Bab 37

956 132 3
                                    

KEDUA dua tangan Rania daripada tadi tidak lepas daripada menaip di papan kekunci komputer ribanya. Sesekali Rania memandang skrin telefonnya yang memaparkan jumlah jualan bulanan dan harian setiap bulan dan setiap hari. Siap sahaja menyelesaikan tugasan, Rania terus mengambil cawan yang berisi kopi yang dibancuh olehnya tadi. Dengan penuh berhati hati Rania menghirup kopi tersebut.

  Rania terus beralih memandang jam yang melekat di dinding. Hampir tersembur air kopi yang berada di dalam mulutnya apabila jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Cepat cepat Rania mencapai telefonnya. Nombor telefon Faliq didail dan tidak sampai beberapa saat panggilan bersambung.

"Hello assalamualaikum awak. Awak saya balik lambat sikit tau sebab saya baru habis buat kerja. Lagipun saya tak tutup kedai lagi." Ujar Rania sambil mengemas barang barang yang berada di atas mejanya.

"O-ok. Takpa nanti saya dah sampai rumah saya call awak. Bye." Punat berwarna merah ditekan untuk menamatkan panggilan. Telefon disimpan di dalam beg tangan. Rania mula melangkah ke pantry untuk membasuh cawannya dan simpan di tempat yang disediakan.

  Baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam pejabat, langkah Rania serta merta mati apabila pintu butik diketuk kuat dari luar. Malas mahu layan, Rania terus masuk ke dalam pejabat untuk mengambil beg tangan dan telefon.

  Siap sahaja mengunci pintu butik, Rania terus melangkah pergi dari situ. Telefon yang berdering membuatkan langkah Rania terhenti seketika. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon, Rania menekan punat berwarna merah. Telefon disimpan kembali di dalam beg tangan. Kunci kereta dibawa keluar, baru sahaja mahu masuk ke dalam kereta, langkah Rania sekali lagi terhenti apabila terdapat satu sampul surat yang diletakkan di cermin keretanya.

  Sampul tersebut diambil dan membawa keluar kertas yang berada di dalam sampul. Serta merta kertas tersebut terlepas daripada tangan Rania sebaik sahaja Rania membaca isi di dalam kertas tersebut. Pandangan Rania mula beralih memandang keadaan sekeliling. Kosong, tiada langsung orang yang ada memandangkan kawasan butik Rania agak sunyi bila malam.

  Cepat cepat Rania masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan, ruang penghawa dingin mula memenuhi setiap sudut kereta. Terketar ketar tangan Rania membaca isi kertas itu sekali lagi. Cepat cepat Rania meronyokkan kerta tersebut dan dibaling ke belakang kereta. Seakan sedar yang dia sebenarnya sedang mengalami anxiety attack membuatkan Rania semakin panik memandangkan Rania juga mengalami Anxiety dan Depression. Fikiran Rania sekarang ini sudah mula over thinking.

'Aku akan mati ke?'

'Kalau apa apa terjadi, Faliq boleh tak nak jaga aku?'

'Kalau Faliq dapat tahu fasal surat ni rasa rasanya Faliq tengking dia tak sebab balik lambat?'

  Dan bermacam lagi perkara perkara yang membuatkan Rania semakin panik ataupun over thinking. Dengan perlahan lahan, Rania menarik dan menghembuskan nafasnya secara berulang ulang kali sehingga dia lega. Lega sahaja daripada anxiety attack, dengan bacaan bismillah Rania terus memulakan pemanduannya.

.

"Baru nak balik?" Soal Faliq sebaik sahaja Rania menutup dan mengunci pintu rumah. Rania hangs membuat 'derk' sahaja kepada Faliq. Lagipun sekarang ini Rania terlalu penat tambahan pula, tadi Rania mengalami anxiety attack. Faliq pula hanya memerhati sahaja daripada ruang tamu apabila Rania berjalan menuju ke arah dapur. Segelas air suam diambil dan diteguk perlahan.

"Awak ok ke tak ni, Rania?" Soal Faliq. Rania pula hanya diam sahaja di kitchen island. Faliq bangun dari duduknya dan melangkah menuju ke arah Rania.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now