bab 21

1.4K 197 7
                                    

2 minggu kemudian.

"Aku terima nikahnya Rania Ramanshah Binti Mohd Azhar dengan mas kahwinnya RM300 tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah."

"Sah."

Masing masing mengucapkan syukur terutama sekali Faliq dan Rania. Dengan sekali lafaz sahaja Rania dan Faliq sah menjadi suami isteri. Faliq beralih memandang ke arah Raniaz kenyitan mata dihadiahkan kepada Rania. Rania tersengih kambing. Tuan Azhar pula sudah mengukirkan senyuman tipis. Air matanya cuba djtahan sehabis baik supaya tidak jatuh.

Selesai sahaja mengaminkan doa yang dibaca oleh imam, Faliq berpaling memandang ke arah Qayden yang berada di sebelahnya apabila Qayden mencuit lengannya.

"Apa kau?" Soal Faliq dingin. Qayden pula sudah tersenyum sumbing. Qayden memandang Rihanna. Faliq pula sudah berkerut seribu dahinya.

"Kau nak apa Qayden?" Soal Faliq sekali lagi. Ibu jari Qayden naik menunjuk ke arah Rihanna. Faliq turut beralih memandang ke arah Rihanna sekilas.

"Dia bujang tak? Kalau dia bujang aku nak masuk meminang." Selamba sahaja Qayden berkata kata. Faliq menepuk dahi. Kau ni, dekat majlis akad nikah akupun still lagi nak jadi buaya darat ke?

"Manalah aku nak tahu,lagi satu kau bukan ada girlfriend dah ke? Dah kalau kau ambil kawan Rania, girlfriend kau nak letak mana? Dalam gaung?" Soal Faliq sinis.

Qayden menggaru kepalanya walaupun hakikatnya kepalanya langsung tidak gatal.

"Kau ni kan Faliq, girlfriend aku tu nanti aku letaklah dalam tong sampah. Lagipun girlfriend macam itu bukannya aku nak buat bini pun. Tapi kalau macam kawan Rania tu,aku naklah buat bini.. Aurat semua terjaga." Ujar Qayden sambil menepuk perlahan lengan Faliq.

Pandangan mata Qayden beralih memandang ke arah Rihanna yang sedang membetulkan tudung bawalmya supaya menutup dadanya. Faliq pula sudah membuat rolling eyes. Malas mahu layan buaya darat yang tak reti nak insaf.

"Fa-faliq..." Tergagap gagap Tuan Azhar memanggil Faliq, Faliq terus berpaling memandang Tuan Azhar yang sedang menahan air matanya.

"A-ayah nak cakap satu benda saja dekat Faliq dan ayah nak Faliq janji dengan ayah. A-ayah harap yang Faliq boleh jaga dan bahagiakan Rania, sebab ayah tak dapat peluang tu dan tolong jangan sia siakan Rania dan jangan sakitkan hati Rania. Dia dah banyak menderita dah selama ini. Janji eh Faliq?" Soal Tuan Azhar sambil menahan sebak.

Faliq mengangguk perlahan. Tangan kanannya naik memegang bahu Tuan Azhar.

"Faliq janji yang Faliq tak akan sia siakan Rania. Dan Faliq janji yang Faliq tak akan buat Rania menderita. Itu janji Faliq ayah." Ujar Faliq. Tuan Azhar mengangguk perlahan. Air mata yang cuba ditahan tadi akhirnya jatuh juga, perlahan lahan tangan kanan Tuan Azhar naik mengesat air matanya.

  Selesai sahaja lafaz taklik dan sesi pembatalan air sembahyang, Rania dan Faliq terus melangkah keluar dari masjid tersebut. Rania dan Faliq melangkah masuk ke dalam kereta Faliq dan mengambil tempat di bahagian belakang.

  Manakala Rayyan pula duduk di tempat duduk penumpang bahagian hadapan. Qayden pula memandu kereta ke lokasi untuk sesi ambil gambar. Semasa dalam perjalanan suasana dalam kereta tersebut hanyalah sunyi dan sepi sahaja memandangkan Rania dan Faliq masih lagi kekok untum berbicara sebagai suami isteri. Rayyan pula hanya diam.

"Rania.. A-aku nak tanya kau sikit boleh tak?" Soal Qayden tergagap. Faliq yang daripada tadi memandang ke luar tingkap terus beralih memandang Qayden dihadapan.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now