bab 35

1K 147 10
                                    

MASUK sahaja ke dalam kafe, Rania terus mengambil tempat dan memesan makanan. Beg tangan dibuka dan Rania membawa keluar telefonnya. Keluhan yang ditahan daripada tadi akhirnya terlepas juga. Hari ini sudah cukup seminggu dia masuk ke butik kembali. Penat dan sakit kepala yang dia rasa sekarang ini memang sakit.

"Rania?" Panggil seseorang. Sedang ralit membaca post di Instagram, Rania terus mengangkat mukanya untuk memandang gerangan yang memanggil namanya.

"Eh, Sara. Duduklah lagipun saya seorang saja. " Pelawa Rania. Sara tersenyum tipis lalu duduk di hadapan Rania. Melihat keadaan Rania, dahi Sara agak berkerut sedikit.

"Eh Rania... A-awak dah ber-"

"Saya kemalangan haritu, Sara." Potong Rania terlebih dahulu. Sebelum Sara bertanya dengan lebih banyak lagi lebih baik Rania potong siap siap pertanyaan Sara.

".... Saya kemalangan and then saya keguguran sebab impak kemalangan yang terlalu kuat dekat saya. Jadi saya harap awak tak tanyalah pasal arwah anak saya. " Pinta Rania. Sara pula hanya mengangguk perlahan. Perbualan diantara mereka berdua terhenti seketika apabila makanan dan minuman yang di pesan sudah sampai.

"Jadi sekarang ni awak macam mana, Rania? Dari segi emosi. Awak dah ok dah? Kenapa awak tak berehat dekat rumah saja, Rania? Awak tak risau ke dengan keadaan awak?" Soal Sara bertubi tubi.

Rania tersenyum tipis.

"Alhamdulillah sekarang ini emosi dan keadaan saya semakin lama dah semakin pulih. Lagipun saya tak bolehlah Sara kalau saya nak duduk dekat rumah saja setiap masa." Ujar Rania sambil mengacau air Strawberry miliknya.

Sepanjang tempoh seminggu dia mulai sibuk dekat butik dia, sedikit sebanyak fikiran dia perlahan lahan mulai tenang. Tiada lagi dah setiap masa dia nak menangis teringatkan akan arwah Rayyan dan baby Muhammad.

"Kiranya sekarang ni awak dah ok dahlah sekarang ni?" Soal Sara. Rania hanya mengangguk perlahan. Dengan bacaan bismillah, Rania mulai menjamu selera pasta carbonara yang di pesan olehnya sebentar tadi.

"Mana husband awak, Rania?" Soal Sara secara tiba tiba. Rania yang sedang makan terus mati seleranya. Wajah Sara dipandang pelik.

Dah kenapa tiba tiba saja tanya pasal Faliq?

"Ouh husband saya, dia kerja sekarang ini. Lagipun semenjak dua menjak ni dia sibuk sikit itu yang saya tak berapa nak kacau dia sangat. Yelah sebab kita sebagai seorang isteri kan kenalah sentiasa memahami seorang suami." Ujar Rania.

"Eh Rania after this kalau saya nak jumpa dengan awak lagi, boleh tak? Lagipun saya ni bukannya ada kawan pun. So I hope awak boleh jadi kawan baik saya. Boleh tak?" Soal Sara.

Rania tertawa kecil.

"Boleh saja."

.

"AWAK tak cakap pun dekat saya?" Soal Rania dingin. Sudahlah tiba tiba saja Faliq datang ke butik dia lepas itu ajak dia keluar pergi dating.

Apa ni?

"Awak cakap apa? Awak cakap yang saya ni tak cakap dekat awak? Cuba awak tengok saya ni dah mesej awak tau nak ajak awak keluar dating. Tapi awak tak balas pun, jadi saya anggap yang awak pun nak keluar dengan sayalah." Ujar Faliq. Rania pula sudah naik menepuk dahinya.

"No. Saya tak nak keluar dengan awak, Faliq. Saya banyak lagi kerja nak kena siapkan." Bantah Rania.

"Tak boleh. Awak kena dengar cakap saya jadi awak kena ikut saya." Ujar Faliq lalu melangkah keluar daripada pejabat Rania. Keluar sahaja Faliq, nafas berat akhirnya terkeluar juga.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now