bab 51

806 102 9
                                    

2 hari kemudian.

Wajah pucat suaminya yang sedang terlantar di atas katil dipandang lama. Sudah 2 hari suaminya tidak sedarkan diri, dan selama 2 hari jugalah dia dan Rania bergilir gilir menjaga Tuan Azhar. Pintu wad VIP yang dibuka dari luar membuatkan Puan Aisha tersentak. Air mata yang jatuh cepat cepat dikesat.

"Ibu makan tak lagi?" soal Faliq lalu duduk di atas sofa yang disediakan. Sebungkus nasi goreng kampung diberikan kepada Puan Aisha.

"Rania tahu yang ibu tak makan lagi. Lepas ni ibu baliklah rumah sekejap, tak apa jangan risau Rania boleh jagakan ayah."

Puan Aisha memandang Rania. Ada betul juga apa yang Rania katakan, lagipun semalam dia tak balik rumah pun. Makan pun tak teratur dek terlalu risaukan suaminya.

"Rania, lepas ini kalau ada siapa siapa yang datang nak melawat ayah. Rania jangan bagi dia masuk kalau Rania tak kenal. Tak kiralah sama ada dia tua ataupun tidak, jangan bagi dia masuk."

"Kenapa ibu cakap macam tu?"

Puan Aisha terdiam sejenak.

"Sebab apa ibu cakap macam tu tak penting, yang penting sekarang ni ingat apa yang ibu cakap. Kalau dia berkeras nak masuk juga telefon ibu. Boleh tak?"

Rania mengangguk sambil tersenyum tipis. Tangan Puan Aisha dicapai.

"Ibu tak perlulah nak risau. Rania dengan Faliq ada hari ini untuk jaga ayah. Ibu baliklah rumah rehat sekejap, lagipun ibu kena jaga kesihatan ibu juga. Ya, Rania tahu yang ibu risau lepas apa yang terjadi dekat ayah tapi ibu pun kena ingat juga yang ibu pun kadang kadang demam. Jagalah kesihatan ibu, kalau apa apa jadi dekat ayah Rania cuma ada ibu saja."

"Yalah, membebell pula dia dekat kita. Kalau macam tu, ibu balik dulu. Kalau ada apa apa cakap dekat ibu. Tahu?"

"Tahu. Ibu tu baliklah cepat!"

"Eh halau kita pula."

Keluar sahaja Puan Aisha daripada wad VIP, Rania duduk di atas kerusi yang diduduk oleh Puan Aisha sebentar tadi. Tuan Azhar yang terbaring lemah dipandang lama.

"Ayah... Bangunlah, janganlah tidur lama sangat. Banyak benda yang Rania nak berbual dengan ayah." tuturnya lemah.

Sementara itu, Faliq yang sedang bermain dengan telefon mengangkat mukanya memandang Rania. Baru sahaja mahu melangkah menuju ke arah Rania, panggilan telefon daripada Qayden menyentakkannya. Selesai sahaja menjawab panggilan daripada Qayden, Rania dituju.

"Rania. Saya kena pergi office sekejap, Ada hal. Nanti saya datang balik, okay?"

"Okay."

Faliq melangkah pergi daripada situ sekaligus meninggalkan Rania seorang diri. Keluar sahaja Faliq daripada wad,Rania bangun dari duduknya. Sofa yang diduduk oleh Faliq tadi dituju dan Rania duduk di atasnya. Telefon bimbitnya dibawa keluar, aplikasi netflix dibuka. Lagipun dia dan ayahnya sahaja dalam wad ni. Kalau Faliq ada bolehlah dia berbual dengan Faliq.

.

.

PINTU rumah dibuka dan ditutup. Puan Aisha mendaki anak tangga satu persatu. Sampai sahaja di hadapan biliknya, Puan Aisha berhenti sebentar. Matanya terarah memandang ruang di luar biliknya. Ruang dimana suaminya ditikam.

  Beg tangan dan telefon diletakkan di atas katil dan Puan Aisha masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badan. Siap sahaja mandi dan memakai tudung, Puan Aisha mengambil telefonnya. Aplikasi WhatsApp dibuka. Tiada mesej daripada Rania yang masuk, mungkin suaminya belum sedar daripada koma lagi.

  Puan Aisha keluar dari biliknya dan turun ke bawah. Beg tangan diletakkan di atas meja makan, Puan Aisha melangkah menuju ke dapur. Langkah terhenti apabila telefonnya berbunyi menandakan ada orang yang telefonnya. Walaupun tiada nama yang tertera di skrin, cuma nombor telefon sahaja tanpa teragak agak Puan Aisha menekan butang digital yang berwarna hijau.

"Hello, siapa ni?"

"Hello?"

Tut. Butang digital berwarna merah ditekan, buang masa dia sahaja. Puan Aisha melangkah menuju ke arah dapur, sambil berjalan Puan Aisha membuka telefonnya, nombor Rania didail. Baru sahaja mahu mendail number Rania langkah Puan Aisha serta merta terhenti.

  Sejambak bunga rose berwarna putih yang berada di atas kitchen island membuatkan langkah Puan Aisha terhenti. Malah, bunga rose yang dilumuri darah itu membuatkan Puan Aisha terkedu. Envelope yang berwarna hitam diambil dan dibuka. Sekeping gambar suaminya dibawa keluar malah gambar tersebut juga turut dilumuri dengan darah. Puan Aisha mengalihkan gambar tersebut, tulisan yang ditulis membuatkan Puan Aisha terkedu.

"Kau yang cari aku."

"Arghh!"

Gambar tersebut dilempar, tubuh Puan Aisha serta merta jatuh di atas lantai. Begitu juga dengan telefonnya. Puan Aisha mengundur dan menyandarkan dirinya ke dinding.

  Cepat cepat Puan Aisha beralih memandang ke arah telefonnya yang berbunyi menandakan ada orang telefon. Terketar ketar tangan Puan Aisha mengambil telefon. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon, teragak agak Puan Aisha menjawab panggilan tersebut.

"Hello. Siapa ni?"

"Aku bagi kau dua pilihan Aisya. Sama ada aku ataupun kau yang buat. Jangan main dengan api Aisya, aku tak suka ulang banyak kali."

"Kau telefon aku kali ini untuk apa? Kau nak ugut aku dengan kata kata bodoh kau!" jerkah Puan Aisha. Pemanggil suara di dalam talian tertawa besar.

"Kata kata bodoh? Jaga mulut kau Aisha. Kau kena ingat, kau yang nak benda ni terjadi lepas tu kau nak menyesal pula? Sekarang ni kau pilih sama ada kau ataupun suami kau yang hidup. Aku tak suka Aisha, orang yang khianat dengan janji."

"Kau diamlah!"

"Aku takkan berdiam melainkan kau ataupun suami kau mati. Lagi satu sebelum kau terlupa, kau kena inga Aisya..."

"... Kau yang cari aku bukan aku cari kau. Jangan lupa."

Tut.

  Telefon dicampak ke lantai. Mujurlah tak pecah berkecai. Puan Aisha bangun dari duduknya, bunga rose putih dan envelope tersebut diambil dan dibuang ke dalam tong sampah. Beg tangan dan kunci kereta dicapai, Puan Aisha keluar daripada rumah. Enjin kereta dihidupkan.

  Nombor Rania didail. Beberapa saat kemudian tidak berjawab, telefon tersebut dicampak ke tepi. Lantaklah nak pecah ke tak. Apa yang penting sekarang ini dia taknak apa yang dia rancangkan terbongkar.

.

.

FALIQ melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Qayden yang sedang memegang tablet didekati. Tablet tersebut bertukar tangan, tangan Faliq mula slide satu persatu gambar berkenaan.

"Rupa rupanya selama ini apa yang terjadi dekat aku dirancang oleh dia?" soal Faliq tidak percaya. Qayden mengangguk perlahan.

"Fasal kemalangan kau dengan Rania dan juga arwah Rayyan memang betul dia yang rancang. Sebab Rania berjumpa dengan dia beberapa sebelum pergi ke Langkawi. Dan, kau dah cerita dekat dia apa yang kau rancangkan waktu pergi bercuti. Jadi tak mustahil kalau Rania cerita dekat dia."

Gambar tersebut di-slide oleh Qayden.

"Qayden. Aku rasa sasaran dia selepas ni, isteri aku. Aku rasa kita kena cepat Qayden, aku takut dia apa apakan Rania."

Qayden menggeleng perlahan.

"Tak, aku rasa Rania dan kau adalah sasaran terakhir dia. Sasaran dia selepas ni mungkin ibu ataupun ayah mertua kau. Tapi boleh jadi juga dia target aku sebab apa yang terjadi dekat Rihanna pun rancangan dia juga..."

"... Lepas ini kau kena hati hati Faliq. Jaga Rania, aku rasa dia dah mulakan apa yang dia rancang. Dia licik dan bahaya Faliq."

"Rupa-rupanya apa yang terjadi dekat aku selama ini, Sara Jane yang rancang."







.

20 bab lagi.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now