bab 42

832 113 1
                                    

PINTU bilik ditutup dan dikunci. Faliq mengambil tempat di atas katil, sebelah Rania. Rania yang sedang termenung jauh, dicuit perlahan. Rania terus beralih memandang Faliq.

"Kenapa?" soal Rania perlahan. Faliq hanya menggeleng sahaja. Anak mata Faliq naik memandang Rania yang sedang memandangnya. Senyuman Faliq mula terukir.

"Sepatutnya saya yang tanya awak, kenapa? Pelik saya sebab tiba-tiba saja hari ni awak rasa macam nak demam. Ke sebab awak memang taknak stay dengan ayah dan ibu?" teka Faliq. Rania cuma menggeleng perlahan.

"Habis?"

"Entahlah awak, lagipun tiba-tiba hari ini saya rasa tak sedap hati. Saya rasa gelisah semacam and dalam masa yang sama juga saya rasa macam ada something yang berat akan datang." ujar Rania sambil memandang Faliq. Faliq pelik.

"Kenapa tiba-tiba awak cakap macam itu?" soal Faliq bersama kerutan di dahi.

"Saya rasa macam akan ada satu lagi kematian yang saya perlu hadapi. Awak faham tak? Dan sekarang ini saya rasa berat sangat nak lepaskan awak pergi outstation." Rania berjeda seketika. Wajah Faliq ditatap dalam.

"... Cukuplah sekali saya hilang Rayyan dengan baby Muhammad." perlahan sahaja nada Rania saat bertutur. Faliq cuma diam.

"Don't ask me why, kenapa tiba-tiba saja saya rasa macam ni. Sa-saya tak tahulah tapi apa yang pasti saya rasa yang saya akan hilang orang yang saya sayang untuk kali yang kedua." tutur Rania lagi. Faliq cuma mengangguk tanda faham.

"Awak takut yang awak akan hilang saya?" soal Faliq. Rania sudah mencebik, soalan jenis apakah yang Faliq tanya ni. Sudah tentulah yang Rania takut akan kehilangannya.

"Saya harap sangat, lepas apa yang dah jadi sepanjang kita berkahwin ni awak masih lagi setia dengan saya. Sudi ada dengan saya, sudi dengar dan harungi semua benda yang akan datang dengan saya. Boleh?" soal Faliq lagi. Rania mengangguk sambil tersenyum.

"Boleh. Tapi saya ada satu syarat dekat awak." ujar Rania sambil mengangkat keningnya berkali-kali. Faliq sudah pelik. Syarat apa pula kali ini?

"Syarat dia, awak tak boleh dah nak rahsia dengan saya lagi. Semua rahsia awak lepas ini awak kena cerita dengan saya, tak kisahlah rahsia awak tu rahsia yang akan buatkan saya menangis ataupun tak, awak kena juga cerita dengan saya. Boleh?" pinta Rania. Faliq mengangguk sambil tersenyum tawar.

'Sayang juga kan awak dekat saya. Saya ingatkan lepas apa yang saya hadap dalam hidup saya, dah tak ada dah orang yang nak sayangkan saya, takut bila saya pergi. Tapi rupanya saya silap, awaklah orang dia Rania....'

'... Tapi fasal rahsia tu saya minta maaf Rania. Banyak lagi sebenarnya rahsia saya yang awak tak tahu lagi. Dan saya yakin yang saya tak akan ceritakan rahsia saya tu dekat awak. Saya minta maaf Rania.' kata kata itu Faliq ungkapkan di dalam hatinya. Cukuplah Faliq sahaja yang tahu.

Dia tidak bersedia untuk kehilangan Rania.

.

.

.

"ADA apa awak nak berjumpa dengan saya, Rania?" soal Sara Jane lalu mengambil tempat di hadapan Rania. Rania yang sedang bermain dengan telefon terus mengangkat mukanya untuk memandang Sara Jane. Senyuman diberikan.

"No, actually saya ada benda sebenarnya nak cakap dengan awak. Itupun kalau awak tak keberatanlah. Lagipun awak sendiri cakapkan yang awak nak kita berdua jadi kawan baik. Jadi saya harap apa yang saya nak cakap ini tak ganggu awaklah." ujar Rania. Sara Jane mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Awak nak cakap apa?" soal Sara Jane.

"Ok macam ini sebenarnya, Sara. Sejak kebelakangan ini, saya rasa macam tak sedap hati awak tahu tak? Lepas itu saya rasa yang saya akan hilang orang yang saya sayang. Saya tak tahulah macam mana perasan ini boleh ada sebab tiba-tiba saja?" luah Rania. Tangan Rania naik meraup wajahnya.

Sara Jane mengangguk faham.

"Awak bagi tahu Faliq tak fasal hal ni?" soal Sara Jane. Rania mengangguk, tangan Rania mula mencapai tangan Sara Jane dan digenggam perlahan.

"Saya takut, Sara. Saya taknak dah hilang orang yang saya sayang untuk kali yang kedua, cukuplah saya hilang Rayyan dengan baby Muhammad." tambah Rania lagi.

"Tak sekarang inikan Rania, saya rasa lebih baik kalau awak tak layan sangat perasaan awak. Awak just buat bodo je, sebab kalau awak layan perasaan awak tu nanti, awak akan over thinking. Jadi saya rasa lebih baik awak jangan terlalu layankan sangat perasaan awak."

"Saya takutlah." tutur Rania. Tangannya ditarik daripada terus menggenggam tangan Sara Jane. Rania melepaskan nafas berat.

"Dahlah Rania, awak janganlah asyik terfikirkan fasal perasaan awak saja. Lagi satu tak semestinya apa yang awak rasa sekarang ini betul. Kadang-kadang perasaan awak saja..." Sara Jane berjeda seketika.

"... Ataupun apa yang awak rasa itu mungkin mainan syaitan. Dahlah Rania, tak payah lah nak fikir kan sangat."

.

.

.

ENJIN kereta dimatikan, Rihanna melangkah keluar daripada keretanya. Cadangnya tengah hari ini dia nak ajak Rania lunch sekali dengannya. Tapi itulah, sebaik sahaja di sampai di butik Rania, Safya cakap yang Rania tiada di butik. Itu yang Rihanna terus pergi ke kafe yang selalu Rania makan sewaktu lunch.

  Keluar sahaja daripada keretanya terus Rihanna mengambil telefon yang berada di dalam beg tangannya. Nombor Rania di dail, tidak sampai beberapa saat panggilan tidak dijawab. Rihanna mencebik perlahan.

"Dah kenapa pula tetiba tak angkat ni? " soal Rihanna sendirian. Nombor Rania di dail sekali lagi, talian masih lagi tidak bersambung. Sekali lagi Rihanna melepaskan nafas berat.

  Malas mahu menunggu lama, terus Rihanna melangkah ke arah kafe. Sambil berjalan Rihanna memandang sekeliling, mana tahu dia boleh terserempak dengan Rania?

  Langkah Rihanna serta merta terhenti apabila kornea matanya dijamu dengan figura Rania dan seorang wanita yang berambut hitam kerinting sedang duduk dihadapannya. Rihanna pelik. Tidak sampai beberapa saat, Rihanna mengangguk tanda faham.

"Eh tapikan, aku ada seorang kawan ini nama dia Sara Jane."

  Rihanna yakin yang duduk dihadapam Rania itu adalah Sara Jane. Kawan baru Rania. Terus, Rihanna mengambil telefonnya yang diletakkan di dalam beg tangannya. Nombor Rania di dail sekali lagi.

"Siapa tu Rania? Kalau ada urusan penting awak jawablah dulu call tu. Lagipun saya tengok dah 3 kali dia asyik call awak." ujar Sara Jane. Rania hanya menggeleng perlahan, skrin telefon yang tertera nama Rihanna dibiarkan tidak berjawab.

Tidak penting untuk dia jawab.

"Eh tak apalah awak, lagipun yang call saya ni unknown number. Malas lah nak angkat, bazir masa saja." ujar Rania. Sara Jane hanya mengangguk lalu menyuap nasi goreng kampungnya.

  Sementara itu, Rihanna sekali lagi mengangguk perlahan disertai dengan senyuman sinis. Air mata yang cuba ditahan, akhirnya jatuh jua. Malas mahu melihat dua orang sahabat baik itu, terus Rihanna melangkah pergi dari situ.

  Masuk sahaja ke dalam kereta, Rihanna menghidupkan enjin keretanya. Penghawa dingin mula memenuhi setiap ruang kereta. Deraian manik manik jernih mula jatuh membasahi pipi Rihanna. Air mata dikesat menggunakan belakang tangannya.

  Sakit. Tipulah kalau dia tak sakit hati dan kecewa dengan Rania. Apatah lagi selama ini cuma Rania seorang saja yang sudi bersahabat baik dengannya. Terus terang Rihanna cakap, dia lebih rela kehilangan cinta daripada kehilangan Rania. Kerana dia sudah menganggap Rania seperti keluarganya.

Tapi sekarang?

   Rania lebih memilih orang yang dia baru kenal daripadanya yang sanggup lama bersusah payah dengannya. Sekali lagi Rihanna kecewa.

"Ala kita dua kan best friend forever. Kau tak payah lah sedih-sedih. Lagipun kalau kau sedih nanti, akupun sedih juga. Dahlah Rihanna, tak payahlah nak sedih sedih."

"Kalau kau sedih nanti, akupun ikut sedih juga."

"Aku janji kalau kau sedih aku akan sentiasa ada dengan kau. "

"Tipu. Kau tipu aku, Rania. Kau cakap kalau aku sedih kau sentiasa ada dengan aku. Tapi sekarang mana kau? Kau pergi kawan dengan orang, kau lebih pentingkan kawan baru kau."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now