bab 78

813 71 5
                                    

SELESAI sahaja membeli barang, Rania menuju ke arah lif. Butang yang menunjukkan 'Parking Floor' ditekan. Rania membuka beg plastik, antara barang yang dia beli adalah sabun, syampu dan juga minyak wangi. Buka sahaja pintu, Rania terus menuju ke arah kereta.

  Langkahnya serta merta terhenti apabila telefonnya berbunyi. Telefon dibawa keluar, nama Faliq yang tertera di skrin telefon. Butang digital berwarma hijau ditekan.

'Awak dekat mana?' soal Faliq di dalam talian. Rania berjalan menuju ke arah kereta, menyesal juga bila dia parkir kereta jauh sangat dari pintu.

"Aku baru habis beli barang."

'Cepat sikit.' arah Faliq di dalam talian.

"Okay." Butang digital berwarna merah ditekan, talian serta merta terputus. Rania menyimpan kembali telefon di dalam beg tangannya. Kunci kereta dibawa keluar.

"Rania Ramanshah." satu suara yang memanggil namanya membuatkan Rania beralih memandang ke belakang. Pelik juga bila tiada orang, habis tu tadi siapa yang panggil dia? Kemudian Rania beralih memandang hadapan kembali.

Buk!

  Tubuh Rania serta merta terjatuh di atas jalan. Baru sahaja mahu bangun dan melawan tumbukan yang diberi, Rania jatuh apabila kaki seseorang naik memijak perutnya. Kornea mata Rania cuba untuk memproses siapa yang memijaknya, namun topi, mask yang hampir menutupi muka menyukarkan Rania untuk mengecam wajah tersebut.

"Siapa kau?" soal Rania perlahan. Kedua-dua tangannya naik memegang kaki figura tersebut dan cuba untuk mengalihkannya. Semakin kuat tangan Rania memegang kaki, semakin kuat jugalah dia menekan perut Rania menggunakan kakinya.

"Maaf Rania, aku balas dendam dulu."

Buk!

"Arghh!" Rania menjerit kuat apabila kali ini mukanya pula ditendang. Rania dibangunkan secara paksa. Tanpa teragak-agak satu tumbuka mengena tepat di wajah figura tersebut. Kedua dua tangan Rania naik mencekik figura tersebut.

"Siapa kau?!" soal Rania kasar, kedua dua tangannya semakin kuat mencekik leher figura tersebut.

Buk!

  Tubuh Rania terdorong ke belakang akibat ditendang oleh figura tersebut. Kemudian, tubuh Rania ditolak dengan begitu kuat sehinggakan terkena di keretanya. Tangan figura itu naik menghentak kuat kepala Rania sehingga Rania sekali lagi jatuh, kepalanya mulai sakit. Tambahan pula, tadi perutnya juga dipijak.

"Sweet dream, Rania."

Buk!

  Satu lagi tumbukan mengena tepat di pipi Rania. Perlahan-lahan, mata Rania tertutup. Figura tersebut tersenyum di balik mask. Tangannya diangkat sebagai isyarat, tidak sampai seminit. Sebuah kereta yang serba hitam berada di hadapannya.

  Pintu tempat duduk penumpang di bahagian belakang dibuka, tubuh Rania yang sudah lemah diheret dan diletakkan di dalam kereta. Beg tangan, telefon dan juga kunci kereta turut diambil. Pintu kereta ditutup. Figura tersebut duduk di tempat duduk penumpang bahagian hadapan.

Di sebalik mask, dia mulai tersenyum kepuasan.

.

.

PINTU rumah dikunci dengan selamat, Rihanna masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan, sementara menunggu enjin kereta panas, Rihanna membawa keluar telefonnya. Nombor Rania didail, tidak sampai beberapa saat panggilan masih lagi tidak berjawab. Rihanna mendengus.

"Dah kenapa dia ni tak jawab call aku? Takkan tak dengar kot?" soal Rihanna sendirian. Biarlah, lagipun bukannya ada orang dengar pun.

  Baru sahaja mahu memulakan pemanduan, langkah Rihanna terhenti apabila lehernya seolah-olah dijerat dari belakang. Tingkah lakunya serta merta terhenti.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now