Bab 23

1.5K 174 7
                                    

RANIA menoleh memandang ke arah Faliq sekilas.

"Bercuti?" Soal Rania sepatah. Faliq pula hanya mengangguk tanda mengiyakan kata kata Rania. Sebaik sahaja Faliq menyuarakan hasrat untuk pergi bercuti keadaan di antaranya dan Rania terus sahaja menjadi janggal. Rayyan pula dah masuk tidur.

"Ok,saya rasa boleh saja kalau nak bercuti. Tapi itulah masalahnya, dalam masa 2 bulan dari sekarang ni, saya memang betul betul sibuk and banyak benda yang saya kena settle jadi kalau kita pergi lepas saya dah tak sibuk,boleh tak?"

  Faliq mengangguk. Tak kisahlah lambat ataupun cepat, apa yang pasti mereka bertiga boleh bercuti. Lagipun kalau bercuti dalam masa yang terdekat ni macam kesian pula dekat Rania sebab waktu cuti kahwin tu banyak jugalah kerja dia yang tergendala.

"Ok bagus,kalau macamtu dalam 2-3 bulan nanti baru kita plan nak pergi bercuti dekat mana. Awak nak lama mana sekalipun,saya tak kisah sebab waktu tu memang saya betul betul free dan tak sibuk langsung." Ujar Rania sambil tersenyum tipis.

"Ok,lagipun saya takutlah juga kalau kita pergi bercuti sekarang ni awaklah pula yang kesian, makin banyak kerja awak yang tergendala." Ujar Faliq. Rania mengangguk perlahan memandangkan apa yang Faliq katakan tu memang betul pun.

  Apabila keadaan semakin janggal, Faliq terus mengambil remote tv. Sesekali Faliq menoleh memandang Rania yang sedang menonton rancangan yang ditayangkan di skrin telefon.

"Kalau awak nak cakap, cakap jelah lagipun jangan risau, saya tak makan orang pun." Ujar Rania. Bukannya dia tidak sedar yang daripada tadi Faliq asyik pandang dia. Dari riak wajah Faliq pun,sudah tahu yang Faliq ingin bertanya sesuatu kepadanya.

"Awak nak tanya apa? Tanya sajalah. Jangan risau saya tak marah pun dekat awak." Ujar Rania lagi sambil tersenyum tipis. Kali ini,Rania menoleh memandang Faliq.

"Kalau saya tanya awak soalan macam ini,saya harap awak takkan terkejut dan tanya saya macam macam. Boleh tak?" Soal Faliq. Rania mengangguk perlahan.

"Ok, how about kalau one day awak dapat tahu yang saya ni tak sama langsung dengan apa yang awak harapkan. Apa yang awak nak buat waktu itu?" Soal Faliq serius. Tapi tidak pula pada Rania, apabila Rania sudahpun tertawa kecil.

"Apa yang awak merepek ni? Saya kenal awak lama dah Faliq. Kenapalah tiba tiba saja awak nak tanya soalan macam ni kat saya sedangkan awak boleh saja kan tanya soalan sebelum kita akad nikah."

Faliq terkedu.

"Hurm... Dahlah awak, saya nak naik atas nak tidur dulu sebab esok saya ingat nak pergi butik awal." Ujar Rania lalu bangun dan melangkah pergi dari situ. Faliq pula sudah terkedu.

  Salah diakah selama ini sebab tidak berterus terang dengan Rania sebelum mereka berdua berkahwin? Kalau Rania tahu siapa diri dia yang sebenar,apa reaksi dan apa tindakan Rania?

Semoga Allah S.W.T permudahkan segalanya.

.

KEDUA dua kakinya mula melangkah menuju ke arah bilik yang dikhaskan untuk kerjanya sahaja. Pintu bilik dibuka dan dia mula melangkah masuk sambil tersenyum sinis. Rambut hitamnya yang panjang separa pinggang diikat kuda.

  Dia menoleh memandang ke arah dinding bahagian kanan biliknya yang penuh dengan gambar si merpati dua sejoli yakni Rania Ramanshah dan Faliq Hanafi Shah.  Dia tersenyum sinis. Pisau yang terletak di atas meja yang berada di hujung bilik diambil.

  Gambar majlis akad nikah Faliq dan Rania dipandang sambil tersenyum sinis. Tanpa aba aba, terus dia menoreh gambar tersebut menggunakan pisau tersebut.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now