bab 52

759 93 1
                                    

RANIA beralih memandang jam di dinding yang menunjukkan sudah pukul 8 malam. Telefonnya diambil, nombor Faliq dan Puan Aisha didail namun masih tidak berjawab.

Rania bangun dari duduknya dan duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil Tuan Azhar. Tangan Tuan Azhar diambil dan dipegang lama, wajahnya disembamkan di tangan Tuan Azhar. Rania mengangkat kembali wajahnya apabila seorang doktor masuk sambil membawa troli yang berisikan penuh dengan ubat.

"Cik, saya na-"

"Tak apa jangan risau. Saya keluar dulu doktor." ujar Rania dan bangun dari duduknya, beg tangannya diambil dan Rania keluar daripada wad tersebut. Sambil berjalan menuju ke arah lif, Rania beralih memandang keadaan sekeliling.

Selesai sahaja memesan makanan dan minuman, Rania duduk di meja yang kosong. Telefonnya dibawa keluar, aplikasi WhatsApp dibuka. Mesej yang dihantar kepada Faliq dan Puan Aisha langsung tidak baca. Rania pelik. Nombor Faliq didail namun masih lagi tidak berjawab.

"Dah kenapa? Banyak sangat ke kerja sampai tak boleh nak jawab call."

Telefon disimpan. Dengan bacaan bismillah, Rania menyuap nasi goreng yang dipesan olehnya tadi ke dalam mulut. Makan lagi bagus, call banyak kali bukannya nak angkat.

Sementara itu di sisi lain iaitu di wad Tuan Azhar, lelaki yang memakai baju seperti doktor membawa keluar jarum yang berisi racun cecair. Lengan kiri Tuan Azhar diambil dan jarum tersebut dicucuk. Siap sahaja mencucuk, jarum tersebut disimpan kembali ke dalam poket seluarnya. Mesin jangka hayat mula menunjukkan keadaan denyutan jantung Tuan Azhar yang tidak stabil. Tanpa melengahkan masa, dia melangkah keluar daripada wad tersebut.

.

.

HABIS sahaja menjamah nasi goreng, Rania membawa keluar telefonnya. Mesej daripada Puan Aisha dan Faliq dibuka. Baru sahaja mahu menaip untuk membalas mesej Puan Aisha, langkah Rania terhenti apabila panggilan daripada Puan Aisha masuk, butang digital berwarna hijau ditekan.

"Hello ibu. Ibu ada dekat mana sekarang ni?" soal Rania kepada Puan Aisha di dalam talian.

"Rania sekarang ni dekat mana?"

"Dekat mana? Ouh, Rania sekarang ini dekat kafe. Makan sekejap sebab lama sangat tunggu Faliq dengan ibu datang."

"Tunggu Faliq? Faliq tak ada dengan kamu sekarang ni ke Rania?"

"Tak."

"Kan ibu cakap jangan tinggalkan ayah seorang diri! Kenapa Rania tinggalkan ayah? Rania pergi wad ayah sekarang! cepat! Ibu dalam perjalanan. Lagi 10 minit ibu sampai. Jangan lengahkan masa Rania!"

Tut.

Puan Aisha menamatkan panggilan. Rania bangun dari duduknya dan menuju ke arah lif. Masuk sahaja ke dalam lif terus Rania menekan butang nombor '6'. Sampai saja di tingkat 6, Rania terus keluar dari lif. Langkah Rania semakin lama semakin perlahan apabila beberapa orang doktor dan juga jururawat bergegas masuk ke dalam wad ayahnya.

Beberapa orang doktor yang sedang melakukan CPR kepada Tuan Azhar, dan ada juga jururawat yang sedang membantu doktor tersebut. Mata Rania beralih memandang mesin jangka hayat, beg tangannya serta merta terlepas apabila garis lurus.

Rania melangkah masuk ke dalam wad namun langkahnya dihalang oleh jururawat.

"Cik penjaga Tuan Azhar ke? Maaf ya cik tak dibenarkan masuk seme-"

"Nurse. Tak apa biar saya yang cakap." potong doktor yang ditugaskan untuk merawat Tuan Azhar.

"Sa-saya minta maaf Cik Rania. Kami tak dapat selamatkan Tuan Azhar."

Buk!

Tubuh Rania serta merta jatuh terduduk di atas kerusi. Begitu juga dengan air matanya yang mula jatuh menyembah bumi. Doktor yang merawat Tuan Azhar cuma diam sahaja memandangkan ini bukannya kali pertama dia lihat keadaan sebegini.

"Untuk urusan arwah Tuan Azhar, saya nak tanya. Cik Rania nak gunakan perkhidmatan van jenazah di hospital kami ataupun cik nak gunakan perkhidmatan luar?"

Rania mengangguk perlahan.

"Tak apa, kalau macam tu saya pergi dulu." ujar doktor tersebut dan melangkah pergi dari situ. Rania cuma diam sahaja, tangisannya langsung tidak menunjukkan tanda tanda untuk berhenti.

"Rania!" Rania beralih memandang ke arah Puan Aisha. Rania bangun dari duduknya, tubuh Puan Aisha dipeluk.

"A-ayah dah tak ada ibu. Ayah dah tak ada."

"Rania minta maaf."

"Ini semua salah Rania. Kalau Rania ada dekat dengan ayah tadi ayah masih lagi ada peluang untuk hidup."

"Rania minta ma-"

"Dahlah Rania, Rania tak salah pun." pujuk Puan Aisha. Rania diam namun air matanya masih lagi jatuh. Tangannya memeluk erat tubuh Puan Aisha.

"Rania minta maaf ibu."

.

.

TANGAN Puan Aisha naik memegang dan mengusap perlahan batu nisan yang tertulis nama arwah Tuan Azhar. Sebelah tangannya lagi mengenggam erat tangan Rania.

"Ibu, jom balik ibu. Nanti kita datang lagi melawat ayah ya ibu." pujuk Rania. Puan Aisha mengangguk tanda setuju dengan kata kata Rania.

Keluar sahaja mereka daripada perkarangan kubur, mereka terus menuju ke rumah Tuan Azhar, begitu juga dengan Qayden dan Rihanna memandangkan sekarang ini Puan Aisha berada di dalam edah.

Sampai sahaja di rumah, Puan Aisha meluru masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Rania cuma diam memerhati sahaja, lagipun dia faham apa yang Puan Aisha rasa sekarang ni

"Tak apalah. Korang semua duduk dulu, a-aku buat air sekejap." ujar Rania lalu melangkah menuju ke arah dapur. Pergi sahaja Rania dari situ, Qayden terus menarik Faliq keluar daripada rumah. Rihanna cuma duduk memerhati saja dan menuju ke arah Rania.

"Rania, kau nak buat air apa?" soal Rihanna dan duduk di kitchen island. Rania beralih memandang Rihanna, suis on ditekan untuk memasak air.

"Aku nak buat air teh. Kau nak minum air lain ke?" soal Rania lalu mengambil seuncang teh dan diletakkan ke dalam jag kosong. Rania mengambil tempat disebelah Rihanna.

"Taklah. Saja tanya kau."

"Rihanna, kau bercinta dengan Qayden ke?" soal Rania selamba. Tangannya mengambil dua gelas kosong, air mineral yang sedia ada dituang. Satu cawan diberikan kepada Rihanna.

"Macam mana kau tahu?" soal Rihanna pelik.

  Rania tersenyum sinis. Memang sah sahlah dia tahu dah kalau daripada tadi asyik main mata saja dengan Qayden. Lagipun, dulu kalau dia berjumpa dengan Qayden tak adanya nak main main mata bagai. Jeling lagi adalah. Ini tiba tiba main mata siap senyum bagai, memang kantoilah.

"Dulu jeling sekarang ni main mata. Memang sah sahlah kantoi. Engkau ni pun, tahulah tengah angau bercinta tapi cover-lah sikit." Rania meneguk air kosong.

"Lagipun aku sebenarnya rancang nak bagitahu dekat kau waktu kau call aku tu. Tapi tiba tiba kau cakap yang ayah kau meninggal. Tak jadilah nak bagitahu kau."

Sepi.

"Rania. Sara tak datang ke?"






.

Rasa rasanya Rania Ramanshah dilanjutkan sampai 80 bab. Sebabnya rasa macam tak cukup sebab kalau ikutkan ni baru nak masuk konflik sebenar.

Hurm.

Maaf ya lambat update.

Thanks and please ya vote! Thank you!

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now