bab 56

702 81 1
                                    

4 bulan kemudian.

KAKI Rania mula melangkah masuk ke dalam pejabat arwah Tuan Azhar. Hari ini sudah genap 3 bulan dia menjaga syarikat ini. Cabaran? Ya, pasti ada. Malah boleh dikatakan hampir kesemua board of director tidak percaya yang dia boleh jaga syarikat ini. Tolonglah, you messed with the wrong person.

"Katrina, tolong ingatkan dekat semua board of director yang saya nak meeting esok. Tambah tambah lagi bahagian pengurusan kewangan, banyak benda saya nak tanya. " tutur Rania tegas. Komputer ribanya dibuka, Aplikasi microsoft words dibuka.

"Puan Rania. Ada dua perkara yang baru saja saya dapat tahu tentang Encik Mazlan."

"Apa?" soal Rania pelik. Tambahan lagi antara semua board of director, Encik Mazlan yang paling kuat menentang dan juga mengkritik dia. Dengan alasan, dia perempuan jadi dia tak tahu langsung tentang business.

"Tentang pengurusan kewangan syarikat kita. Ada beberapa board of director cakap yang Encik Mazlan gunakan duit itu untuk perempuan simpanan dia. Ini senarai perbelanjaan Encik Mazlan sewaktu dia keluar dengan perempuan simpanan dia." Katrina menghulurkan beberapa helai kertas dan juga tab kepada Rania.

Kertas tersebut dibelek secara satu persatu. Rania tersenyum sinis, kertas tersebut diberikan kepada Katrina kembali. Tab dibuka, rakaman cctv yang menunjukkan Encik Mazlan dan perempuan simpanannya sedang membeli belah di shopping mall dibuka. Rania tertawa sinis.

"Saya nak awak buat 4 salinan setiap helaian kertas. Sebab saya tahu, kalau saya tunjukkan semua bukti dalam kertas ni, tak mustahil dia akan koyak. Dan pastikan esok, bagi dekat dia kertas yang photostat. Tak perlu bagi yang original punya." arah Rania. Katrina mengangguk tanda faham.

"Dan lagi satu Puan Rania. Ada satu video yang menunjukkan Encik Mazlan dengan ahli ahli board of director yang lain mengata dekat Puan Rania. Tapi yang paling jelas adalah Encik Mazlan."

Rania slide ke video lagi satu. Butang play ditekan. Dalam video tersebut menunjukkan beberapa orang ahli board of director yang sedang berbual dan mengata tentang dirinya dan yang paling jelas adalah Encik Mazlan yang mengeluarkan kata kata kesat kepadanya. Tab diberikan kepada Katrina kembali.

"Macam mana Puan Rania? Puan Rania nak pecat dia ke?" soal Katrina ingin tahu. Rania menggeleng perlahan dan menyandarkan badannya ke kerusi.

"Tak. Tapi saya akan ajar dia. Lagipun, mauna ada orang sukakan bos. Kalau ada pun, pengampu saja. Betul tak, Katrina?" soal Rania. Teragak agak Katrina mahu mengangguk.

"Lagipun, awak jangan ingat saya tak tahu yang awak pun kadang kadang ada juga mengata saya. Tapi, tak apa. Kalau sekadar mengata apa yang saya suruh dan atas dasar kerja saya boleh terima lagi. Tapi kalau dah menyentuh hal yang tak patut disentuh, tahulah akibat dia."

.

.

"MACAM mana kau sekarang ni?" soal Rihanna. Rania yang sedang makan nasi lemak terus mengangkat mukanya memandang Rihanna.

"Alhamdulillah. Aku okay saja, tapi biasalah setiap kali mesyuarat awal bulan mesti akan ada juga board of director yang suka cari fasal." Sudu dan garfu diletak. Rihanna mengangguk tanda faham. Normal sebenarnya kalau situasi macam ni.

"Normallah tu. Selalunya diorang ni akan pandang rendah dulu. Lepas tu barulah diorang tahu langit tinggi ke rendah. " Rania mengangguk tanda setuju dengan kata kata Rihanna.

"Aku nak tanya kau satu soalan."

"Kau nak tanya apa?" soal Rihanna.

"Macam mana kau dengan Qayden boleh bercinta? Bukan ke dulu kau macam benci sangat dekag Qayden tu sebab dia buaya darat. Habis sekarang ni? Takkan dah tertunduk dengan buaya darat kot." tutur Rania.

"Panjang cerita dia. Kalau nak aku terangkan pun susah. Tapi aku mula jatuh hati dekat dia bila dia cuba sedaya upaya nak dapatkan aku, dan dia juga tak kisah tau bila aku cakap yang aku ni pernah berkahwin. Kau rasa? Memang aku setujulah bila dia ajak aku bercinta."

Rania mengangguk.

"Tapi, Qayden tak tahukan sebab apa kau bercerai dan siapa bekas suami kau. Betul tak?" soal Rania menginginkan kepastian. Rihanna mengangguk.

"Nantilah aku bagitahu dia. Lagipun, aku taknaklah terlalu tergesa gesa sangat. Dan dalam masa yang sama juga, aku taknak Qayden tahu terlalu awal siapa dan apa yang telah terjadi pada masa lalu."

"Aku dah agak dah, Rihanna. Sebab aku tahu, kalau Qayden tahu siapa dan juga apa yang bekas suami kau dah buat dekat kau. Tak tahulah nasib dia. Lagipun, kau kena cakap dan cerita juga dekat Qayden apa yang dah jadi dekat kau sampai kau pilih untuk tutup pintu hati kau. Qayden tahu, tapi dia tak tahu semua masa silam kau. Yang tahu masa silam kau cuma aku seorang saja dan sebab tu aku tanya kau, Qayden tahu ke tidak..."

"Dalam hubungan jangan suka berahsia Rihanna, lebih baik bergaduh asalkan korang berdua tahu perkara sebenar daripada korang bahagia tapi hakikatnya ada benda yang disembunyikan."

.

.

PINTU rumah ditutup dan dikunci. Rania menuju ke arah dapur memandangkan Faliq berada di situ. Faliq yang sedang membuat kerja di komputer riba terus beralih untuk memandang Rania. Jam tangannya dipandang.

"Lambatnya awak balik hari ni." tutur Faliq sekadar membuka bicara. Rania diam sahaja, air kosong diambil dan Rania duduk di sebelah Faliq.

"Haah, lagipun esokkan nak mesyuarat awal bulan. Jadi banyak jugalah benda yang saya kena selesaikan."

"Penat?" soal Faliq. Rania mengangguk, dia faham apa yang Faliq maksudkan.

"Sepanjang saya uruskan butik, tak pernah saya penat sampai macam ni sekali. Tapi takpa, saya anggap benda ni sebagai cabaran. Lagipun bukan senang nak dapat pengalaman macam ni." tutur Rania. Faliq diam sambil mendengar apa yang dikatakan oleh Rania.

"Kejap, saya ambil air." Faliq bangun dari duduknya. Rania diam sambil memerhati saja, namun mata Rania terus beralih memandang telefon Faliq. Lebih tepat, lockscreen Faliq iaitu gambar arwah Rayyan. Rania tergamam.

Faliq memang nak anak dalam masa yang terdekat.

  Rania membetulkan sedikit posisi kedudukannya sebaik sahaja Faliq duduk. Rania berdehem untuk menarik perhatian Faliq.

"Kenapa?" soal Faliq. Lagipun dia dah tahu dah, kalau tiba tiba tak ada angin Rania berdehem mesti ada benda yang Rania nak tanya. Ataupun, benda yang dah kantoi dengan Rania.

"Saya nak tanya awak satu soalan."

"Anak?" teka Faliq terlebih dahulu. Rania mengangguk.

"Saya letak gambar arwah Rayyan dekat lockscreen telefon saya ni supaya saya tak selalu rindukan dia. Lagipun, saya jaga dia dari kecil. Tipulah kalau saya tak rindu langsung dekat dia..."

"... Dan fasal anak tu saya rasa nanti nantilah kita fikir. Tak perlu nak tergesa gesa, lagipun saya taknak nanti awak stress sangat sebab sekarang ni awak dah mula sibuk. Saya tahu, bukan senang untuk awak lepas apa yang dah jadi."

Rania diam.








.

Last sebelum kena buat assignment:)

Tapi tak janjilah last ke idok

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now