bab 73

878 76 0
                                    

PUAN Aisha menuju ke arah dapur. Hari ini, sudah masuk hampir 5 hari juga dia tinggal di rumah Sara Jane. Air sirap diambil dan dituang di dalam gelas. Puan Aisha mengambil tempat di Kitchen Island. Sambil bermain dengan telefon, Puan Aisha muka terfikir akan amaran yang diberikan oleh Sara Jane supaya tidak masuk ke dalam bilik, pejabat dan bilik bawah tanah.

Sara Jane ada simpan apa-apa rahsiakah? Besar sangatkah rahsia yang disimpan? Tapi rahsia apa? Takkanlah fasal Rania dengan Faliq. Lagipun, tak silap dia bilik bawah tanah itu boleh tahan besar juga.

"Nak masuk ke tak?" Puan Aisha berteka-teki sendiri. Lagipun, malam ini Sara Jane keluar sekejap nak beli barang. Tapi tulah, Sara Jane tak cakap pula barang apa yang dia nak beli. Beli barang peribadi kot.

Puan Aisha bangun dari duduknya kaki mula maju beberapa langkah menuju ke arah tangga bawah tanah. Kemudian, Puan Aisha beralih memandang belakang untuk memastikan bahawa Sara Jane masih lagi tidak pulang.

Selangkah demi selangkah mula diatur, sebeluk menuruni anak tangga satu persatu dapat Puan Aisha dengar satu bunyi yang agak pelik baginya. Bunyi apa tu? Seolah-olah bunyi orang menjerit, meraung kesakitan. Tapi siapa? Takkanlah Sara Jane tengok cerita Rumah Dara kot? Masalahnya sekarang ni, Sara Jane keluar.

"Aisha!" Cepat-cepat Puan Aisha beralih ke belakang. Hampir terkeluar jantung dia bila Sara Jane sudah berdiri tepat-tepat di belakang. Puan Aisha tergamam.

"Aku dah cakapkan jangan masuk dalam bilik bawah tanah, kenapa kau degil nak masuk juga? Tak faham bahasa?" soal Sara Jane kasar. Puan Aisha terdiam buat seketika.

"T...tak, tadi aku ada dengar bunyi macam orang menjerit. I... itu yang aku nak masuk dalam bilik ni."

"Tak kesahlah ada bunyi orang menjerit ke, bunuh diri ke tidak. Itu bukannya satu alasan untuk kau masuk dalam bilik bawah tanah ni! Eh, aku dah bagi kau tumpang rumah aku pun kau tak reti bersyukur lagi, ke? Lain kali, kalau kau tu nak balas dendam pastikan kau tu ada rumah, duit, kereta sendiri. Ini tidak! Menyusahkan oranglah engkau ni!" Nada Sara Jane mula naik seoktah.

Puan Aisha mulai pelik, kenapa nak kena marah dia sampai macam ni sekali? Padahal kesalahan dia cuma masuk bilik bawah tanah, itupun dia tak masuk habis lagi. Yang Sara Jane ni nak menggelabah lebih sangat dah kenapa?

"Eh, Sara. Aku ni tak masuk habis lagi tau. Yang kau nak marah aku melebih-lebih ni dah kenapa? Ke kau ada simpan rahsia lagi? Huh, kau berdendam dengan siapa lagi? Ke kau ada rancang nak bunuh orang lain selain Rania dengan Faliq?" soal Puan Aisha dengan nada sinis. Kali ini, giliran Sara Jane pula terdiam.

"Aku tahu yang aku ni dah susahkan kau sebabnya kau kena tumpangkan aku tidur dekat rumah kau buat sementara waktu ni, tapi yang kau takut sangat aku masuk bilik bawah tanah ni dah kenapa?" soal Puan Aisha sebelum melangkah keluar daripada situ. Bilik tetamu dituju, Sara Jane cuma memandang sahaja Puan Aisha yang berlalu pergi dari situ.

"Dasar tak sedar diri!"

.

.

SARA Jane melangkah mendekati Puan Aisha yang sedang menjamah maggi goreng basah yang dipesan melalui aplikasi food panda. Sara Jane duduk di hadapan Puan Aisha.

"Kau nak gaduh dengan aku lagi ke?" soal Puan Aisha. Sara Jane cuma menggeleng perlahan, air kosong diambil dan diteguk.

"Boleh tahan besar juga eh rumah kau ni..." Puan Aisha berjeda seketika, matanya mula memandang keadaan sekeliling rumah Sara Jane.

"... Tapi sayang, kau duduk rumah ni seorang diri. Kau tak bosan ke, Sara?" tambah Puan Aisha lagi. Sara Jane cuma menggeleng sahaja. Puan Aisha bangun dari duduknya, bekas plastik maggi goreng basuh dibuang ke dalam tong sampah.

"Tak, aku tak bosan. Lagipun aku memang suka duduk rumah besar macam ni, banyak ruang yang boleh aku manfaatkan."

"Manfaatkan? Manfaatkan macam mana?" soal Puan Aisha ingin tahu.

Lagipun, Sara Jane pun pelik juga bila runah yang Sara Jane duduk ni besar. Bayangkan, dia dengan Sara Jane duduk berdua pun masih lagi sunyi, inikan pula kalau Sara Jane duduk seorang diri selama ni. Dia tak sunyi ke? Wah. Jiwa kental betul, Sara Jane ni.

"Tak payahlah menyibuk nak tahu. Oh ya sebelum aku terlupa, aku nak tanya kau. Bila kau nak keluar dari rumah aku? Lagipun dah nak dekat seminggu dah kau tinggal dekat sini." tutur Sara Jane. Puan Aisha mencebik sedikit.

"Tunggulah kalau akaun bank aku dah okay."

Sara Jane cuma mengangguk sahaja. Suasana di antara Sara Jane dan Puan Aisha sunyi buat seketika waktu. Sara Jane sibuk menjamah maggi goreng basah manakala Puan Aisha pula sibuk bermain dengan telefonnya.

"Sara." panggil Puan Aisha. Sara Jane yang sedang makan terus mengangkat mukanya memandang Puan Aisha.

"Apa?"

"Lepas ni apa rancangan kau untuk Rania dengan Faliq?"

"Aku nak hancurkan diorang."

.

.

ENJIN kereta dihidupkan, Rania membawa keluar telefonnya. Rihanna beralih memandang Rania di sebelah. Nafas berat dilepaskan.

"Kau yakin ke Rania?" soal Rihanna. Rania terus beralih memandang Rihanna yang sedang memandangnya. Senyuman tipis mula terukir, Rania mengangguk.

"Yakin. Aku yakin dengan apa yang aku rancangkan kali ni." balas Rania tenang dan memulakan pemanduan. Rihanna diam. Kalau ikutkan dia sendiri tidak yakin dengan apa yang Rania rancangkan kali ini. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan nyawa Rania.

Lagilah dia tak setuju dan yakin. Tapi dah kalau namanya Rania Ramanshah, memang sama jugalah jawapannya walaupun dah berkali-kali dia cuba untuk pujuk Rania. Macamlah tak tahu yang Rania ni degil orangnya. Kalau 'A' dia cakap, 'A' lah jawapannya.

"Aku tahu kau risau tentang keselamatan aku. Percayalah cakap aku, aku okay nanti. Kau tak perlulah risau sangat, lagipun diorang ada untuk jaga aku." pujuk Rania, Rihanna menggeleng tanda tidak percaya dengan kata-kata Rania.

Dia tak percaya langsung.

"Macam mana aku nak percaya cakap kau? Lepas apa yang diorang dah buat dekat kau, lepas tu senang-senang saja kau nak percayakan diorang, Rania. Agak-agaklah." balas Rihanna.

"Okay, aku tahu yang kau risaukan aku lepas apa yang terjadi. Tapi boleh tak, kali ni kau tengok apa yang aku dengan Faliq rancang. Ini cuma amaran aku dekat Sara Jane."

"Rihanna, kau kena ingat tau. Musuh kepada musuh adalah sahabat baik kita. Kita kena pandai manfaatkannya."

Sampai sahaja di pejabat Faliq, Rania memarkirkan keretanya di parkir yang kosong, tambahan pula hari ini adalah hari cuti. Cuma Faliq, Rania, Qayden dan Rihanna saja yang datang ke sini jadinya memang banyaklah parkir yang kosong.

  Masuk sahaja ke dalam lif, Rania dan Rihanna saling berpandangan. Rihanna cuma tersenyum tipis, Rania cuma mengangguk.  Keluar sahaja daripada lif, Rania dan Rihanna melangkah menuju ke pejabat Faliq. Setiap langkah yang diatur oleh Rania membuktikan dia tekad dengan dendamnya. Dia sudah berjanji dengan dirinya, dia akan balas balik apa yang patut dia balas.

  Pintu pejabat Fakiq dibuka, Rania dan Rihanna mengambil tempat di hadapan Faliq. Qayden pula, berdiri di belakang kerusi Faliq. Matanya tidak lepas daripada memandang Rihanna, begitu juga dengan Rihanna.

"Awak yakin dengan keputusan awak, Rania?" soal Faliq.

Rania mengangguk.

"Aku takkan tarik balik keputusan aku, aku tekad. Untuk hancurkan Sara Jane."

 





.

Lepas bab 74, saya sambung update minggu depan pula.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now