Bab 57: Women's power

801 89 4
                                    

MATA Rania tidak lepas daripada memandang semua wajah ahli board of director. Laporan kewangan diteliti dengan penuh berhati hati, Rania mengangkat mukanya memandang Encik Mazlan.

"Kenapa semenjak dua menjak ni rekod kewangan kita teruk? Kalau nak cakap duit habis sebab bayar gaji pekerja, sewa bangunan dan lain lain saya boleh terima. Tetapi kenapa setiap bulan jumlah duit yang keluar semakin banyak? Dan mengikut data semasa yang Cik Katrina berikan kepada saya, hampir 15% pekerja diberhentikan kerja atas alasan ekonomi tidak stabil..."

"... Jadi kalau mengikut logik akalnya, pengeluaran kewangan kita mesti menurun. Tapi kenapa semakin lama semakin meningkat, Encik Mazlan?" Tegas sahaja Rania menyoal. Encik Mazlan diam mencari alasan.

"Kebanyakkan duit yang keluar melebihi jumlah yang diperlukan semuanya atas sebab sebab tertentu. Seperti contoh, kereta company rosak dan saya arahkan untuk hantar ke service center. " balas Encik Mazlan dan menjeling Rania tajam. Rania tersenyum sinis.

"Setiap bulan kereta rosak? Lagi satu kenapa setiap kali hantar kereta pergi service center mesti jumlah yang kena bayar lebih daripada RM10,000?" soal Rania bertubi-tubi. Encik Mazlan diam, dalam hati sudah menyumpah seranah Rania habis habisan.

Perasan yang Encik Mazlan diam tidak menjawab pertanyaannya, Rania beralih memandang Katrina yang duduk di sebelah. Kepala diangguk dan Katrina mengangguk tanda faham dengan isyarat yang diberikan oleh Rania.

"Mesyuarat tamat setakat ini saja. Semua boleh keluar kecuali Encik Mazlan." arah Rania tegas. Semua ahli board of director mula keluar daripada bilik mesyuarat itu. Keluar sahaja semua, Rania melangkah menuju ke arah Encik Mazlan yang masih lagi statik duduk di kerusinya.

Katrina menghulurkan tab kepada Rania. Tab tersebut bertukar tangan, video yang menunjukkan Encik Mazlan sedang mengeluarkan kata kata kesat kepadanya ditunjukkan kepada Encik Mazlan. Encik Mazlan tersenyum sinis dan memandang Rania.

"Sebab tu aku cakap. Orang perempuan ni dia tak boleh nak uruskan syarikat, apatah lagi nak jadi ketua. Bila orang kutuk sikit mulalah nak terasa hati, dasar perempuan memang lemah!" nada Encik Mazlan mula naik seoktah. Rania masih lagi kekal dengan wajah dinginnya.

"Saya sebenarnya tak kisah kalau Encik Mazlan nak mengata dekat saya sekalipun. Tapi Encik Mazlan kena ingat, dalam berkata kata tu kena tahu juga batas kita. Dan, jangan anggap yang perempuan ni lemah. Takut takut nanti kata kata Encik Mazlan ni yang makan diri sendiri." tutur Rania dingin, kedua dua tangannya berada di belakangnya. Encik Mazlan bangun dari duduknya.

"Jadi sekarang ni, kau suruh aku tunggu ni sebab video bodoh ni? Engkau ni Rania, memang tak patut kalau kau ganti tempat Tuan Azhar. Eh aku pun tak fahamlah macam mana bapak kau tu boleh pilih kau gantikan tempat dia. Bapak dengan anak sama saja, dua dua bodoh."

"Jangan babitkan arwah ayah saya!" Rania mula melangkah menuju ke arah Encik Mazlan, tangan Encik Mazlan diambil dan disilangkan. Encik Mazlan menjerit kesakitan, Rania diam sambil memerhati.

Satu tangan masih memegang erat tangan Encik Mazlan dan satu tangan lagi sibuk membuka tab. Rakaman cctv yang menunjukkan Encik Mazlan sedang membeli belah dengan perempuan simpanannya dibuka dam ditunjuk kepada Encik Mazlan. Rania melepaskan tangan Encik Mazlan.

Habis sahaja rakaman cctv ditayangkan, Encik Mazlan terus beralih memandang Rania. Wajahnya terkedu, dia tidak sangka rahsia selama ini yang dia simpan dengan rapi akhirnya kantoi juga. Encik Mazlan jatuh terduduk. Tangannya naik memeganh kaki Rania namun dengan pantas Rania mengundir 2,3 tapak ke belakang.

"Saya minta maaf Puan Rania. Saya minta maaf sebab saya terlalu tamak."

"Sa-saya minta maaf juga sebab selama ini saya terlalu pandang rendah dekat Puan Rania."

"Saya minta maaf."

"Bangun." arah Rania dingin. Encik Mazlan perlahan lahan bangun dari duduknya, kepalanya ditundukkan daripada memandang Rania yang sedang berdiri di hadapannya. Melihat Encik Mazlan yang sudah teresak esak memohon maaf kepadanya sudah cukup untuk memuaskan hatinya.

"Encik Mazlan kena ingat, arwah ayah saya bagi peluang dekat Encik Mazlan kerja pun sebab isteri Encik Mazlan. Ya, selama ini memang arwah ayah saya tutup sebelah mata sebab dia dah anggap Encik Mazlan sebagai kawan baik dia sendiri. Tapi tidak bagi saya, salah tetap salah."

"Lagi satu, jangan pernah pandang perempuan dengan sebelah mata. Encik Mazlan kena ingat, Encik Mazlan lahir daripada seorang perempuan bukannya lelaki. Jadi kenapa nak kena pandang perempuan ni semua lemah? Jangan pernah cabar orang perempuan kalau Encik Mazlan tak nak menyesal."

"Saya dibesarkan sebagai seorang yang sebatang kara, dan dilatih untuk menjadi kuat dari segi mental dan fizikal. Saya dah rasa erti kehilangan, hati saya dah keras. Jadi saya takkan sia siakan orang yang cuba menjatuhkan saya."

"Jangan cabar saya Encik Mazlan, singa dalam jiwa saya cuma tidur. Bukan mati."

.

.

SAMPUL surat yang diberikan oleh Katrina dibuka dan dibaca. Sambil membaca, Rania tersenyum sinis apabila surat tersebut merupakan surat perletakan jawatan daripada Encik Mazlan yang berkuat kuasa serta merta.

"Dan Encik Mazlan juga berikan ni kepada saya." satu kotak kecil diletakkan di atas meja Rania. Rania mengangkat mukanya memandang Katrina, surat tersebut diletak. Kotak tersebut diambil dan dibuka. Kunci kereta dan business card dibawa keluar.

"Sekarang ni Puan Rania nak saya cari pengganti Encik Mazlan ke? Ataupun nak saya cari mereka yang dah bekerja dan naikkan pangkat untuk gantikan Encik Mazlan?" soal Katrina. Rania menggeleng. Kunci kereta dan business card disimpan di dalam kotak.

"Tak perlu. Buat sementara waktu ini, saya akan jaga bahagian account dulu. Dan, tunggu dulu. Kalau saya bagi arahan, barulah awak cari pengganti. Buat masa sekarang ni, saya akan ganti Encik Mazlan. Dan dalam masa yang sama, boleh jimatkan kos bayar gaji." tutur Rania. Katrina mengangguk.

"Lagi satu, fasal saman yang Puan Rania nak kenakan terhadap Encik Mazlan tu-"

"Tak perlu. Cukuplah dia menangis minta maaf tadi dekat saya. Itu saja dah buatkan saya puas, tak perlu nak saman dia. Tapi, kalau dia buat hal ataupun masih lagi masuk campur like mempengaruhi ahli board of director yang lain, dia tahulah nasib dia."

Katrina diam tidak mengangguk ataupun menggeleng. Perasan dengan tingkah laku Katrina, Rania tersenyum tipis. Badannya disandarkan di kerusi kerjanya.

"Tak perlu nak takut dengan saya Katrina. Saya takkan jadi macam tu kalau orang tak cari fasal dengan saya. Saya tak kisah pun sebenarnya kalau orang nak kutuk ataupun jatuhkan saya..."

"... Tapi saya takkan sia siakan mereka yang cuba untuk jatuhkan saya."




Perhatian.

Untuk watak Puan Aisha, saya ubah penampilam dia.

Kalau sebelum ni dia berniqan right? Tapi sekarang ni dia cumalah muslimah biasa. Awak nak bayangkan dia bertudung labuh ataupun tidak terpulang kepada awak.

Tujuan saya buat macam ini sebab saya taknak nanti disebabkan watak Puan Aisha akan memberikan impak yang buruk kepada niqabis.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now