bab 16

1.7K 227 18
                                    

KERETA dipegang erat. Sesekali Faliq menggerakkan sedikit stereng keretanya.  Jam tangannya yang berada di tangan kanannya dipandang sekilas. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Selepas dia hantar Rania pulang,terus dia bergegas untuk berjumpa seseorang.

Sangkanya,seseorang itu cumalah klien ataupun sahabat lamanya. Namun,tak terjangka dek akal yang dia akan berjumpa dengan seseorang yang dia langsung tak terfikir untuk berjumpa.

Dan,memandangkan malam ini dia akan dinner sekali dengan Rania,rasanya tidak salah juga kalau dia bertanyakan tentang seseorang itu.Sebab Rania pun patut tahu tentang seseorang tersebut.

Serta merta fikiran Faliq melayang mengingatkan pertemuannya dengan seseorang sebentar tadi.

Kedua dua anak mata Faliq memandang tajam satu figura yang duduk dihadapannya. Kemudian, anak mata Faliq beralih memandang keadaan di pejabatnya itu. Kali ini, Faliq memandang figura dihadapannya. Ataupun lebih tepat,lelaki tua dihadapannya.

"Faliq Hanafi Shah. Am I right?" Soal lelaki tua itu. Faliq hanya mengangguk perlahan dan langsung tidak berkata kata walaupun sepatah.

"Who are you?" Dingin sahaja Faliq menyoal kembali. Kali ini, pandangan Faliq beralih memandang keadaan sekeliling ataupun lebih tepat di luar bilik pejabatnya.

"Don't worry. Aku bukan orang macam kau. " ujar lelaki tua itu. Faliq langsung tidak bereaksi.

"Kau kenalkan, Rania Ramanshah?" Soal lelaki itu untuk kali yang kedua. Faliq yang sedang memandang keadaan sekeliling terus beralih memandang lelaki tua tersebut.

Raut wajah Faliq berubah menjadi keruh.

Memang sudah menjadi satu kepantangannya apabila ada orang menyoalnya tentang Rania.

"Yes. Kenapa?"

"Aku nak tanya fasal dia sikit dekat kau."

Faliq mendengus kasar.

"For what? And I don't think you have right to know about Rania Ramanshah." Sinis sahaja Faliq berkata kata. Lagi pula ada benarnya juga apa yang Faliq katakan sebentar tadi.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now