bab 38

1K 130 12
                                    

*Watak Puan Aisha saya ubah menjadi orang Malaysia.

.

BATU Nisan yang tertulis nama Rayyan dan Muhammad dipandang sayu. Perlahan lahan Rania senyum tawar. Tangan naik memegang batu nisan, air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh jua.

  Surah Yasin disimpan di dalam beg tangan dan Rania bangun dari duduknya. Dengan hati yang berat, Rania melangkah pergi dari situ. Lagipun Rania keluar pagi ini pun seorang diri saja, memandangkan hari ini Faliq terpaksa pergi kerja awal.

  Masuk sahaja ke dalam kereta, Rania terus menghidupkan enjin keretanya. Telefon dibawa keluar. Jam di skrin menunjukkan pukul 10 pagi, telefon disimpan dan dengan bacaan bismillah Rania memulakan pemanduannya.

  Sampai sahaja di perkarangan rumah Tuan Azhar, Rania memarkirkan keretanya dan melangkah masuk ke dalam rumah Tuan Azhar. Beg tangan diletakkan di atas kitchen island. Puan Aisha yang sedang memasak didekati.

"Assalamualaikum ibu."

"Eh waalaikumussalam, marilah masuk lagipun pagi ini ibu ada masak nasi lemak dengan ayam goreng. Nasi lemak dengan lauk ada dekat bawah tudung saji." Jari Puan Aisha menunjuk ke arah tudung saji di meja makan.

"Ayah pergi mana ibu? Keluar ke?" soal Rania lalu mengambil pinggan dan sudu garfu. Nasi lemak dicedok dengan penuh berhati hati ke dalam pinggannya. Begitu juga dengan sambal, ikan bills dan telur goreng.

"Ayah kamu itu, macam biasalah. Keluar jumpa kawan kawan. Lagipun, ayah kamu itu dah rancang yang dia nak bersara tahun depan." ujar Puan Aisha sambil menuangkan air kopi dan diberikan kepada Rania.

"Terima kasih, ibu."

"Sama sama. Tapi itulah , kadang kadang ibu adalah juga terfikir kalau ayah nak bersara nanti siapa yang nak jaga company ?" soal Puan Aisha. Rania mengangguk perlahan sambil mengunyah nasi lemak.

"Betul juga itu ibu. Lagipun, Faliq ada dah company dia sendiri. Rania pun dah ada butik. Kalau Rania nak jaga dua kerja serentak itu susah juga."

"Itulah fasal. Tapi ibu malaslah nak ambil tahu, apa yang pasai ibu nak setiap bulan barang barang rumah semua cukup. Senang, tak perlu nak makan dekat luar." tambah Puan Aisha lagi. Puan Aisha mengambil tempat di hadapan Rania.

"Rania, kalau ibu nak tanya kamu satu soalan boleh tak?" soal Puan Aisha. Rania mengangguk sahaja.

"Ibu nak tanya soalan apa?"

"Kamu tak nak mengandung lagi ke?" soal Puan Aisha. Rania tersenyum tawar, serta merta selera Rania mati.

"Bukannya Rania tak nak mengandung lagi ibu, tapi itulah Rania asyik teri-"

"Teringatkan arwah Rayyan dengan Muhammad? Macam itu?" potong Puan Aisha. Rania mengangguk mengiyakan kata kata Puan Aisha.

Puan Aisha mengenggam kedua dua tangan Rania.

"Ibu pernah rasa kehilangan, macam yang Rania rasa sekarang ini. Ibu tahu memang susah untuk Rania, tambah tambah lagi Rania dah anggap Rayyan macam anak sendiri. Tapi Rania kena sentiasa ingat yang setiap yang terjadi mesti ada sisi negatif dan sisi yang positif..." Puan Aisha berjeda seketika.

"... Tapi apabila kita diuji, kita sentiasa tengok sisi yang negatif terlebih dahulu. Tapi di sisi yang positif kita tak pernah sedar, kadang kadang Rania kena sentiasa ingat yang Allah turunkan ujian ni dekat Rania supaya Rania lebih matang dan Rania lebih kuat untuk hadap setiap dugaan yang akan datang." tambah Puan Aisha lagi.

Rania diam.

"Rania sedih. Sebab Rania tak boleh nak peluk, cium dan tatap wajah Rayyan dan Muhammad buat kali terakhir sebelum Rania lepaskan diorang pergi. Rania tak sempat nak rasa semua itu. Rania kecewa sebab Rania yang jaga Rayyan tapi bila Rayyan nak pindah ke alam baru, Rania tak sempat nak ucapkan selamat tinggal dan terima kasih sebab hadir dalam hidup Rania. Rania tak sempat, ibu." ujar Rania.

  Puan Aisha terdiam. Puan Aisha bangun dari duduknya dan mengambil tempat di sebelah Rania. Tubuh Rania ditarik masuk ke dalam dakapannya. Tangan Puan Aisha mengusap perlahan belakang Rania.

"Tak mudah Rania nak lupakan Rayyan dengan Muhammad." ujar Rania dalam sebaknya.

"I miss them so much. Rania nak sangat peluk Rayyan buat kali terakhir. Tapi tal boleh sebab waktu itu Rania koma, Rania tak sedarkan diri waktu itu. Rania nak tengok dengan mata Rania sendiri yang Rania dah hantar Rayyan dan Muhammad pergi ke dunia yang berbeza. Tapi Rania tak boleh dan Rania tak dapat peluang tu, ibu..." rintih Rania lagi. Puan Aisha diam.

  Terbit sedikit rasa bersalah di dalam hati Puan Aisha memandangkan Puan Aisha yang membuka topik terlebih dahulu. Tapi ada baiknya juga kalau Puan Aisha tidak buka topik, kalau tidak sampai bila bila Puan Aisha tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati Rania.

.

PINTU bilik Rayyan dibuka perlahan. Anak mata Rania memandang keseluruhan bilik Rayyan. Sekali lagi, air mata Rania jatuh. Rania mula melangkah perlahan lahan ke dalam bilik Rayyan dan duduk di atas katil Rayyan.

" I miss you so much Rayyan. Walaupun mama tak boleh tengok muka Rayyan untuk kali yang terakhir, mama tengok bilik Rayyan dengan gambar Rayyan pun jadilah supaya mama boleh lepaskan rindu mama..." Rania berjeda seketika apabila sebak kian menebal di dada.

"... Mama dah janji dengan abah yang mama tak nak nangis lagi dah, tapi mama minta maaf sayang. Mama tak boleh nak tahan rasa sedih mama, mama kecewa sebab mama tak boleh nak cium muka Rayyan sebelum mama hantar Rayyan." Tambah Rania lagi. Gambar Rayyan yang berada di atas meja nightstand itu diambil dan dicium lama walaupun sekadar gambar.

"Hati mama hancur berkecai bila sedar saja daripada koma, abah cakap dekat mama yang Rayyan dengan Muhammad dah tak ada. Mama rasa waktu itu, lebih baik saja mama mati. Tapi tak apa Rayyan, nanti mama jumpa Rayyan dengan Muhammad dekat syurga tau. Mama sentiasa sayangkan Rayyan dan mama tak akan pernah lupakan Rayyan." Air mata yang kian jatuh dikesat menggunakan belakang tangan.

  Pandangan mata Rania mula beralih memandang ke arah buku lukisan Rayyan. Rania bangun dari duduknya, buku lukisan tersebut diambil dan Rania duduk di atas katil Rayyan kembali. Helaian demi helaian Rania buka sambil tersenyum tipis, namun tangan Rania terhenti apabila terdapat lukisan yang menunjukkan figuranya, Rayyan dan Faliq sambil berpegang tangan.

"Mama tak boleh bohong hati mama, sekuat apa pun mama cuba untuk tak nangis bila teringatkan Rayyan, tapi akhirnya mama kalah juga dengan diri mama sendiri. Mama menangis, dengan harapan Rayyan akan ada dan peluk mama macam yang Rayyan selalu buat bila mama sedih..." Rania berjeda sekali lagi.

"... Tapi mama terlupa yang semua benda itu takkan terjadi lagi. Mama tak akan dapat rasa lagi dah pelukan Rayyan, pujuk Rayyan bila mama sedih dengan abah. Mama takkan rasa semua itu lagi dah. " tambah Rania lagi.

  Hati Rania sekarang ini tidak ubah seperti kaca yang dihempas ke batu dan menjadi serpihan serpihan kecil yang mustahil untuk dicantumkan kembali. Rania berbaring di atas katil milik Rayyan, gambar Rayyan diambil dan didakap erat bersama linangan air mata.

Tak mudah bagi Rania.

.

KAKINYA mula melangkah menuruni anak tangga, sambil berjalan dia memandang keadaan sekeliling. Sampai sahaja di bilik bawah tanah, dia terus berjalan menuju ke mejanya. Sambil berjalan anak matanya beralih memandang beberapa keping gambar yang melekat di dinding.

  Pisau yang terletak di atas meja diambil, gambar dua orang figura yang sedang tersenyum bahagia dipandang. Senyuman sinis mula terukir di bibirnya. Gambar tersebut ditatap lama.Tatapan yang penuh dengan dendam kesumat. Dendam terhadap Faliq Hanafi Shah dan Rania Ramanshah.

"Kenapa kau bunuh orang yang aku sayang?!" Jeritnya sambil menconteng wajah Faliq yang sedang menggayakan baju melayu berwarna putih. Tidak puas menconteng wajah Faliq, wajah Rania pula menjadi sasaran untuk dia melepaskan segala yang terbuku di hati.

"Aku benci kau, Faliq!"

"Kau dah bunuh orang yang aku sayang!"

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang