bab 17

1.6K 213 7
                                    

KAKI FALIQ mula melangkah menuju ke arah lif VVIP tersebut. Kedua dua anak mata Faliq mula beralih memandang keadaan di tingkat bawah pejabat. Kedutan di dahi mula timbul apabila pekerjanya seakan akan tersenyum terhadapnya dan ada juga yang sedang menayangkan muka monyok.

Dah kenapa?

Sampai sahaja di hadapan pejabatnya, Faliq terus melangkah masuk ke dalam. Langkah Faliq serta merta mati apabila figura Qayden menyapa pandangan mata.

"Kau dah kenapa duduk dalam office aku?" Soal Faliq lalu mengambil tempat di ataa kerusi kerjanya. Qayden yang sedang duduk di atas sofa,terus bangun dari duduk.

"Selamat pangantin baru. Aku tak sangka yang ada juga orang nakkan kau, bro." Selamba sahaja Qayden berkata kata. Faliq yang sedang bermain dengan telefon sudah membulat matanya.

Kau nak cakap yang aku ni tak lakulah?

"Kau nak cakap yang aku ni tak ada orang nak? Macam itu? Itu maksud kau ke?" Soal Faliq bertubi tubi sambil memandang Qayden. Qayden pula hanya mengangguk perlahan mengiyakan persoalan Faliq sebentar tadi.

"Sekurang kurangnya aku ni dah nak kahwin,daripada kau tu,ada ke orang nak kahwin? Silap silap membujang sampai mati."

Qayden menjeling sekilas. Malas nak layan perangai syaitan Faliq ni. Bukan Faliqlah kalau tiada perangai yang satu itu yakni perangai syaitan.

"Tapi aku nak tanya kau satu benda." Ujar Qayden lalu mengambil tempat di atas kerusi berhadapan Faliq. Faliq pula hanya memandang Qayden sekilas sebelum beralih memandang telefon bimbitnya kembali.

"Rania dah tahu kau kerja apa?" Soal Qayden mendatar. Tiada lagi riak kanak kanak ribenanya. Faliq pula hanya menggeleng perlahan.

"Kau tak bagitahu Rania lagi yang kita ni siapa sebenarnya?" Soal Qayden lagi. Sekali lagi, Faliq mengangguk tanda mengiyakan kata kata Qayden.

"Kau ni dah gila ke, Faliq?" Dingin sahaja Qayden melontarkan persoalan tersebut kepada Faliq. Faliq pula hanya menayangkan riak dingin sahaja.

"Kenapa? Salah ke apa yang aku buat selama ni?"

"Faliq Hanafi Shah..." Qayden berjeda seketika. Tubuh Qayden mula bangun daripada duduknya. Kaki dibawa melanglah ke arah Faliq.

"Kau tahukan kita kerja apa selama ini? Dan aku juga yakin yang kau juga tahu apa akibatnya kalau kau tak terus terang dengan Rania. Kau tahukan?" Soal Qayden dingin. Faliq mengangguk perlahan. 

Ya, Dia sendiri sudah sedia maklum apa akibatnya kalau Rania menjadi pasangannya ataupun isterinya yang sah. Lebih teruk lagi,kalau Rania tidak tahu apa pekerjaannya yang sebenarnya.

Dan, Faliq sendiri yakin yang Rania akan sentiasa selamat dibawah jagaannya. Kalau selama ini Rayyan yang masih lagi kecil selamat berada di bawah jagaannya,inikan pula Rania yang sudahpun dewasa dan matang?

Sudah tentu selamat.

"Dan aku nak tanya kau satu benda, Faliq...." Qayden berjeda seketika. Kaki mula dibawa menuju ke arah kerusi di hadapan Faliq.

"Rania tahu tak siapa kau sebenarnya?"

.

.

KEDUA DUA anak mata Faliq tidak lepas daripada memandang satu figura tua di hadapannya. Tidak tahu apa yang Faliq perlu rasa sekarang ini. Ataupun lebih tepat, Faliq sendiri tak tahu.

"Aku nak jumpa dengan Rania." Mendatar sahaja nada Tuan Azhar. Tidak dingin dan tidak terlalu kasar. Dan Faliq pula sudah tertawa sinis dengan tingkah laku orang tua itu.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now