bab 64: Losing someone you love

999 87 6
                                    

HAD kelajuan kereta yang dipandu oleh Rania mula naik dengan mendadak. Tangan Rania mengenggam erat stereng kereta, air mata langsung tidak dikesat. Sesekali tangan Rania naik memukul kuat stereng keretanya.

"Arghhh!!" jeritnya sekuat hati, kemudian Rania memberhentikan kereta di bahu jalan. Telefon diambil, nombor Rihanna di dail.

"Rihanna, kau datang rumah ibu sekarang." tutur Rania sebaik sahaja talian bersambung.

"Tak, nanti aku terangkan dekat kau tapi yang penting sekarang ni kau kena datang rumah ibu juga!" Rania terus memutuskan talian, telefonnya diletakkan di dalam beg tangan. Rania meneruskan kembali pemanduannya.

Sampai sahaja di rumah Puan Aisha, Rania mengelap air matanya terlebih dahulu sebeluk keluar daripada kereta. Baru sahaja mahu mengetuk pintu, pintu dibuka dari dalam. Puan Aisha yang sudah bersiap untuk keluar terus terhenti langkahnya.

"Eh Rania, awalnya datang. Tak apalah kalau macam itu Rania duduk dekat dalam sekejap, ibu nak keluar pergi beli barang. Rania kunci saja pintu, tak apa ibu ada kunci." tutur Puan Aisha dan masuk ke dalam keretanya. Keluar sahaja kereta Puan Aisha, Rania mengambil kesempatan menuju ke bilik Puan Aisha.

Sementara itu di sisi lain, habis bersepah semua fail-fail dan kertas di dalam pejabat bawah tanah Faliq sebaik sahaja Rania pergi. Tali leher yang dipakai dilonggarkan sedikit. Faliq mengeluarkan telefon bimbitnya apabila berbunyi menandakan ada orang telefon. Nama Qayden yang tertera di skrin, Faliq terus menjawab panggilan tersebut.

"Ada apa tiba-tiba kau telefon aku ni?" soal Faliq.

'Rihanna suruh aku ajak kau jumpa dekat rumah ibu sekarang. Dia cakap kau dengan Rania gaduh teruk. By the way aku on the way nak pergi rumah kau. '

"Okay, kalau dah sampai aku turun." Faliq terus menamatkan talian, telefon disimpan di dalam poket seluar. Kaki mengorak langkah keluar.

.

.

HABIS semua laci dibuka dan diselongkar namun tiada satu pun bukti perkara ataupun fail-fail yang pelik ditemui. Rania bangun dari duduknya, kemudian laci meja solek dibuka, album perkahwinan Puan Aisha dan arwah ayahnya dibuka. Sekeping gambar arwah ayahnya yang diconteng dengan warna merah dibawa keluar.

Rania berkira-kira sama ada dimana lagi Puan Aisha menyorokkan bukti yang menunjukkan dia berdendam dengan arwah ayahnya. Cadar katil. Ya, dia yakin pasti berada di bawah cadar katil.

Cadar katil dibuka, satu fail berwarna hitam diambil. Helain pertama dibuka, sehelai gambar Tuan Azhar dan juga beberapa maklumat tentang Tuan Azhar yang tertera di bawah dibaca.

Nama Pemandu: Azhar Bin Ali
Umur: 55 tahun.
Jantina: Lelaki
Sebab dilepaskan daripada tahanan polis:

-Bukti tidak mencukupi
-Tiada saksi yang melihat kejadian itu.
-Kamera CCTV tidak berfungsi sewaktu kemalangan berlaku.
-Tidak cukup syarat dan bukti untuk disabitkan kesalahan melalui undang-undang.

Helaian kedua pula dibuka.

Rekod jenayah: -
Rekod perubatan: (?)
Rekod rawatan mental:

- Tuan Azhar mengalami insomnia akibat trauma yang dihadapinya iaitu kehilangan anak dan isterinya di dalam kemalangan sekaligus.

Bagaimanapun, anak sulung beliau (Rania Ramanshah Binti Tuan Azhar) disahkan selamat tetapi beliau memilih untuk meninggalkan Rania buat sementara waktu atas sebab sebab yang tidak dijelaskan.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now