bab 71

788 77 2
                                    

PERGI sahaja Rania daripada situ, Puan Aisha mengambil beg tangannya yang dicampak oleh Rania sebentar tadi. Telefon bimbitnya diambil dan dibawa keluar, nombor Sara Jane di dail. Tidak sampai beberapa saat panggilan.

"Hello, Sara. Kau datang ambil aku sekarang. "

  Puan Aisha mengangkat mukanya apabila kereta Sara Jane terparkir elok di hadapan rumahnya setelah hampir satu jam dia menunggu Sara Jane. 3 bagasi dibawa menuju ke arah kereta Sara Jane. Sara Jane melangkah keluar daripada keretanya.

"Banyaknya beg kau. Kau nak pindah rumah ke apa?" soal Sara Jane sambil membuka bonet kereta. Satu persatu bagasi disusun di dalam bonet kereta.

"Rania halau aku. Dia tak bagi dah aku tinggal dekat rumah ni." Bonet kereta ditutup, Puan Aisha dan Sara Jane masuk ke dalam kereta, dan memandu keluar daripada perkarangan rumah Puan Aisha.

"Ini kau nak pergi mana?" soal Sara Jane. Puan Aisha mendengus dan beralih memandang Sara Jane yang sedang memandu.

"Mana-mana sajalah. Rania tu memang kurang ajar, berani dia halau aku. Lepas tu suka hati saja dia nak lempar bagasi aku. Wah, kalau aku jumpa dia ni memang siap dia." luah Puan Aisha, Sara Jane beralih memandang Puan Aisha.

"Rumah tu atas nama siapa?" soal Sara Jane.

"Atas nama Rania." jawab Puan Aisha. Sara Jane menjeling Puan Aisha disebelahnya, dah kalau memang namanya si Rania tu memang Rania ada haklah untuk halau dia.

"Memang patutlah, dia ada hak untuk halau kau."

  Sampai sahaja di hadapan hotel, Sara Jane beralih memandang Puan Aisha. Begitu juga dengan Puan Aisha yang turut memandang Sara Jane. Sara Jane mulai pelik.

"Apa lagi, turunlah. Kau taknak tinggal dekat sini ke?" soal Sara Jane. Puan Aisha menggeleng perlahan.

"Aku bukannya taknak tinggal dekat sini, tapi masalahnya sekarang ni aku tak ada duit. Duit dalam akaun aku semuanya Rania dah bekukan." balas Puan Aisha lalu beralih memandang ke luar tingkap.

Sara Jane mendengus.

"Kenapa kau tak cakap tadi? Buang masa aku sajalah." Sara Jane memulakan pemanduannya kembali. Dalam hati sudah mula menyumpah seranah Puan Aisha. Dahlah telefon dia secata tiba-tiba lepas tu nak suruh ambil dia, bila bawa pergi hotel eh tak ada duit pula. Haish.

.

.

SUASANA di antara Qayden dan Rihanna cuma sunyi sepi sahaja. Sudahlah kafe yang mereka berdua jumpa ni tak ramai orang. Qayden tanya sepatah, Rihanna jawab sepatah. Lepas tu masing-masing terus diam. Sepatah perkataan langsung tak keluar daripada mulut Rihanna dan Qayden.

  Qayden berdehem seketika bagi membetulkan suasana yang sudah mulai janggal. Sebelum keadaan di antara mereka berdua semakin janggal lebih baik dia mengambil langkah dengan membuka bicara terlebih dahulu.

"Saya ada benda nak bincang dengan awak." Qayden membuka bicara terlebih dahulu. Jelas di riak wajah Rihanna dan Qayden masing-masibg mulai janggal.

"Awak nak bincang hal apa?" soal Rihanna.

"Fasal hubungan kita berdua. Sampai bila kita nak macam ni? Tak contact, telefon langsung. Bila saya ajak awak berjumpa, awak taknak. Awak mengelak daripada saya. Dah dekat 6 bulan dah, Rihanna." luah Qayden. Rihanna cuma diam, kepalanya ditundukkan sedikit.

"Qayden. Walaupun apa yang terjadi dekat Rania dan sekarang ni tak ada kena mengena langsung dengan hubungan kita, tapi awak faham tak yang saya kecewa sangat-sangat dengan awak. Rania kawan saya, dan saya sayang Rania macam itu juga saya sayangkan awak, Qayden. Tapi awak rasa lepas apa yang terjadi saya masih lagi boleh terima? Awak bersubahat dengan Faliq. Dan awak tahu apa yang Faliq sorokkan selama ni..." Rihanna berjeda seketika, air matanya mula jatuh.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now