bab 9

2.1K 269 7
                                    

MATA Faliq daripada tadi tidak lepas daripada memandang tajam figura Qayden dihadapannya. Sedikit sebanyak timbul rasa tidak puas hati mula bertandang di dalam hatinya.

"Kenapa kau tak inform awal dekat aku? Kenapa kau kena cakap sekarang?" soal Faliq dingin. Qayden pula hanya tersenyum tipis. Posisi kedudukan diperbetulkan sedikit.

"Saja." Sepatah sahaja Qayden membalas. Faliq pula sudah menjeling tajam figura Qayden dihadapannya. Pandangan mata Faliq beralih sedikit untuk melihat Rayyan yang masih lagi terlena tidur.

"Kalau aku cakap dekat kau pun, kau mesti akan suruh aku juga. Betul tidak?" Soal Qayden bersahaja sambil membawa Turin skrin komputernya.

"Tapi kau tetap kena cakap dekat aku. And at the same time-"

"Esok aku kena pergi dah. Dan aku nak minta tolong kau hantar aku pergi airport esok. Dan aku minta jasa baik kau untuk bawa Rayyan sekali. Boleh tak?" Soal Qayden. Faliq cuma mengangguk sambil menayangkan wajah beku.

"Pagi ataupun petang flight kau?" Soal Faliq.

"Tengah hari."

"Faliq." Panggil Qayden mendatar. Faliq pula hanya mengangkat keningnya. Malas ingin membuka mulut. Lebih baik angkat kening saja.

"Kau tak pelik ke?" Soal Qayden. Faliq pula sudah berkerut seribu apabila persoalan daripada Qayden mula menyapa gegendang telinganya. Perlahan lahan Faliq mengangkat mukanya memandang figura Qayden dihadapannya.

"Apa?"

"Kemalangan parents Rayyan. " Ujar Qayden. Kemudian,Qayden mengalihkan pandangannya memandang Rayyan. Sedikit sebanyak perasaan simpati semakin menebal di dalam hatinya. Walaupun Qayden tak jaga Rayyan sepenuhnya,namun dia juga turut bersimpati.

"Aku rasa kemalangan tu bukan di sabotaj." Ujar Faliq tenang. Qayden pula sudah tersenyum sinis. Kadang kala, Qayden sendiri pelik dengan sikap Faliq yang satu ini.

Boleh dikatakan di dalam syarikat ini dialah orang yang paling dingin, dan tak ada seorang pun pekerja yang berani menegur Faliq. Bahkan antara Faliq dan Qayden, Faliq lebih matang daripada setiap sudut. Sama ada pemikiran, mengatur strategi.

"Bagi kau, mungkin benda itu tifak disabotaj. Tapi bagi aku... " Qayden berjeda seketika.  Kedua dua anak mata Qayden memandang tepat ke arah figura Faliq dihadapannya.

".... Kemalangan tu disabotaj. Mungkin kau je yang tak sedar. Tapi aku sedar. Banyak petunjuk yang menunjukkan kemalangan tu dirancang, tapi cuma kau saja yang tak perasan." Sambung Qayden. Faliq pula hanya diam membisu tanpa mengeluarkan sepatah bicara.

"Aku tak tahulah, Faliq. Sama ada kau tak sedar langsung ataupun kau cuma buat buat tak sedar. Tapi aku minta sangat Faliq. Kalau kau nak buat apa apa sekalipun, tolonglah fikirkan fasal Rayyan. Rayyan itu masih kecil lagi. Dia tak tahu apa." Ujar Qayden lagi. Faliq pula masih lagi statik mendiamkan diri.

"Aku tahu. Tapi kau tahukan yang a-"

"Sampai bila Faliq? Rayyan tu perlukan seorang 'mak'. Mungkin bagi kau, kau boleh jadi ayah dan mak untuk Rayyan. Tapi percayalah cakap aku Faliq. Takkan sama. Aku takut nanti bila Rayyan dah besar,dia akan pertikaikan benda ini balik. " Ujar Qayden tegas. Biarlah dia tegas dengan Faliq kali ini.

"Nantilah,aku fikirkan balik." Faliq hanya berkata senafas. Jujur, Faliq sendiri akui yang sedikit sebanyak apa yang Qayden katakan sebentar tadi ada betulnya.

"Rayyan perlukan kau dan tolong,bila kau nak buat satu keputusan fikirkan Rayyan sama."

"Baik. Tak apalah, kalau macam itu aku balik dulu. Lagipun dah lewat malam ini." Ujar Faliq lalu melangkah menuju ke arah Rayyan. Perlahan lahan Faliq mencempung perlahan tubuh Rayyan dan melangkah keluar daripada bilik pejabatnya sekaligus meninggalkan Qayden seorang diri. Biarlah,nanti pandai pandailah Qayden tu tutup lampu apa semua.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now