bab 83

1.7K 100 8
                                    

TANGAN Rihanna naik memegang batu nisan. Perlahan lahan Rihanna tersenyum tipis, air matanya mula jatuh. Nama penuh Qayden yang terukir di batu nisan itu dibaca berulang kali. Air mata Rihanna semakin lebat dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

  Terketar-ketar tangan Rihanna turun menyentuh tanah yang masih lagi merah. Faliq dan Rania dibelakang cuma memandang saja Rihanna yang sedang menangis teresak-esak itu. Tangan Faliq naik mengesat air matanya yang jatuh.

Dia hilang kawan dia.

Dan Rihanna hilang cinta matinya.

"Assalamualaikum. Saya datang ni, awak macam mana? Terima kasih Qayden. Sebab awak korbankan nyawa awak untuk saya. Walaupun kita akhirnya tak dapat bersama, terima kasih untuk segala-galanya. Saya maafkan awak dan saya relakan pemergian awak. Anggap sajalah jodoh kita berdua dekat sana nanti." ujar Rihanna. Tangannya naik mengesat air matanya yang terus menerus jatuh.

"Jangan doakan supaya saya berjumpa pengganti awak. Tapi tolong doakan supaya saya sentiasa bahagia, itu cukup memadai bagi saya. Terima kasih Qayden, awak suruh saya hidup demi awak. Betul, mencintai tak semestinya memiliki. Dan awak buktikan dekat saya, tak semua kisah cinta berakhir dengan kebahagiaan..."

"... Nama awak, memori, kata-kata semangat yang awak berikan kepada saya sewaktu saya jatuh., saya tak ada semangat saya akan ingat sampai akhir nafas saya. Awak juga dah buktikan dekat saya yang lelaki tak semuanya sama, terima kasih atas pengorbanan yang awak lakukan untuk saya. Saya harap awak tenang di sana, doakan supaya kita dapat berjumpa dan berjodoh dekat sana."

  Kata-kata Rihanna terhenti. Tangan Rania naik memegang bahu Rihanna, Rihanna beralih memandang Rania dan bangun dari duduknya. Tubuh sahabatnya didakap lama. Air mata mula jatuh mengalir. Rania membalas dakapan Rihanna.

"Qayden dah tak ada." bisik Rihanna perlahan dan menguatkan lagi pelukannya di tubuh Rania. Rania mengangguk.

"Tak apa, kau ada aku. Aku ada kau." pujuk Rania, tangannya naik mengusap belakang tubuh Rihanna.

  Faliq duduk di sisi kubur Qayden. Tangannya naik mengusap perlahan batu nisan yang tertulis nama penuh Qayden. Air matanya yang semakin jatuh, dikesat perlahan. Faliq sedaya upaya menahan sebak yang kian bertandang di jiwanya.

"A... Aku minta maaf Qayden. Semua benda ni terjadi sebab salah aku sendiri, apa yang berlaku dekat Rania, Rihanna dengan Qayden semuanya salah aku. Sepatutnya aku yang berada di tempat kau. Terima kasih, sepanjang persahabatan kita ni kau banyak tolong aku dan kau juga sentiasa bagi aku semangat. Terima kasih banyak-banyak..."

"... Kalau nak ikutkan apa yang kau bagi dan tolong aku selama ni, tak cukup untuk aku berterima kasih. Aku harap kau tenang dekat sana, kalau kau jumpa anak-anak aku kau cakap dekat diorang yang aku sayang dan rindukan diorang. Tolong sampaikan dekat Rayyan dan anak-anak aku, aku minta maaf sangat. Disebabkan dosa aku, diorang yang kena tanggung akibatnya."

  Faliq menunduk sedikit, tangannya naik menekup mulutnya supaya tidak mengeluarkan sebarang esakan. Rania di belakang, memegang bahu Faliq dan menepuk sedikit. Faliq beralih memandang Rania. Manakala Rihanna pula sudah merah mukanya kerana terlalu menangis.

"Dah. Tak elok menangis depan kubur, benda dah jadi. Apa yang boleh kita buat sekarang ini, redha dan terima kenyataan yang akan datang." tutur Rania. Faliq mengangguk perlahan dan bangun dari duduknya. Rihanna dan Rania mengatur langkah keluar daripada kawasan kubur.

  Kereta yang diparkir di tempat yang disediakan dituju, sampai sahaja di hadapan kereta Rihanna, Rania dan Rihanna berhenti sekejap. Rania memeluk erat tubuh Rihanna, serentak dengan itu Rihanna menghamburkan tangisannya.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Där berättelser lever. Upptäck nu