bab 30.

1.2K 150 24
                                    

SAMPAI sahaja di hospital, Rihanna dan Qayden terus melangkah menuju ke arah kaunter. Qayden pula terus mengeluarkam telefon bimbitnya, untuk menelefon Tuan Azhar.

"Dekat tingkat 8? Ok terima kasih." Ujar Rihanna lalu berlari anak menuju ke arah lif,begitu juga dengan Qayden. Buka sahaja pintu lif terus Qayden Dan Rihanna masuk tanpa berbual. Di dalam lif pun hanya sunyi saja.

Keluar sahaja daripada pintu lif, terus Rihanna dan Qayden mencari wad Faliq terlebih dahulu memandangkan Rania masih lagi dalam bilik operations. Jumpa sahaja wad Faliq, Rihanna dan Qayden terus melangkah masuk. Kelihatan Faliq yang sedang bersandar di katil terus dituju.

"Faliq, Rania dengan Rayyan macam mana Faliq?" Soal Rihanna terlebih dahulu. Faliq pula sudah menundukkan kepalanya. Kedua dua tangannya naik menekup wajahnya. Air matanya mulai jatuh. Rasa menyesal kian menebal.

"Ra-Rania kritikal sebab dia ter-ter campak ke-keluar daripada kereta. Dok-doktor sahkan anak dalam kandungan Rania meninggal sebab hentakan yang Rania alami terlampau kuat...." Rihanna pula sudah jatuh terduduk mendengar kata kata Faliq.

"Rayyan pula macam mana sekarang ini Faliq?" Soal Qayden. Faliq mengangkat mukanya memandang Qayden. Kepalanya digeleng perlahan.

"Ray-"

"Rayyan dah tak ada. " Ujar Faliq. Kali ini giliran Qayden pula terkedu.

"Ray-Rayyan pun ma-macam Rania juga. Dia ter-tercampak keluar juga. Rania de-dengan Rayyan ter-tercampak keluar se-sebab diorang dua t-tak pakai seat belt. " Ujar Faliq.

"Semua ni salah aku Qayden. Rania dah pe-pesan suruh aku bawak perlahan tapi a-aku yang degil. Aku siap tengking Rania lagi." Ujar Faliq lagi.Qayden pula sudah terkedu. Faliq pula sudah bertindak agresif dengan memukul kepalanya dengan kedua dua tangannya.

"Aku tak tahu kenapa, sepatutnya aku yang mati! Tapi kenapa mesti Rayyan! Kenapa mesti anak dalam kandungan Rania! A-aku dah janji dengan abang aku untuk jaga Rayyan! Ini se-"

"Faliq sudahlah Faliq. " Ujar Qayden. Kemudian anak mata Qayden beralih memandang ke arah Rihanna yang sudah merah matanya. Rihanna pula sudah melangkah keluar daripada wad Faliq. Kerusi yang berada diluar diduduk. Kedua dua tangannya naik menekup wajahnya.

Rihanna terus mengangkat mukanya apabila terasa ada tangan yang menyentuh bahunya. Figura Puan Aisha dan Tuan Azhar yang menyapa kornea matanya terlebih dahulu. Cepat cepat Rihanna bangun dan menyalami Puan Aisha.

"Gimana kondisinya Rania dan kandungannya?" Soal Puan Aisha terlebih dahulu. Rihanna pula sudah menelan air liurnya. Tangan kanannya naik mengesat air matanya.

"Fa- Faliq cuma cedera ringan saja Faliq tak tercampak keluar. Rania kritikal sebab dia tercampak keluar dan kandungan Rania kena buat operation sebab hentakan yang terlalu kuat...." Rihanna berjeda seketika.

"Macam mana dengan Rayyan?" Soal Tuan Azhar. Rihanna pula menggeleng perlahan. Air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh juga.

"Faliq ada di dalam ya, sayang?" Soal Puan Aisha. Rihanna mengangguk perlahan. Masuk sahaja ke dalam wad. Faliq tidak henti memohon maaf kepada Tuan Azhar.

"Tak perlu minta maaf kat Ayah, kamu tak buat salah apa pun tapi minta maaf dekat Rania." Senada sahaja Tuan Azhar berkata kata.

  Sampai sahaja di hadapan bilik operation, Faliq menghela nafas berat. Mata Faliq beralih memandang ke arah Qayden yang sedang menolaknya memandangkan Faliq masih lagi tidak boleh berjalan dan perlu duduk di atas kerusi roda.

"A-ayah." Panggil Faliq. Tuan Azhar pula terus beralih memandang ke arah Faliq yang sudah pun merah mukanya kerana terlampau banyak sangat menangis.

"Faliq minta maaf." Tuan Azhar menggeleng perlahan.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now