bab 76

865 73 0
                                    

RANIA melangkah keluar daripada kawasan hospital dan menuju ke arah kereta. Sampai sahaja di hadapan kereta Rania terus menuju ke arah Faliq yang sedang berdiri di luar kereta. Rania berdiri di sebelah Faliq

"Awak ada nak pergi mana-mana lagi ke? Kalau ada boleh saya hantar awak." soal Faliq sekadar membuka bicara. Rania cuma menggeleng dan beralih memandang Faliq.

"Tak, lagipun aku tak larat. Nak balik rumah."

"Okaylah, kalau macam tu aku hantar kau." balas Faliq. Rania cuma mengangguk sahaja dan masuk ke dalam kereta, begitu juga dengan Faliq. Masuk sahaja ke dalam kereta, enjin dihidupkan. Faliq beralih memandang Rania sekejap sebelum memulakan pemanduannya.

"Macam mana?" soal Faliq dan menanggalkan spek mata hitamnya.

"Aku rasa kita kena lebih hati-hati sekarang ni." ujar Rania terlebih dahulu sebelum beralih memandang ke arah Faliq, begitu juga dengan Faliq yang turut memandang Rania.

"Kenapa?" soal Faliq sepatah.

"Aisha cakap yang esok Sara akan keluar hospital. Tak mustahil yang Sara akan balas balik lepas apa yang kita dah buat dekat dia." Rania melemparkan pandangannya ke arah luar tingkap pula. Nafas berat dilepas.

"Awak macam mana?"

"Maksud kau?"

"Saya rasa lepas ni, apa yang kita rancang akan terjadi. Awak dah bersedia? Saya dah bersedia." balas Faliq. Rania mengangguk.

"Saya dah bersedia untuk apa yang akan terjadi selepas ni."

.

.

SEJAK tadi, suasana di antara Rihanna dan Qayden cuma sunyi sepi sahaja. Rihanna sibuk bermain dengan telefon, dan Qayden pula yang sibuk mengatut ayat untuk memulakan perbualan di antara mereka berdua.

"A...awak sihat Rihanna?" soal Qayden. Rihanna cuma mengangguk.

"Alhamdulillah, saya tak mati lagi." balas Rihanna pedas. Qayden cuma diam sahaja. Orang perempuan kalau dah keluar kata-kata pedas dia tu lebih baik jangan melawan.

"Saya nak cakap pasal hubungan kita. Tapi kalini saya nak awak dengar dulu sampai habis, apa yang saya nak cakap." 

"Okay." tutur Rihanna sepatah.

"Fasal hubungan kita, saya taknak kita putus. Saya sayangkan awak. Saya tahu saya ego sebabnya saya tak bercakap langsung. Dan saya tahu saya salah sebabnya saya tak berterus terang dengan awak fasal Rania dengan Faliq. Tapi tolonglah, jangan campurkan hal Rania dengan Faliq dalam hubungan kita."

"... Saya taknak usaha saya cuba untuk dapatkan awak sia-sia macam tu saja. Saya setahun cuba dan cuba untuk dapatkan awak, saya taknak lepaska. awak macam tu saja. Saya sayang awak sangat-sangat Rihanna. Tolonglah bagi saya peluang."

   Rayuan daripada Qayden berjaya membuatkan Rihanna tersentak. Dia terdiam seribu bahasa, kepalanya juga ditundukkan sahaja daripada tadi. Tambahan pula renungan mata Qayden yang merayu untuk menerimanya kembali berjaya merobekkan hati Rihanna.

"Bagi saya masa." ujar Rihanna sebelum bangun dan melangkah pergi dari situ,namun langkahnya terhenti apabila Qayden bertindak menarik beg tangannya.

"Saya harap sangat awak boleh..."

"Qayden." kata-kata Qayden serta metta terhenti apabila Rihanna bertindak memotong percakapannya. Rihanna maju selangkah dua tetapi masih lagi menjaga jarak di antara dia dan Qayden.

"Jangan terlalu berharap dengan keputusan saya. Fitrah seorang manusia untuk sentiasa berubah hati, begitu juga dengan saya. Saya pun manusia, jangan risau saya faham apa yang awak rasa sekarang ni Qayden. Tapi tolong, jangan terlalu berharap dan cintakan saya..."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα