bab 3

2.6K 326 5
                                    

SIAP sahaja memakai tudung, Rania melangkah menuju ke arah katilnya. Beg tangan yang berada di atas katil diambil dan Rania mula melangkah keluar dari biliknya.

Kunci kereta yang tergantung di tepi pintu rumah diambil dan Rania keluar daripada rumah. Pintu rumah dikunci dengan selamat dan Rania mula melangkah menuju arah kereta. Enjin keretanya dihidupkan dan dengan bacaan bismillah Rania memulakan pemanduannya.

Sampai sahaja dihadapan rumah Safya, Rania menekan butang unlocked dan serta merta kereta Rania tidak berkunci. Siap sahaja meletakkan bagasi di dalam bonet kereta, Safya mengambil tempat di tempat sebelah Rania.

"Nah, ini tiket bas awak." Sehelai kertas yang tertera maklumat tiket bas Safya diambil daripada beg tangan dan diberikan kepada Safya. Kertas tersebut bertukar tangan.

"Terima kasih Cik Rania sebab tolong belikan ticket bas untuk saya. " ujar Safya sambil menyimpan kertas tersebut di dalam beg tangan. Rania cuma menayangkan riak beku sahaja.

  Rania sendiri faham kenapa Safya seronok bila balik kampung untuk jaga mak dia. Lagipun semenjak dua menjak ini memang butik dia agak sibuk dan dalam masa yang sama kekurangan kakitangan.

"Cik Rania..kalau saya nak tanya satu soalan boleh ?" soal Safya lalu beralih memandang Rania. Rania cuma mengangguk sahaja.

"Nak tanya apa?  " ujar Rania mendatar. Kemudian ,  Rania menoleh memandang Safya sekilas dan memandang hadapan kembali.

"Nih... Cik Rania ni ka-"

"Jangan tanya saya soalan yang mengarut. Saya tak ada masa untuk layan semua soalan yang tidak professional. Jadi tolong jangan bazirkan masa saya ." Ujar Rania tegas.

  Safya pula sudah tersengih sengih seperti kerang busuk. Lagipun, bukannya Safya tidak kenal dengan perangai Cik Rania yang sangat tidak suka dengan soalan yang tidak profesional dan privasi.

"Bukan apa Cik Rania, saya ni peliklah dengan Cik Rania sebab mustahi kalau Cik Rania tak mahu kahwin. Lagipun umur Cik Rania tahun ini dah masuk 28 tahun kan?" soal Safya lagi. Walaupun sudah ditegah tadi yang Rania tidak sukakan akan soalan yang agak privasi, Safya masih lagi menyoal

"Pelik? Apa yang peliknya? Lagipun zaman sekarang ini Safya, lebih baik kita bujang daripada berkahwin dengan lelaki yang salah. Awak kena ingat Safya, lelaki zaman sekarang ini mana boleh percaya sangat , awak nampak saja dia setia tapi dalam diam dia curang dengan awak. Sudahlah curang, tak handsome pula tu." ujar Rania. Safya mengangguk tanda setuju apabila kata kata Rania sebentar tadi ada juga benarnya.

"Tapikan Cik Rania. Kadang kadang saya rasa yang tak patutlah kalau Cik Rania nak ada pendirian yang macam itu. Lagipun, mana tahu dekat luar itu ada saja lelaki yang setia dengan Cik Rania." ujar Safya. Rania cuma diam tidak beriaksi.

"Lagipun kan Cik Rania, kadang kadang saya rasa yang Cik Rania pun kena cari jugalah pasangan. Kalau tidak sampai bila- bila pun Cik Rania akan anggap yang lelaki semua sama. Lagipun Cik Rania, semua manusia mesti pernah rasa tidak bernasib dalam satu perhubungan. Cuma atas kita jugalah sama ada nak trauma sampai menghukum diri ataupun nak move on. " tambah Safya lagi.

  Rania cuma diam sahaja. Lagipun bukan sekali Safya memujuknya untuk mencari pasangan. Tetapi itulah lepas apa yang dia rasa kan selama ini, mana mudah bagi dia untuk lupakan semua kenangan hitam itu.

.

KEDUA dua kaki Faliq dan juga Qayden mula melangkah masuk ke dalam kereta Range Rover berwarna hitam milik Faliq. Faliq mengambil tempat di bahagian pemandu manakala Qayden pula mengambil tempat di bahagian penumpang.

"Jadi sekarang, kau nak pergi mana?" Soal Faliq. Qayden pula hanya mengangkat kedua dua bahunya tanda tidak tahu. Faliq menghidupkan enjin kereta dan memandu pergi dari perkarangan pejabat milik Faliq.

"Kita pergi mall jelah. Aku nak makan. Lagipun aku ada barang nak kena beli sebenarnya, jadi dah satu jalan itu lebih baik pergi mall terus. Boleh juga kita nak melepak." cadang Qayden.

.

RANIA melangkah menuju ke arah kereta  yang diparkir tidak jauh daripada stesen bas tersebut. Selesai sahaja meneman Safya naik bas, terus Rania beransur pulang daripada situ. Rania malas mahu tunggu lama di situ memandangkan Rania tidak selesa sedikit.

  Sebaik sahaja Rania memboloskan dirinya ke dalam perut kereta, enjin keretanya dihidupkan. Penghawa dingin mula bertindak dengan memenuhi ruang kereta tersebut.

  Beg tangan yang diletakkan di atas kerusi penumpang bahagian hadapan diambil. Telefon miliknya dibawa keluar. Aplikasi WhatsApp dibuka. Risau juga kalau ada mesej yang masuk ke dalam telefonnya memandangkan tadi banyak juga notification yang masuk ke dalam telefonnya.

Apabila Rania sendiri sudah pasti yang tiada mesej penting masuk, aplikasi WhatsApp ditutup dan aplikasi Diary pula dibuka. Senarai bahan dapur dan keperluannya yang sudahpun habis dbaca satu persatu. Dahi Rania pula berkerut sedikit.

  Kalau tidak silap, dua minggu lepas dia baru sahaja beli barang dapur. Lagipun jarang jugalah kalau dia masak memandangkan Rania sendiri lebih suka untuk makan diluar.

  Tambahan lagi, semenjak dua menjak ini Rania sendiri agak sibuk. Manakan tidaknya dengan koleksi terbarunya lagi, stok baju yang sudahpun siap dijahit pun hampir habis dan perlu ditempah secepat yang mungkin lagilah buatkan dia sendiri sibuk. Pernah jugalah sampai satu hari Rania tidak makan kerana terlalu sibuk.

"Ataupun aku sendiri yang tak sedar yang a-" kata kata Rania terus terhenti apabila telefonnya sudahpun berdering meminta untuk dijawab. Mulut Rania terkumat kamit membaca nama yang tertera di skrin telefonnya.

Rihanna Is Calling.

  Tanpa teragak agak, Rania terus menekan butang berwarna hijau dan berdehem sebentar sebelum dia memulakan perbualan dengan Rihanna.

"Kenapa tiba tiba kau call aku ni?" Soal Rania pelik. Sebab setahu Rania, kawannya seorang ni iaitu Rihanna jarang jugalah nak telefon dia. Selalunya dia dan  Rihanna akan berjumpa secara face to face. Itupun bila Rihanna balik Malaysia memandangkan sekarang ini Rihanna berada di luar negara.

"Harini kau busy tak?" Soal Rihanna di dalam talian.

"Hanna. Kau dah kenapa sebenarnya?" Soal Rania pelik bersama kerutan di dahi. Tidak pernah lagilah selama ini Rihanna telefon dia dan tanya sama ada sibuk ataupun tak.

"Weh,lagi dua minggu aku ingat nak balik Malaysia lah. Lagipun,kerja aku dekat New Zealand dah settle dah. " Ujar Rihanna lagi. Rania pula sudah tersenyum kecil. Patutlah tiba tiba je telefon dia. Rupanya ada udang di sebalik batu rupanya.

"Lepas itu? And what's the main reason you calling me?" Soal Rania sengaja. Walaupun hakikatnya Rania sendiri sudah sedia maklum tujuan Rihanna telefon dia dan beritahu yang dia akan pulang ke Malaysia.

"Seperti biasalah Cik Rania Ramanshah, kau kena ambil aku dekat airport. Boleh ke tak ni?" Soal Rihanna di dalam talian.

"Boleh saje, nanti kau beritahu dekat aku  lain dekat aku tarikh kau nak balik lepas itu pukul berapa flight kau. Jadi nanti aku boleh susun jadual aku. Lagipun semenjak dua menjak ini aku agak sibuk sikit."

"Okay, kalau macam itu aku letak telefon dulu. Nanti malam nanti kita berbual lagi. Assalamualaikum." 

"Waalaikummussalam." Jari Rania naik menekan butang berwarna merah dan talian terus terputus. Telefon diletakkan kembali di dalam beg tangan dan dengan bacaan bismillah, Rania memulakan pemanduannya menuju ke  mall.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now