya takkan lepaskan awak. Awak masih lagi isteri saya yang sah. Saya ingatkan 6 bulan awak pergi tu, awak akan berubah fikiran. Rupanya sama saja."

  Rania diam tidak menjawab. Spek mata hitam ditanggalkan, Rania membetulkan posisi kedudukannya. Matanya memandang lama wajah Faliq di hadapannya.

"Awak dah lupa ke? Saya bagi awak pilihan sama ada awak nak saya naik mahkamah sebagai isteri awak atau pembunuh awak? Kenapa, baru sekarang ke nak menyesal? Saya dah cakapkan, 6 bulan saya pergi saya bagi peluang terakhir dekat awak. Sama ada awak nak bertaubat dan lain-lain. Tapi itulah, nampak gayanya awak ambil mudah." tutur Rania dingin.

  Faliq pula memandang Rania tidak lepas, habis semua dia perhati. Dari segi penampilan, setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut Rania menunjukkan yang Rania betul-betul sudah berubah.

"Awak dah berubah. Saya dah hilang isteri saya yang dulu, Rania. Tahniah, sebab awak berjaya tunaikan kata-kata awak yang awak akan berubah. Tapi saya rindu isteri saya yang dulu, bukan sekarang."

Rania tersenyum sinis.

"Awak yang paksa saya jadi macam ni. Pelik, awak tanya saya kenapa saya berubah tapi awak tak tanya langsung siapa yang ubah saya? Awak Faliq. Saya jadi macam ni sebab awak. Inilah manusia, dia yang menyakiti orang lain tapi berlakon seolah-olah dia yang tersakiti..."

"... Awak tak penat ke Faliq 'play victim'? Ataupun awak yang rasa tercabar dengan personaliti saya sekarang? Patutlah, Rania Ramanshah yang dulukan lembik. Senang orang nak pijak, tapi sekarang? Dalam mimpi."

"Saya pergi dulu." Rania bangun dan melangkah pergi dari pejabat Faliq. Malas dia mahu duduk lama dekat situ.

  Enjin kereta dihidupkan. Sementara menunggu penghawa dingin memenuhi ruang, Rania membawa keluar telefon bimbitnya. Nombor Rihanna di dail, tidak sampai beberapa saat panggilan bersambung.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now