Bab 19

1.4K 197 7
                                    

SESEKALI jari Rania mengetuk sedikit stereng keretanya bagi menghilangkan rasa bosan. Rania berpaling memandang ke arah Rayyan yang sudahpun terlena di sebelah sekilas.

Hailahh Rayyan, semalam sampai menangis nangis dalam telefon semata mata nak ajak dia keluar pergi jalan jalan. Lepas itu, Faliq pula tak dibenarkan sama sekali untuk ikut. Lagi sakanlah si Rayyan ni. Tapi last last bila masuk je dalam kereta terus tidur sebab tak cukup tidur semalam. Bila tanya Faliq kenapa si Rayyan ni tak cukup tidur, alasan dia...

"Kami berdua semalam marathon K-drama."

Heh, harap je muka garang tapi dalam hati ada taman rupanya. Tapi itulah, Rania pun memang tak terjangka dek akal yang Faliq sememangnya suka tengok k-drama. Sampai berjangkit sekali dengan Rayyan. Itu yang tidur lambat semalam.

  Cakap fasal hubungan dia dan Faliq, boleh dikatakan hubungan mereka berdua semenj dua menjak ni semakin lama semakin mesra dan tidak lagi dingin. Pertemuan antara Rania dan Tuan Azhar hari itu bagaikan tidak wujud.

  Baguslah kalau begitu. Lagipun, Rania memang malas mahu ambil tahu fasal Tuan Azhar itu lagi. Walaupun kedengaran agak kejam,tapi hakikatnya itulah yang Rania rasa bagus untuk dirinya sekarang ini.

  Kalau nak berjumpa dengan Tuan Azhar pun, biarlah sewaktu majlis akad nikahnya saja nanti. Lepas itu, kalau boleh Rania tak mahu dah berjumpa dengan Tuan Azhar. Buat menyakitkan hati sahaja.

  Selesai sahaja memarkirkan kereta di parkir yang kosong, Ranja beralih ke arah Rayyan yang masih lagi tidur. Dikejutnya perlahan lahan si Rayyan.

"Rayyan, bangun kita dah sampai dah dekat mall ni." Tangan kanan Rania menggoncang perlahan tubuh Rayyan. Rayyan yang seakan akan terganggu lenanya,terus bangun. Kedua dua tangan Rayyan naik mengesat matanya.

"Kita dah sampai ke ,mama?" Soal Rayyan sambil memandang Rania. Rania mengangguk perlahan. Enjin kereta dimatikan dan mereka berdua mrlangkah keluar dari kereta. Pegangan tangan antara Rayyan dengan Rania dikuatkan lagi. Risau juga kalau terlepas,nanti hilang pula si Rayyan ni.

"Rayyan nak pergi mana dulu?" Soal Rania sambil menunduk memandang ke arah Rayyan. Rayyan pula hanya mengangkat kedua dua bahunya tanda tidak tahu.

"Erm... Kalau macam tu, kita dua pergi beli air krim dulu, nak tak? Mama beli baskin robbin dekat Rayyan. Nak tak?" Soal Rania. Rayyan pula sudah laju mengangguk.

"Ok jom."

.

RAYYAN yang sedang menjamu aiskrim dipandang sekilas. Tangan Rania naik mengusap kepala Rayyan. Kemudian, kedua dua anak mata Rania beralih memandang keadaan di mall tersebut. Rania tersenyum tipis.

Lepas beli saja beli aiskrim baskin robbins dekat Rayyan, terus Rayyan ajak dia pergi food court. Haish,macam tahu tahu saja yang food court inilah tempat first dia dengan Rayyan dan Faliq jumpa.

Mustahillah untuk Rania lupa tempat ni, walaupun hakikatnya tempat ni ada jugalah simpan sikit kenangan yang tidak berguna tapi still lagi ada kenangan yang manis, kan?

Lamunan Rania terhenti seketika apabila telefon Rania berbunyi menandakan ada orang telefon. Telefonnya diambil, nama Faliq tertera di skrin telefon. Rania sudah membuat muka menyampah.

Sibuk jee nak kacau dia dating dengan Rayyan hari ini.

"Assalamualaikum... Buat apa tu?" Soal Faliq di dalam talian. Rania pula sudah membuat rolling eyes. Soalan apakah ini? Sudah terang lagikan bersuluh dengan spotlight yang dia tengah dating dengan Rayyan.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now