bab 18

1.6K 205 3
                                    

SUNYI.

Itu sahaja yang mampu diungkapkan situasi di dalam kereta Faliq tika ini. Rania pula lepas sahaja pulang dari perjumpaan dengan Tuan Azhar terus senyap. Langsung tidak berkata kata walaupun sepatah. Mungkin sedikit marah dengan tindakan Faliq.

"Kita makan nak tak, Rania?" Soal Faliq sekaligus memecahkan dinding kesunyian di dalam kereta tersebut. Faliq menoleh memandang ke arah Rania sekilas.

"Kenyang." Dingin sahaja nada Rania. Dan kali ini, Faliq pula yang terdiam seribu bahasa. Agak terasa dengan kedinginan Rania sebentar tadi. Tapi dalam masa yang sama juga, Faliq pun bersalah dalam situasi ini.

Bawa Rania pergi berjumpa dengan Tuan Azhar, siapa saja tak marah? Ataupun lebih tepat, terasa dan terkedu.

"Saya minta maaf kalau tindakan saya tadi melukakan hati awak." Ujar Faliq sekadar memujuk Rania. Dan Rania masih lagi memilih untuk mendiamkan diri dan memandang ke arah luar tingkap.

"Saya tahu yang saya salah sebab buat temujanji dengan ayah awak tanpa bagitahu awak. Tapi awak kenalah faham yang saya buat macam ini untuk kebaikan semua. Kebaikan kita berdua, Rayyan. Lagipun,by hook or by crook dia tetap ayah kandung awak, Rania dan awak tak boleh nafikan benda itu Rania...."

"....tolonglah Rania jangan memberontak sampai macam ni sekali. Ye saya tahu yang awak mungkin marah ataupun brnci dengan saya sekarang ini tapi tolonglah Rania saya minta sangat jangan jadi selfish." Sambung Faliq lagi. Dan Rania pula masih lagi senyap.

"Awak takkan faham apa yang saya rasa selama ini Faliq." Senada sahaja Rania berkata kata. Tidak terlalu dingin dan tidak terlalu lembut.

"Rania.. Saya tahu awak ma-"

"Awak tahu tak depression tu apa?" Soal Rania dingin. Pandangan matanya beralih memandang ke arah Faliq yang sedang memandu. Faliq pula hanya menggangguk.

"Apa itu depression?"

"Mental Illness."

Rania tertawa kecil dengan jawapan yang keluar daripada mulut Faliq. Kedua dua anak mata Rania mula beralih memandang ke bawah. Ataupun lebih tepat menundukkan kepalanya. Kedua dua tangannya mula menggenggam sesama sendiri.

"A-awak hantar sa-saya balik." Tergagap Rania menutur kata. Tangan kanannya cepat cepat  naik mengesat air matanya yang hampir jatuh. Pandangan mata dibawa memandang ke arah luar. Cuba untuk menenangkan hati.

Sampai sahaja di hadapan rumah, Rania terus membuka pintu kereta. Pandangan matanya langsung tidak beralih untuk memandang Faliq. Namun langkah Rania serta merta mati apabila Faliq memanggil namanya.

"Saya minta maaf kalau apa yang saya buat ni menyakitkan hati awak. Tapi awak kena faham satu benda sahaja Rania, apa apa jadi sekalipun Tuan Azhar tu ayah awak dan awak tak boleh nafikan benda itu. Dan saya buat semua ni bersebab dan untuk kebaikan semua." Ujar Faliq.

Rania diam seribu bahasa.

"Awak tahu tak, Faliq. Orang tak akan rasa apa yang saya rasa selama ini dan apa yang saya struggle selama ini unless diorang rasa benda tu sendiri."

Kali ini,giliran Faliq pula terdiam seribu bahasa. Seperti ditampar dengan kata kata Rania sebentar tadi. Walaupun kedengaran agak ringkas, tapi sangat bermakna setiap bait bait kata Rania.

"Saya keluar dulu. Assalamualaikum." Ujar Rania lalu melangkah keluar dari kereta Faliq sekaligus meninggalkan Faliq yang masih lagi terkedu dengan kata katanya sebentar tadi.

"Waalaikumussalam."

.

"Ra-rania sihat?" Soal Tuan Azhar tergagap gagap. Kedua dua anak mata Tuan Azhar memandang tepat figura Rania yang berada di hadapannya.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now