bab 8

2K 289 47
                                    

SUASANA di meja makan hanya sunyi dan sepi sahaja. Sesekali Faliq menjeling figura Rania dihadapannya. Begitu juga dengan Rania, mulutnya juga daripada tadi tidak lepas daripada mengutuk Faliq.

"Abah." Panggil Rayyan perlahan. Faliq pula terus menoleh memandang Rayyan yang berada di sebelahnya. Itupun sebab dah puas kena pujuk dengan Faliq baru nak duduk sebelah. Kalau tak,nak duduk dekat sebelah Rania je.

"Ye sayang?" Soal Faliq lembut. Sesekali Faliq mengerling memandang Rania yang berada di hadapannya. Kemudian,pandangannya beralih memandang figura Rayyan disebelahnya.

"Rayyan laparlah Abah."

"Sayang nak makan apa?" Soal Faliq. Kemudian,kedua dua anak mata Faliq meliar memandang keadaan sekeliling di food court tersebut. Mujurlah dia memilih untuk makan di sini,banyak jugalah pilihan untuk menjamu selera.

"Rayyan nak makan nasi ayam." Faliq pula hanya mengangguk. Kemudian,mata Faliq beralih memandang Rania yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Masa bila entah bawa keluar telefon dia daripada beg tangan dia

"Woi." Serta merta pergerakan Rania terhenti iaitu scroll Instagram. Kedua dua mata Rania naik memandang figura Faliq yang sedang memandangnya tajam. Haish.. Nak apa lagi?

"Yes?" Soal Rania malas.

"Kau boleh tolong tengok tengokkan Rayyan tak? Sebab aku nak pergi beli na-"

"Aku boleh jaga dia." Pintas Rania tanpa menunggu Faliq menghabiskan kata katanya dahulu. Faliq pula hanya mengangguk perlahan dan bangun dari duduknya. Kakinya mula melangkah menuju ke arah kiosk yang menjual nasi ayam.

Selesai sahaja membeli nasi ayam, Faliq mula melangkah menuju ke arah mejanya. Serta merta dahi Faliq berkerut seribu apabila kornea matanya mula memandang Rayyan yang sudahpun berpindah tempat dan mengambil tempat di sebelah Rania.

Masa bila dia tukar tempat?

"Rayyan. Kenapa tukar tempat?" Soal Faliq lalu mengambil tempat di hadapan Rania. Rayyan pula terus mengangkat mukanya memandang Rania. Begitu juga dengan Rania yang turut memandang Rayyan.

"Dah kenapa pula ni?" Soal Faliq lagi. Pinggan berisi nasi ayam ditolak ke arah Rayyan. Rayyan pula terus mengalihkan pandangannya memandang Rania disebelah. Rania pula sudah tersenyum tipis.

"Nak auntie suapkan tak?" Soal Rania dengan senyuman yang masih lagi tidak lekang daripada tadi. Rayyan pula laju sahaja mengangguk sambil tersenyum riang. Faliq pula sudah membuat muka seakan akan menyampah.

Baru jumpa nak minta suap bagai.

Meluat aku.

"Rayyan, lepas ini abah nak ajak Rayyan balik. Sebab abah ada kerja nak kena buat." Ujar Faliq dingin. Ada nada tidak puas hati sedikit. Rania pula hanya membuat muka selamba. Malas nak menyampuk, tapi dalam hati sudah berbakul carutkan Faliq.

"Kenapa?" Soal Rayyan polos. Faliq pula terus mengangkat wajahnya memandang Rayyan yang sedang merenungnya. Telefon bimbit miliknya dibawa masuk ke dalam poket seluarnya.

"Abah ada kerja,sayang. "

"Tapi Ray-"

"Full stop. " Ujar Faliq tegas. Rayyan pula hanya diam membisu manakala Rania pula hanya memandang sahaja adegan diantara Faliq dan Rayyan. Mulutnya sedari tadi langsung tidak bercakap apatah lagi ingin menyampuk.

"Nama kau apa?" Soal Faliq dingin. Rania pula sudah membuat rolling eyes apabila kata kata Faliq mula menyapa gegendang telinganya. Wajahnya beralih memandang Faliq. Wajah yang amat beku ditayangkan.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum