bab 31

1.1K 147 7
                                    

"MAMA." Satu suara yang memanggilnya menyentakkan Rania. Anak mata Rania mula memandang keadaan di sekelilingnya. Yang ada cumalah finding yang gelap. Kemudian, Rania memandang baju yang tersarung di tubuhnya. Semuanya hanya berwarna putih lengkap.

Rania semakin pelik.

"Mama." Panggil suara Itu lagi. Rania terus beralih untuk mencari si pemilik suara. Kelihatan Rayyan yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Cepat cepat Rania berlari mendapatkan Rayyan. Sampai sahaja di hadapan Rayyan, Rania terus memeluk erat Rayyan. Satu ciuman berlabuh di kepala Rayyan.

"Ra-Rayyan.. Sayang tahu tak kita dekat mana ni?" Soal Rania. Rayyan pula hanya diam. Langsung tidak menggeleng dan mengangguk. Sebutir bicara langsung tidak keluar dari mulutnya.

"Rayyan.. Mama tanya ni. Rayyan dengar tak?" Soal Rania. Tubuh Rayyan digoncangkan sedikit. Rania semakin pelik apabila Rayyan mengukirkan senyuman tipis terhadapnya.

"Rayyan.."

"Mama,nanti kita jumpa dekat sana. Rayyan nak ucap terima kasih sangat dekat Mama dengan Abah sebab sudi sayang Rayyan macam mana Mummy dengan Daddy sayang Rayyan. Mama Rayyan sayangkan mama tau dan Rayyan harap sangat yang mama akan sentiasa sayangkan Rayyan walaupun Rayyan dah tak ada dekat dunia ni nanti dah..." Ujar Rayyan. Rania semakin pelik.

"Ra-Rayyan... Rayyan tak akan pergi mana mana tau, Rayyan akan sentiasa ada dengan mama. Rayyan tak akan pernah jauh walaupun sedikit dengan mama. Janganlah cakap macam ni, sayang." Pujuk Rania lagi.

"Rayyan minta maaf mama. Tapi Allah dah panggil Rayyan untuk pergi." Ujar Rayyan lagi. Rania pula sudah jatuh air matanya. Dia langsung tidak faham dengan apa yang Rayyan katakan sebentar tadi.

"Rayyan sayang mama."

"Rayyan.. Janganlah macam ini." Ujar Rania lalu terus memeluk Rayyan. Namun, pelukan itu cumalah sementara apabila pelukan Rania terasa kosong.

"Rayyan." Panggil Rania apabila Rayyan tiada lagi dihadapannya. Pandangan Rania mula beralih apabila kelihatan Rayyan sedang berpimpinan tangan dengan seorang kanak kanak lelaki kecil dan melangkah pergi daripada situ.

"Rayyan." Panggil Rania lagi.

"Rayyan, tunggu mama!" Jerit Rania dan cuba membuka langka untuk mengejar Rayyan. Namun entah dimana silapnya, Rania terjatuh. Rania mengangkat wajahnya untuk mencari figura Rayyan namun yang ada cumalah kosong.

"Rayyan!"

.

FALIQ yang sedang membaca surah yasin terus terhenti bacaannya apabila tangan Rania mulai bergerak sedikit. Cepat cepat Faliq melangkah keluar daripada wad Rania. Doktor yang merawat dipanggil memandangkan doktor tersebut sedang berbual dengan beberapa orang jururawat di situ.

  Masuk sahaja Doktor tersebut dan beberapa orang jururawat, Faliq melangkah keluar daripada wad tersebut. Cepat cepat Faliq membawa keluar telefonnya untuk memaklumkan kepada Tuan Azhar dan Qayden yang Rania sudah sedar.

  Sampai sahaja Tuan Azhar dan Puan Aisha di hadapan wad, terus Faliq menyalami tangan Tuan Azhar dan Puan Aisha. Kebetulan sewaktu Faliq telefon dia dan memberitahu yang Rania sebenarnya dah sedar, dia dan Puan Aisha ada di area sini. Manakala Qayden dan Rihanna pula dalam perjalanan menuju ke hospital.

"Bagaimana kondisinya Rania sekarang ini?" Soal Puan Aisha. Faliq pula hanya menggeleng tanda tidak tahu. Memandangkan daripada tadi lagi, doktor langsung tidak keluar daripada wad Rania.

"Alhamdulillah Puan Rania dah sedar. Tapi kalau nak masuk melawat Puan Rania, boleh tetapi jangan terlampau bising ye sebab sekarang ini emosi Puan Rania agak tidak stabil. Kalau tak ada apa apa, saya pergi dulu." Ujar Doktor tersebut dan melangkah pergi daripada situ.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now